Selinsing
Syarikat Lombong Emas bantu pelajar miskin
Kawasan lombong emas diusahakan oleh Selinsing Gold Mine Manager di
Bukit Selinsing dekat Sungai Koyan, Lipis.
CAMERON
HIGHLANDS 18 Nov. - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan
Pulau Pinang yang tergolong dalam keluarga miskin di sini gembira menerima
bantuan sebanyak RM15,000 daripada sebuah syarikat perlombongan di Sungai Koyan
baru-baru ini.
Mohd.
Sharifuddin Mat Intan, 21, yang berasal dari Kampung Beletik Hulu Jelai dekat
sini, dipilih menerima bantuan berkenaan selepas syarikat Selinsing Gold Mine
Sdn. Bhd., melihat kesusahan keluarganya yang dihimpit kemiskinan.
















