Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pemakanan Bentuk Sahsiah Cemerlang

Pemakanan Bentuk Sahsiah Cemerlang

Assalamualaikum dans elamat sejahtera. berdasarkan pengalaman saya, terdapat klien saya yang menghadapi masalah mengantuk dlaam kelas, malas belajar dan tak ingat apa yang cikgu ajar serta sering sakit perut dan pening kepala.

Antara sebabnya ada yang tidak mengambil berat pemakanan yang diambil. Misalnya tidak mengambil sarapan, gemar makan junk food dan tidak suka makan madu. Artikel YM Tengku Asmadi ini bagi saya amat membantu saya dalam sesi kaunseling individu. TQ.

Pada 2004, Nur Amalina Che Bakri membuat kejutan mendapat 17A1 dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia pelajar yang sangat menjaga pemakanannya dengan tidak makan makanan ringan, makanan segera, minuman berkarbonat dan organ dalaman binatang.
 
Pada 2007, pelajar daripada SMKA Yan, Kedah, Azali Azlan membuat kejutan lebih besar dengan mendapat keputusan 21A dalam SPM.

Antara rahsianya ialah banyak minum susu, makan kurma dan mengamalkan pengambilan madu.

Jelas sekali, mereka yang berjaya sentiasa menjaga pemakanan. Sayangnya, perkara penting ini dianggap remeh oleh pelajar dan ibu bapa.




Ada yang tidak bersarapan pagi sewaktu ke sekolah hingga pitam ketika berdiri dalam perhimpunan pagi sedangkan sarapan pagi satu kemestian bagi memberikan tenaga sewaktu belajar.

Tanpa bersarapan, bagaimana mahu fokus kepada pembelajaran sepanjang hari?
Dalam Surah al-Maidah, ayat 88 pula Allah SWT berfirman, “Dan makanlah dari rezeki yang diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya saja kamu beriman.”

Apabila disebut makanan yang baik, ia termasuklah dari segi sumber, kebersihan, nutrisi, rasa, khasiat dan halal.


Baik dari segi sumber

Ibu bapa hendaklah memastikan rezeki bukan daripada sumber yang haram seperti berjudi, riba, mencuri, rasuah dan menipu. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, api neraka yang layak baginya.” (Hadith riwayat at-Tarmizi)

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab baginda, “Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tangan-Nya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh daripada makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya.” (Hadith Riwayat Ibnu Abbas)

Bagaimanakah anak-anak mahu berjaya dan berkat hidupnya apabila doa mereka dan kita tidak dimakbulkan Allah hanya kerana makanan itu daripada sumber yang haram?


Makanan memberi kesan kepada tingkah laku

Banyak organisasi di luar negara membuat kajian kaitan antara pemakanan dan tingkah laku. Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) www.fabsearch.org aktif melakukan kajian, penyelidikan dan mengumpulkan pelbagai sumber rujukan bagi membuktikan pemakanan ada kaitan dengan tingkah laku manusia.

Satu penyelidikan dilakukan Dr Hemamali Perera yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Lanka. Beliau memberikan kanak-kanak sekolah yang bermasalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard, namun tiada sebarang peningkatan positif dari segi tingkah lakunya.

Kanak-kanak ini kemudian diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan. Hasilnya, peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, meleng–kapkan kerja dan peningkatan prestasi akademik.

Pada 2009, kajian Unit Psikiatri, University Of Bristol, United Kingdom mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif.

Islam mengajar kita dari segi pemakanan, malah sebahagian daripada pemakanan sunah turut disebut dalam al-Quran. Makanan ini bukan saja berkhasiat, malah memberi kesan yang baik kepada tubuh badan sama ada dari segi perkembangan otak dan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Justeru, satu produk pemakanan kesihatan khusus untuk minda iaitu JuzQ30 dihasilkan dengan menggunakan bahan berasaskan sunah iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun dan zaffaran.

JuzQ30 diadunkan bersama bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis serta air zamzam.

JuzQ30 boleh diambil dalam tempoh tiga hingga enam bulan untuk melihat hasil–nya dan insya-Allah mampu membantu tumpuan belajar anak-anak serta membentuk tingkah laku lebih positif.

Bagaimanapun, rezeki yang halal lagi baik bukanlah satu-satunya syarat melahirkan anak cemerlang. Jika pemakanannya baik tetapi anak malas belajar tiada gunanya kerana kecemerlangan mereka lahir daripada kehidupan seimbang iaitu jasmani, minda hati dan rohani.

Kursus dan seminar motivasi mampu menjadi pendorong kepada tingkah laku positif anak-anak.

Bagi membantu ibu bapa dalam mendidik, mengenal dan mengasah potensi anak-anak, MAP Training & Consultancy Sdn Bhd akan menganjurkan beberapa program Motivasi Alihan Pelajar di Kuala Lumpur dan Johor Bahru sepanjang Ramadan ini.

Program motivasi ini boleh disertai anak-anak berusia 10 hingga 19 tahun.
Layari laman web, www.laman-map.com atau hubungi 03-91013622, 05-3134622, 012-4931520 atau 016-5580719 untuk maklumat lanjut.

Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Harian metro, Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/23

Untuk dapatkan produk madu berkualiti tinggi dan lain-lain pemakanan berkhasiat sila baca lanjut di blog SRM.  http://sahabatroselle.blogspot.com/

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .