SARANA PSIKOSOSIAL ZON PANTAI TIMUR 2016
BERTEMAKAN
"SEJAHTERA DI RUMAH,
SEJAHTERA DI TEMPAT KERJA"

Berdasarkan website Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan program SARANA PSIKOSOSIAL ZON PANTAI TIMUR 2016 bertemakan "Sejahtera di Rumah, Sejahtera di Tempat Kerja".
Tarikh: 1-2 Mac 2016
Tempat:
¨ Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
¨ Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
¨ Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Objektif: ¨ Membantu dan memberi ilmu pengetahuan kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia dari pelbagai peringkat melalui pendekatan psikologi dan kaunseling.
¨ Membantu Kementerian Pendidikan Malaysia menjayakan Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan (Anjakan 9 - Berkerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas)
¨ Meningkatkan pelaksanaan program pencegahan, pengembangan, pemulihan dan intervensi melalui aplikasi Modul Perkhidmatan Kaunseling Keluarga, Bahagian Psikologi Dan Kaunseling, KPM.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pesakit Kanser Menghadapi Hakikat Kesakitan
Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup walaupun setelah kita mati...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di dalam kehidupan ini, setiap insan akan diuji, samada dengan ujian kesenangan mahupun kesusahan. Saya telah menemui beberapa insan di dunia ini yang tabah dan cekal hati meskipun menghidap kanser.
Kehidupan perlu diteruskan. Kematian adalah suatu kepastian, samada disebabkan dengan penyakit, kemalangan, kebuluran atau peperangan atau apa sahaja. Kerana kita makhluk ciptaan Tuhan, kita tetap akan mati. Cuma bagi mereka yang diuji dengan kesakitan samada kesakitan disebabkan kanser, dan lain-lain penyakit yang biasanya dikatakan tiada harapan untuk hidup lama, sekurang-kurangnya kita telah dapat bersedia untuk menghadapi kematian apabila doktor memberitahu tentang status kesihatan kita. InshaAllah, Allah datangkan ujian kepada kita hamba ciptaanNya sebab Allah sayangkan kita. Biasanya manusia bila diuji dengan kesusahan dia akan lebih ingatkan Tuhan....
Apapun yang berlaku, kehidupan perlu diteruskan. Selagi nyawa dikandung badan, teruskan berbakti buat insan sejagat, biar sekecil zarah, bila dibuat kerana Tuhan InshaAllah ada pahala di sisi Tuhan buat bekalan insan ke alam baqa'...
Di bawah ini adalah artikel Kesihatan yang saya petik Daripada Akhbar Berita Minggu
Bisikan Maut Pesakit Kanser
Sukar terima hakikat, bayang kematian dorong pesakit kanser bunuh diri
Adakah Emosi Anda Terganggu
Adakah Emosi Anda Terganggu
Emosi adalah perasaan yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu.
Ia juga adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat
ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada
seseorang ataupun takut.
Semua manusia dikurniakan perasaan dan sebaliknya terbit pula satu
elemen unik yang kerap kali kita dengar iaitu emosi. Namun apa itu emosi
sebenarnya dan mengapa golongan wanita dan anak muda kebiasaannya
dikatakan beremosi?
Kata ‘emosi’ diturunkan daripada bahasa Perancis, Èmotion, dari
Èmouvoir, ‘kegembiraan’. Emosi lebih cepat berlalu daripada suasana
hati. Sebagai contoh, bila seseorang bersikap kasar, manusia akan merasa
marah.
By Puan Ummi Sunday, February 24, 2013
DOA, keibubapaan, Kesihatan Psikologi, kesihatan wanita, Kisah Masyarakat, masalah suami isteri, Pengorbanan Ibu, psikososial, suami isteri, wanita
Kemurungan Meroyan Gangguan emosi selepas bersalin
Doa Mohon Ketabahan hati dan kesabaran dalam menghadapi ujian hidup
Rawatan simptom kemurungan
Terapi sokongan
Ubat anti depresi
Rehat yang cukup
Makan makanan seimbang dan sihat
Buat senaman ringan
Mendengar berita rakan baik penulis selamat melahirkan bayi sulung,
timbul perasaan seronok dan tidak sabar-sabar mahu menziarahinya. Apakan
tidak, tempoh lima tahun untuk menunggu cahaya mata dirasakan terlalu
lama.
Selepas bersabar dan berikhtiar, rakan penulis yang hanya mahu
dikenali sebagai Lina disahkan hamil. Pun begitu, dia seakan-akan tidak
gembira dengan kelahiran permata sulungnya.
Paling
menyedihkan, Lina benci dan tidak mahu me- nyusukan anaknya atas alasan
bayi itu bukan zuriatnya. Risau dengan keadaan itu, suami dan
keluarganya membawa Lina berjumpa doktor.
Berdasarkan pemeriksaan dilakukan, Lina dikesan menghidap gejala
kemurungan selepas bersalin atau dalam bahasa biasa disebut meroyan,
manakala dalam istilah perubatan pula disebut sebagai postpartum
psychosis.
Meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang
serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita
sewaktu atau selepas berpantang.
Pada tahap ini, wanita
yang mengalaminya berkemungkinan melakukan perkara yang boleh
mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.
By Puan Ummi Tuesday, January 15, 2013
Bidang Perkhidmatan UBK, Dunia GBK, jiwa anak, kaunseling individu, Kemahiran Menghadapi Tekanan, Kesihatan Mental, Kesihatan Psikologi, Pengalaman Cikgu Kaunseling, psikososial
Apakah itu posttraumatic stress disorder (PTSD)?
PTSD
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Setelah hampir 12 tahun dalam arena pendidikan psikologi/ perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, pelbagai kes klien telah GBK temui. Ini termasuklah berkaitan PTSD. Bagaimanapun jika ia sudah ke tahap PTSD dan masalah psikologi yang memerlukan pakar perubatan membantu pesakit, GBK biasanya merujukkan kes berkenaan ke hospital.
Artikel lain di blog ini, sila rujuk:
Always Be There, klik di sini
Usah Sedih La Tahzan Dia Ada di Sisi, di sini
30 tip bina bahagia, di sini
Apakah itu posttraumatic stress disorder (PTSD)?
(Artikel ini adalah secara post automatic pada dinihari subuh. )
Posttraumatic
stress disorder (PTSD) adalah kecelaruan emosi berpanjangan yang
berlaku selepas seseorang berhadapan dengan sesuatu tragedi di dalam
kehidupan mereka. Trauma ini sangat menakutkan, mengancam nyawa dan
merbahaya kepada individu atau keluarga individu tersebut.
Contoh trauma tersebut adalah seperti menjadi menjadi mangsa kemalangan, mangsa rogol, mangsa bencana alam seperti tsunami,
Apakah tanda-tanda yang membolehkan seseorang didiagnos sebagai mengidap PTSD?
Pakar
psikiatri menggunakan DSM IV atau ICD 10 sebagai panduan untuk
mendiagnos seseorang dengan PTSD. Di antara kriteria PTSD adalah:
Teori Kaunseling Teori REBT Rational emotive THERAPY
Rajah konsep REBT
REBT (Rational Emotive Behaviour Theraphy) merupakan teori yang dibangunkan oleh Albert Ellis dimana Teori Rasional Emotif Perlakuan ini
menekankan kepercayaan yang tidak rasional pada diri individu yang menyebabkan
berlakunya permasalahan kepada emosi dan tingkah laku individu.
A. Konsep Dasar
Menurut
Albert Ellis, manusia pada dasarnya adalah unik yang mempunyai
kecenderungan untuk berfikir rasional dan tidak rasional. Ketika berfikir dan bertingkahlaku rasional manusia akan berkesan, bahagia, dan cekap.
Ketika berfikir dan bertingkahlaku tidak rasional individu itu menjadi tidak berkesan. Reaksi
emosional seseorang sebahagian besar disebabkan oleh penilaian,
tafsiran, dan falsafah yang disedari mahupun tidak disedari.
Halangan
psikologi atau emosional tersebut merupakan akibat dari cara berfikir
yang tidak logik dan tidak rasional, yang mana emosi yang menyertai
individu dalam berfikir penuh dengan prasangka, sangat personal, dan
tidak rasional.
Berfikir
tidak rasional ini bermula dengan belajar secara tidak logik yang
biasanya diperoleh daripada orang tua dan budaya tempat dibesarkan. Berfikir secara tidak rasional akan tercermin dari kata-kata yang digunakan.
Teori Kaunseling Teori keperluan Maslow
Teori
keperluan Maslow - Abraham Maslow membangunkan teori personaliti yang
telah mempengaruhi sejumlah bidang yang berbeza, termasuk pendidikan. Ini pengaruh luas kerana sebahagian tingginya tingkat kepraktisan teori Maslow. Teori ini tepat menggambarkan realiti banyak dari pengalaman peribadi.
By Puan Ummi Wednesday, December 19, 2012
kaunseling kerjaya, keibubapaan, Kekeluargaan, Kemahiran Menghadapi Tekanan, kerjaya, Kesihatan Psikologi, Motivasi, Pendidikan Kesihatan, peperiksaan, renungan, Selepas Peperiksaan, selepas PMR
Keputusan Peperiksaan PMR Duhai Ibu bapa Terimalah Keputusan Anak Anda Dengan Positif
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini, Rabu, 19 Disember 2012, adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua calon PMR 2012. Bahkan dinantikan oleh para
guru dan ibubapa. Jam 10.00 pagi tadi, semua calon PMR 2012 telah memperolehi
keputusan PMR di sekolah masing-masing.
Gambar Rajah Laluan Pendidikan di Malaysia
Keputusan peperiksaan PMR baru sahaja diumumkan dengan rasminya. Debaran
ibu bapa dan calon-calon yang terlibat selama ini telah berakhir.
Sememangnya telah menjadi adat di dalam peperiksaan, ada yang cemerlang
dan ada yang kurang bernasib baik.
Kepada lepasan PMR 2012,
khususnya kepada bekas anak-anak didik saya di
SMK Jengka Pusat 2 dan SMK Jengka 2...
Tahniah buat pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang. Bagi pelajar Muslim, seeloknya, laksanakanlah Sujud Syukur di atas kejayaan anda. Untuk mengetahui kaedah melakukan Sujud Syukur, boleh baca entry, Cara Sujud Syukur kepada Allah di sini.
Bagi mereka yang kurang cemerlang, jangan berputus asa dan teruskan
berusaha untuk meningkatkan pencapaian di dalam peperiksaan-peperiksaan
yang akan datang. Jadikan kekurangan PMR untuk tingkatkan usaha bagi
pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lebih penting dua
tahun akan datang.
Walau bagaimanapun halatuju selepas SPM yang akan datang perlu
dirancang dari sekarang berdasarkan minat dan potensi pelajar. Kepada para pelajar lepasan PMR 2012, dan bakal menjejakkan kaki ke Tingkatan 4 pada 2013, eloklah merujuk kepada kaunselor-kaunselor sekolah untuk memastikan
pemilihan sekolah dan subjek di tingkatan 4 yang lebih sesuai.
Kepada Calon PMR 2012 Di SMK Jengka 2, saya percaya, anda boleh menemui Cikgu Sabri hari ini di sekolah...
Kita percaya pagi tadi, ada calon yang stress
hingga sakit perut dan tak lalu makan.
Kita juga percaya ada ibubapa
yang resah-gelisah kebimbangan takut anak yang diharapkan tidak dapat
mencapai targetnya. Tidak mencapai target bermakna impian untuk
menghantar anak-anak ke sekolah pilihan hati bakal berkecai.
Tidak kurang stress, takut, bimbang dan berdebar ialah guru yang
"sebenar" guru.
Keputusan Peperiksaan PMR Duhai Ibu bapa Terimalah Keputusan Anak Anda Dengan Positif
Pada entri kali ini saya ingin fokus kepada ibubapa calon PMR. Jika ibubapa
mempunyai perasaan tertekan dan bimbang menunggu keputusan PMR anak,
itulah tandanya anda seorang ibubapa yang baik.
Manusia ini
memang tidak terlepas daripada membuat perancangan dalam kehidupan. Sebagai ibu bapa,
kadang-kala kita merancang segala yang terbaik demi keluarga dan anak-anak.
Anak merupakan anugerah dan nikmat yang terbesar daripada Allah SWT
kepada hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu-bapa ini akan menjadi
saham dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya mereka
dididik dan di bentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh.
Sebaliknya, jika mereka di abaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang
terbiar dan pada masa akan datang akan menjadi sampah kepada masyarakat
dan negara.
Dalam masyarakat kita
hari ini ramai ibubapa yang tidak kisah atau cakna tentang
anak-anak mereka. Mereka sibuk, tiada masa berkualiti bersama anak dan
mereka membiarkan persekitaran yang rencam dan ganas mendidik dan
mentarbiah anak-anak mereka dan akhirnya mereka meninggalkan pewaris
yang bangkrap akal budinya.
Lalu, saya percaya, kita sudah tentu tidak ingin melahirkan pewaris yang bangkrup akal budinya.
Nasihat kami kepada ibubapa yang menerima keputusan anak-anak agar
bertenang. Paling penting walau apa keputusannya terimalah dengan
berlapang dada dan seadanya.
Akui itulah kemampuan dan keupayaannya jika
selama ini hasil keputusan setiap ujiannya setara pada standard itu.
Jika selama ini anak kita hanya mendapat 1A sahaja dan keputusan besok
mereka mendapat 3A atau 4A mereka sudah dianggap cemerlang kerana "go
beyong" dari kebiasaan mereka.
Jangan sesekali mengutuk, berleter atau
menunjukkan tanda kecewa dan kesedihan dalam saat mereka juga mungkin
kecewa dengan pencapaian mereka.
Boleh gemuk jika terlalu percaya nasib
Penyelidik medapati mereka yang terlalu mempercayai tuah dan nasib dilaporkan lebih
cenderung untuk mengalami masalah lebihan berat badan. Penyelidik mendapati mereka yang meletakkan
seluruh hidup mereka di tangan nasib berkemungkinan untuk tidak akan
mengubah cara kehidupan mereka dalam sebarang tindakan, sehingga membawa
kepada keadaan termasuk obesiti.
Bagi Muslim, menilik nasib adalah satu perbuatan yang ditegah dan haram hukumnya. Sila rujuk entry sebelum ini. Horoskop Itu Perosak Akidah Umat Islam di sini.
By Puan Ummi Friday, September 21, 2012
bimbingan dan kaunseling, Etika dan Moral, kaunseling kerjaya, Kemahiran Menghadapi Tekanan, Kesihatan, Kesihatan Psikologi, Pembimbing Rakan Sekerja, Pendidikan Kesihatan, Pengurusan Stress
Jom Happy-happy Elakkan tekanan kerja melampau
Elakkan tekanan kerja melampau
TUNTUTAN dunia kerjaya memerlukan perhatian dan kesungguhan walaupun
adakalanya kita merungut tentang beban tugas, kekangan waktu dan
persekitaran tempat bekerja.
Kita terpaksa bekerja kerana itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi menyara kehidupan dan keluarga.
Bagaimanapun, janganlah pula kita terlalu asyik dengan kerja sehingga mengabaikan kesihatan diri.
Walaupun pekerjaan memberikan kita kebahagiaan, kajian-kajian yang
dibuat jelas menunjukkan bahawa pekerjaan juga 'menyumbangkan' pelbagai
jenis penyakit kepada manusia, baik bersifat psikologikal atau fizikal.
Tekanan kerja yang melampau misalnya, bukan sekadar menyebabkan
manusia terpaksa mengharungi kebimbangan, masalah tidur, penyakit
fizikal seperti serangan jantung dan darah tinggi, malah ada yang sampai
membawa ke tahap kematian.
Asia merupakan satu-satunya rantau yang memaksa manusia bekerja dengan sangat teruk.
Walaupun jumlah jam kerja ideal yang dicadangkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) hanyalah 40 jam seminggu, didapati secara
puratanya para pekerja di Asia bekerja lebih daripada 60 jam seminggu,
bahkan ada yang mencecah 90 jam seminggu.
Bunuh diri dan kematian yang berpunca daripada pekerjaan mungkin
sesuatu yang janggal dalam budaya kita. Bagaimanapun, harus diingat
statistik menunjukkan pekerja di Asia sedang mengalami masalah serius.
Mati akibat kerja
Terperangkap dalam tubuh lelaki
TERPERANGKAP dalam tubuh yang salah - setidak-tidaknya itulah tanggapan golongan 'mak nyah' yang rata-rata percaya mereka adalah wanita tetapi terperangkap dalam tubuh lelaki.
Keadaan ini menjerumuskan golongan ini dalam dilema untuk meletakkan kedudukan diri mereka dalam masyarakat kerana secara fizikal mereka lahir sebagai lelaki tetapi memiliki keinginan, nafsu dan naluri wanita.
Kegagalan menempatkan diri dalam masyarakat membuatkan golongan ini berasa terasing atau mengasingkan diri lalu membentuk kelompok sendiri
Lebih malang apabila golongan ini rata-ratanya terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran dan sebagainya sehingga melekat sebagai stigma yang sukar untuk dikikis dalam masyarakat.
Malah, ada sesetengah golongan ini bertindak keterlaluan apabila mengambil keputusan untuk menukar jantina dengan melakukan pembedahan.
Sudahlah berperwatakan menyerupai wanita hukumnya haram dan dikutuk oleh agama, inikan pula mengubah kejadian Allah tanpa ada sebarang alasan yang dibenarkan oleh Islam.
Berpeluang mendekati golongan ini baru-baru ini ternyata mereka mempunyai cara kehidupan tersendiri selain mempunyai kerjaya tetap untuk meneruskan kehidupan.
Yang pasti, walaupun selesa dengan cara masing-masing, mereka sebenarnya perlu dibantu untuk keluar daripada kepompong seterusnya menjalani kehidupan seperti insan-insan lain di dunia ini iaitu sebagai seorang lelaki sejati.
Apa yang menarik hendak dipaparkan kali ini ialah dilema mereka sebagai seorang mak nyah dan apakah faktor yang menyebabkan mereka menjadi demikian.
Tidak pernah terfikir apatah lagi merancang untuk melakukan pembedahan menukar jantina, tetapi segala-galanya berlaku dengan tiba-tiba.
Itulah yang terjadi kepada Amy (bukan nama sebenar) di mana dia tidak pernah menyangka satu hari nanti dia bukan sahaja merupakan seorang mak nyah yang berperwatakan seperti seorang wanita tetapi turut mempunyai alat kelamin perempuan.
Malah, katanya, walaupun (alat kelamin) tidak boleh berfungsi sepenuhnya seperti mengandung dan melahirkan anak, dia tidak menyesal dengan apa yang telah berlaku malah amat berbangga dengan keadaan dirinya hari ini.
"Pembedahan pertukaran jantina telah dilakukan 15 tahun lalu dan ketika itu saya berumur sekitar awal 30-an.
"Secara jujur saya nyatakan bahawa saya tidak pernah merancang apatah lagi terfikir untuk menukar jantina waktu itu.
"Tetapi segala-galanya berlaku dalam sekelip mata di mana satu hari tiba-tiba sahaja terlintas di fikiran 'saya nak mati sebagai seorang perempuan' dan tidak sampai seminggu segala-galanya berubah,'' ujarnya ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini.
Bercerita lanjut mengenai pembedahan yang dilakukan, Amy menerangkan bahawa ia hanya mengambil masa beberapa jam dan tidak sakit seperti yang diuar-uarkan.
Ini kerana, katanya, keesokan hari dia sudah disuruh berjalan oleh doktor dan hari keempat selepas pembedahan dia dibenarkan pulang.
Dia hanya kelihatan pucat dan letih mungkin disebabkan kehilangan banyak darah ketika melakukan pembedahan.
Beberapa bulan selepas pembedahan dilakukan, Amy turut memberitahu bahawa dia juga tidak mengalami sebarang jangkitan kuman di kawasan pembedahan dan sembuh seperti orang lain yang menjalani apa jua pembedahan.
"Di sini saya hendak memberitahu bahawa mereka (mak nyah) yang melakukan pembedahan dan memberitahu bahawa ia sakit macam nak mati adalah bohong semata-mata.
"Saya rasa orang itu tak buat pembedahan sebab saya tidak pula mengalami sakit sedemikian. Malah saya dibenarkan pulang selepas empat hari tinggal di hospital,'' katanya lagi.
Mengimbas kembali detik-detik awal dirinya terpesong menjadi mak nyah, Amy memberitahu segala-galanya bermula sewaktu di alam kanak-kanak.
Menegaskan bahawa dia tidak dipengaruhi oleh adik beradik perempuannya yang lain mahupun keadaan sekeliling, sebaliknya berpunca daripada diri sendiri.
Ini kerana dia memang suka bergaya dan ingin kelihatan cantik seperti seorang wanita termasuk bermain dengan permainan wanita seperti anak patung dan masak-masak.
Bagaimanapun, jelas Amy, pernah terdetik di hatinya sampai bilakah dia akan menjadi sedemikian.
Dia pernah mencuba untuk menjadi lelaki sejati tetapi tidak berjaya.
Ini kerana menurutnya, dia tidak boleh menipu diri sendiri selain hatinya memberontak.
Akhirnya, dia meneruskan kata hati sehinggalah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan pertukaran jantina.
Hari ini, Amy bukan sahaja merupakan seorang insan yang berjaya dengan kerjayanya malah dia juga gembira di samping keluarga tersayang.
Amy sememangnya merupakan seorang individu yang amat bertuah kerana walaupun di awal perubahan dirinya ia ditentang hebat oleh keluarga tetapi hari ini dia sudah boleh diterima malah dia juga sudah 'berkahwin'.
By Puan Ummi Friday, July 22, 2011
catatanku, Isu Gender, kaunseling, kecelaruan identiti, kecelaruan seksual, keibubapaan, Kembali Kepada Al Quran, Kesihatan, Kesihatan Psikologi, parenting, prihatin, psikososial, suami isteri
Iktibar dari kisah Ashraf
Assalamu'alaikum w.b.t & Selamat Sejahtera kepada pelayar teratak myraudhatulukhuwah ini.
Apa khabar kawan-kawan myraudhatulukhuwah? Semoga hari yang ceria ini memberi cahaya baru untuk kehidupan kita,insyaAllah.
Sebahagian luahan hati ibu Ashraf seperti yang tersiar di Harian Metro,
“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.
“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.
“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.
Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.
Salam ketabahan untuk Mak Yah. Setiap ibu bapa, ada ujian masing-masing. Berat mata memandang, beraT lagi bahu memikul.
Petikan pandangan Presiden Persatuan Genetik Malaysia merangkap Pakar Perunding Klinikal Sitogenetik, Dr Roziana Ariffin Berkaitan individu transeksual yang pernah tersiar di akhbar Harian Metro beberapa ketika dahulu:
Presiden Persatuan Genetik Malaysia merangkap Pakar Perunding Klinikal Sitogenetik, Dr Roziana Ariffin menegaskan masalah ketidaknormalan kromosom adalah sebahagian daripada jawapan kepada masalah ini.
Selain itu, perkara itu juga membabitkan masalah di peringkat genetik molekul, protein dan epigenetik (perubahan genetik yang diwarisi). Bagaimanapun, beliau juga tidak menolak wujudnya faktor lain seperti hormon, persekitaran dan psikologi yang juga menyumbang ke arah kecelaruan jantina.
Pandangan lanjut beliau sila klik, Empat punca kecelaruan jantina, di sini.
Pandangan blog akuhivpositif,
Peringatan untuk diri sendiri yang sentiasa alpa. Berita yang sarat dengan emosi dan pengajaran. Aku berpendapat, bila melibatkan isu berkaitan hukum hakam, pihak yang paling layak memberikan pandangan dalam soal ini hanyalah pakar psikologi, pakar perubatan dan pakar agama. Seelok-eloknya mereka yang mempunyai kemahiran dalam ketiga-tiga bidang tersebut sekaligus.
Semakin ramai pengamal perubatan yang di Malaysia yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ketiga-tiga bidang ini. Mereka kebanyakannya bekas pelajar sekolah agama atau tahfiz yang menyambung pelajaran di bidang perubatan. Atau pengamal perubatan yang meningkatkan ilmu di bidang agama selepas menamatkan pengajian.
Info lanjut HIV Researcher, sila kli sini.
Ya, hari ini selain ramai bekas pelajar aliran agama dan juga para huffaz yang mengambil jurusan perubatan. Semoga kekeliruan ini dapat diselesaikan...
Entry myraudhatulukhuwah sebelum ini,
Kecelaruan Identiti, sila klik sini.
Solat Sunat Taubat, klik sini.
Artikel Menarik Berkaitan Islam dan taubat, http://insaaniyyah.blogspot.com/klik sini.
Pandangan Yang Berbahagia Datin Prof Dr Sapora Sipon dalam membantu salah seorang kliennya di akhbar:
Untuk adik berubah dari berorientasi seksual songsang kepada normal, lingkaran kehidupan ini perlu dipecah. Kita lihat lingkaran ini.
Info lanjut, Hati Anak, Trauma Perceraian Ibubapa,Dilema Nafsu Songsang, klik sini,
Baiklah. Mari kita ikuti berita yang tersiar di Berita Harian semalam.
Modul bimbing golongan hadapi krisis identiti dikaji
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merangka modul bimbingan yang dapat membantu golongan yang menghadapi krisis identiti, termasuk mereka yang sudah menukar jantina untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata masyarakat perlu meneliti dan memahami masalah golongan terbabit, bukan sekadar menghukum mereka.
Sambil membidas tindakan segelintir masyarakat yang terus menghukum Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menukar nama dan status jantinanya, beliau berkata masyarakat perlu menawarkan bantuan bagi mengelak golongan itu terus terumbang ambing.
Mohd Ashraf, 25, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelaki.
Permohonannya menukar nama dan status jantinanya dalam MyKad kepada Aleesha Farhana ditolak, Isnin lalu.
Mashitah berkata, walaupun belum ada program atau model khusus untuk mendidik dan membimbing golongan ini, namun kes Mohd Ashraf membuka mata banyak pihak termasuk kementeriannya untuk memperkenalkan program khusus untuk membantu golongan ini.
Mengikut Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang dihubungi semalam, ada lebih 6,000 lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita di ibu negara pada tahun 1980-an dan yakin jumlah itu sudah bertambah.
Mashitah berkata, masyarakat tiada hak untuk terus menghukum golongan ini kerana berdasarkan hadis, ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang, meneruskan pembunuhan mangsa ke-100 kerana tidak diberi ruang untuk bertaubat selepas menemui seorang alim ulama.
Bagaimanapun, selepas menemui ulama kedua yang memberi ruang kepada lelaki itu kembali ke jalan diredai, akhirnya dia bertaubat dan diberikan keampunan oleh Allah.
“Jadilah kita seperti ulama kedua yang memberi bimbingan kepada mereka yang pernah membuat dosa. Hentikan segera cemuhan, kecaman dan caci maki kepada golongan berkenaan sehingga meletakkan ahli keluarga dalam keadaan serba salah.
“Bagi saya jalan terbaik adalah membimbing golongan ini untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas menjalani pembedahan menukar jantina,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Harussani yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan juga menasihatkan masyarakat memahami dan cuba mendidik golongan ini bukannya menyisihkan mereka.
Beliau menasihatkan Mohd Ashraf supaya tidak berputus asa dan bertaubat segera serta menerima hakikat kejadian Allah tidak boleh diubah.
Katanya, penukaran jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya, adalah haram kerana seseorang yang dijadikan Allah sebagai lelaki, tidak akan berubah sifat kelelakiannya, walaupun individu itu berusaha mengubahnya.
Malah, katanya, berdasarkan penyelidikan pada 1985, pakar psikologi dan pakar bedah jantina dalam dan luar negara sependapat bahawa alat kelamin yang dibentuk daripada pembedahan, tidak akan berfungsi.
“Jangan lakukan tindakan yang akhirnya membawa penyesalan, sebaliknya segera bertaubat dan berpakaian mengikut jantina asal serta hentikan pengambilan sebarang hormon yang boleh mengubah fizikal dan emosi mereka,” katanya.
Kes seumpama itu pernah dirujuk ke Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan apabila seorang lelaki menukar jantina pada 1990 dan berjaya mendapat perakuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama kepada nama wanita kerana mahu mengahwini seorang lelaki.
Bagaimanapun, menurut portal rasmi Fatwa Malaysia iaitu e-Fatwa, Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) yang membincangkan perkara itu mengikut hukum muktabar dalam Islam pada 1993 memutuskan penukaran jantina lelaki kepada wanita adalah haram dan permohonan untuk bernikah tidak dibenarkan
Jangan Sedih Apabila Ada Yang Dengki
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
HATI OH HATI
Hati boleh baik dan jahat.
Rasa senang apabila ia dipuji.
Rasa menderita apabila di keji.
Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
Rasa dendam apabila terasanya penganiayaan.
Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
Simpati dengan orang susah,
Emphati dengan insan yang bermasalah,
Sering berkeluh kesah apabila dapat susah,
Rasa terhutang budi dan ucapan terima kasih serta penghargaan
pada yang sudi Menghulurkan bantuan,
Rasa gerun apabila berhadapan
dengan perkara yang menakutkan.
SEDIH APABILA ORANG DENGKI
Jangan terlalu bersedih kalau kita melakukan kebaikan sedangkan dalam masa yang sama, ada yang menentang. malah ditohmah dan difitnah.
Jangan bersedih andai usaha kita dipandang sepi dan dengki manusia yang apabila ia hasad dengki.
Kritikan pedih, tohmahan dan tidak dipandang sewaktu melakukan kebaikan, tidak mengapa, usah bersedih. Anggaplah dengki manusia lain itu sebagai salah satu ujian hidup.
Kita kembali kepada Allah SWT, dalam tujuanNya menurunkan cabaran dan kesukaran.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.
Nyata, tujuan ujian hakikatnya adalah ‘tapisan’. Dunia bukan pentas penerimaan hadiah di mana kita mendapat natijah. Tetapi dunia hakikatnya adalah pentas pertandingan, untuk menguji ‘peserta-peserta’ di dalamnya. Pentas penerimaan hadiah adalah di akhirat sana.
Dan ujian bukan semata-mata ‘tapisan’, tetapi ujian juga datang sebagai ‘pembalasan’ ataupun ‘pembersihan’ ataupun ‘peringatan’.
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Surah Ar-Ruum ayat 41.
Jadi, ayat di atas jelas menunjukkan betapa kadangkala bala yang menimpa itu, hakikatnya adalah akibat daripada perbuatan kita. Ini termasuklah dosa-dosa yang kita lakukan.
Ada sebahagian manusia itu, Allah hapuskan terus bila diturunkan bala ke atas mereka. Sebagai contoh, Kaum Nuh yang majoritinya tenggelam lemas dalam banjir besar. Tetapi wujud sebahagian yang lain, Allah hidupkan selepas menerima ujian, ataupun ujian itu diciptakan memang untuk tidak menghilangkan nyawanya, bertujuan memberikannya ‘tamparan peringatan’ akan keadaan dirinya.
Ujian juga, hakikatnya adalah satu bentuk ‘panggilan’ Allah SWT, agar hamba-hambaNya yang selama ini alpa, merapat kepadaNya. Lihatlah firman Allah SWT:
“Dan apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.” Surah Luqman ayat 32.
Jelas bukan? Ujian daripada Allah itu, nyata bukan kosong. Tetapi ada tujuannya. Mustahil sia-sia.
SurahAl Falaq; di mana dalam Surah ini, Allah menyuruh kita berlindung dengan Allah SWT
bilamana berhadapan dengan orang yang dengki apabila ia dengki....
Semoga Allah subhanallaahu wa ta'ala, 'azza wa jalla senantiasa menjaga kita dari sifat hasad dan di lindungi dari godaan iblis yang di laknat Allah subhanallaahu wa ta'ala, 'azza wa jalla.
Allah subhanallaahu wa ta'ala, 'azza wa jalla telah membimbing kita bagaimana supaya kita senantiasa menjaga diri dari sifat hasad ( iri & dengki ) dan kita senantiasa berdoa mohon perlindungan ,di dalam S Al Falaq yang artinya :
1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,
2. dari kejahatan makhluk-Nya,
3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita
4. dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul
5. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki."
Apabila kita merasa bahwa kita sedang hasad ( iri & dengki ) atau mempunyai sifat hasad kepada orang lain, tips berikut Insya Allah bermanfaat :
Terdapat 10 perkara yang boleh mengubati hati yang mempunyai hasad dengki. Perkar tersebut adalah seperti berikut :
1. Ilmu yang bermanfaat
Kerana hakikat ilmu yang bermanfaat akan mencegah pelakunya dari mewujudkan hasad dengki. Dia akan menyadari bahwa hasad dengki hanya akan membahayakan dunia dan agamanya. Bahaya bagi agamanya kerana dengan hasad dengki dia akan menentang takdir Allah. Bahaya bagi dunianya, kerana hati orang yang hasad dengki akan merasa pedih dan sakit apabila melihat orang yang dia dengki mendapat nikmat. Carilah ilmu yang bermanfaat yang menerangi jalan kehidupan yang akan mencegah dari kesalahan. Kemudian amalkanlah.
Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“ Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (Pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh setan (sampai dia tergoda). Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau kami menghendaki, sesungguhnya kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan memperturutkan hawa nafsunya yang rendah. (Surah al-A’raf ayat 175-176)
2.Bertaubat kepada Allah S.W.T.
Bertaubat kepada Allah S.W.T. boleh menghapuskan dosa seseorang. Taubat nasuha dan menyesali akan dosa kerana hasad dengkinya, meninggalkan dan bertekat untuk tidak mengulanginya kembali di masa akan datang. Apabila penyakit ini datang ia bersegeralah minta ampun kepada Allah S.W.T. semoga Dia mengampunkan dosa-dosanya.
3. Berfikir positif dan merenungi akibat keburukan hasad dengki.
Apabila kita memikirkan bahawa betapa besarnya dosa hasad dengki ini dan balasan yang dahsyat akan diberikan oleh Allah S.W.T kepada sesiapa yang berhasad dengki ketika di dunia, maka perasaan ini boleh menjadi motivasi untuk dijauhi penyakit ini.
4. Menerima takdir Allah S.W.T. dengan lapang dada.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :
“Terimalah apa yang Allah berikan padamu, nescaya engkau menjadi manusia yang paling kaya."
Imam Ibnu Sirin mengatakan : “ Aku tidak pernah hasad kepada seorangpun dalam urusan dunia, kerana apabila ia ahli syurga, bagaimana mungkin aku hasad padanya dalam urusan dunia yang itu tidak ada nilainya di syurga nanti. Apabila ia termasuk ahli neraka , maka bagaimana mungkin pula aku hasad padanya dalam urusan dunia sedangkan dia akan masuk neraka?
5. Doakan saudara kita.
Apabila hati kita dijangkiti hasad dengki, maka doakanlah kebaikan pada orang yang kita dengki semoga ia dirahmati Allah, kerana doa akan menimbulkan keajaiban, merubah keadaan yang buruk menjadi baik. Pertanda bahwa diri kita tidak ada hasad dengki dan tidak ada tujuan kecuali kebaikan bagi saudara kita.
6. Mencinati saudara sesama muslim semata-mata kerana Allah.
Cintailah saudara kita kerana Allah, mulakan dengan menyanyakan kabar kepada dirinya, agar hasad dengki dalam jiwa kita hilang dan orang yang kita ingin berhasad dengki menjadi orang yang kita berbaik dengannya. Kerana apabila seorang sudah menjadi sahabat kita maka mudah untuk kita mencintainya, dengan ini perasaan hasad dengki akan berkurang dan hilang.
Cubalah, berkemungkinan cara ini agak sukar akan tetapi mujarab. Ingatlah selalu firman Allah yang berbunyi :
“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.”
7. Menziarahi saudara sesama muslim.
Menziarahi seorang muslim terhadap saudaranya boleh melahirkan kasih sayang.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
“ Barang siapa yang menjenguk orang sakit, atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka dia akan dipanggil dari atas langit : Semoga engkau menjadi baik, baik pula perjalananmu dan engkau meraih kedudukan di syurga.”
8. Jangan diam dari kemungkaran.
Apabila di dalam satu majlis, jika ada saudara kita yang menceritakan mengenai keburukan saudara kita yang lain kerana perasaan hasad dengki maka kita perlu bela dan tidak boleh berdiam diri. Beritahu pada orang yang mempunyai hasad dengki itu supaya menyedari akan perbuatannya itu adalah berdosa semoga dengan tindakkan kita ini boleh menghilangkan perbuatan hasad dengki tersebut.
9.Mengutamakan orang lain.
Apabila kita mengetahui ada seseorang yang berhasad dengki dengan kita, dan kita berjumpa disatu majlis maka kita perlu mulakan dahulu dengan memberi salam dan menyanyakan khabar beritanya, supaya dengan sikap kita yang berbaik-baik dengannya boleh mengurangkan perasaan tersebut yang ada pada dirinya.
10.Minta nasihat daripadanya.
Secara hikmahnya kita cuba minta nasihat daripada orang yang suka berhasad dengki dengan kita supaya dengan sikap kita yang berbaik-baik dengannya akan menghilagkan perasaan tersebut .
Ibnu Abbas r.a berkata : “Tiga perkara yang aku tidak dapat membalasnya kecuali doa : 1. Seorang yang masuk menemuiku dalam suatu majlis, dia berdiri dengan senyum dan gembira. 2. Seorang yang memberi kelapangan kepadaku dalam majlis. dan 3. Seorang yang tertimpa masalah, kemudian dia minta pendapatku. Mereka adalah orang-orang yang aku tidak dapat membalas kebaikannya kecuali dengan doa.”
USAH SEDIH, TERUSKAN USAHA
Bilamana kebaikan kita lakukan sedangkan dalam masa yang sama dihalang dan berhadapan dengan orang yang dengki, bersabarlah kerana ganjaran pahala di sisi Allah sangat tinggi.
Puisi oleh Dr Aidh Al Qorni
Bersungguh-sungguhlah mengumpulkan kebaikan.
Berusahalah
teruskanlah
tinggalkanlah
kritikan orang-orang yang dengki
ketahuilah
hidup kita ini adalah masa untuk kita beramal
Bila kita mati
hasad dengki
takkan beri
kesan...
kerna di yamumul Mashar nanti
pasti
semua kan dihakimi.
Janganlah kerana kesedihan dek hasad dengki
kita berhenti
dari
melakukan kebaikan.
Demikianlah sedikit pembahasan masalah hasad dengki. Kita berlindung kepada Allah S.W.T. agar terhindar dari keburukan sifat hasad dengki sesama muslim.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .