Elak dehidrasi dengan air dan buah
Artikel kesihatan ini saya muatnaik di blog ini, kerana ada pelajar-pelajar saya yang menghidap pelbagai masalah kesihatan tetapi meminta dirahsiakan. Sebagai kaunselor pelajar, klien selesa berkongsi rahsia dengan saya termasuk penyakit klien.
Mungkin kerana klien melihat secara fizikal saya yang berkerusi roda ketika 2011. Namun
bagi saya, konsep teraputik dalam sesi kaunseling itulah yang menarik
klien untuk lebih dekat dengan saya.
Artikel ini sebagai salah satu sumber rujukan dan panduan saya
dalam memahami pengalaman kesakitan klien saya. Bagaimanapun klien biasanya selepas sesi kaunseling individu akan merujuk kepada pakar kesihatan terdekat.
Air dan buah elakkan dehidrasi
SEMUA sedia maklum bahawa saat menjelangnya Ramadan umat Islam wajib
berpuasa bermula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Namun,
puasa bukan alasan untuk menjadi tidak produktif, lemah, lesu, dan
berwajah kusam.
Ya, berpuasa mempunyai kesan kepada tubuh. Apabila tubuh tidak
mendapat makanan atau minuman buat jangka masa yang lama, ia pasti
memberikan sedikit kejutan kepada sistem tubuh.
By Puan Ummi Friday, June 28, 2013
Bina Bahagia, kaunseling individu, Kerahsiaan, Kesihatan, Kesihatan Dietetik, kisah kejayaan, Pelajar cemerlang, Pengalaman Cikgu Kaunseling, Petua, petua pemakanan
Pemakanan Bentuk Sahsiah Cemerlang
Assalamualaikum dans elamat sejahtera. berdasarkan pengalaman saya, terdapat klien saya yang menghadapi masalah mengantuk dlaam kelas, malas belajar dan tak ingat apa yang cikgu ajar serta sering sakit perut dan pening kepala.
Antara sebabnya ada yang tidak mengambil berat pemakanan yang diambil. Misalnya tidak mengambil sarapan, gemar makan junk food dan tidak suka makan madu. Artikel YM Tengku Asmadi ini bagi saya amat membantu saya dalam sesi kaunseling individu. TQ.
Pada 2004, Nur Amalina Che Bakri membuat kejutan mendapat 17A1 dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dia pelajar yang sangat menjaga pemakanannya dengan tidak makan
makanan ringan, makanan segera, minuman berkarbonat dan organ dalaman
binatang.
Pada 2007, pelajar daripada SMKA Yan, Kedah, Azali Azlan membuat kejutan lebih besar dengan mendapat keputusan 21A dalam SPM.
Antara rahsianya ialah banyak minum susu, makan kurma dan mengamalkan pengambilan madu.
Jelas sekali, mereka yang berjaya sentiasa menjaga pemakanan.
Sayangnya, perkara penting ini dianggap remeh oleh pelajar dan ibu bapa.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .