FORUM KERJAYA ICT UNTUK KAUNSELOR SEKOLAH JPN PAHANG 2013
En Mohd Fizer Bin Mohd Ali,
Pegawai Kaunseling dari JPN Pahang sedang berucap.
Mr KC Tan dari IBM
Teknologi Pendidikan Apple IPAD
Kelihatan Penceramah sedang membuat demonstrasi membuat video segera di IPAD. Kelihatan Para kaunselor termasuk Cik Emas Sani dari SMK Keratong dan Puan Aida dari Selanchar sedang khusuk mendengar taklimat.
Mr Hussin Khan Yusof Khan
Para penanya soalan sedang mengemukakan pertanyaan.
Gambar Kaunselor dari SMK Semambu, Kaunselor SMK Seri Mahkota ,
Encik Ahmad Rizal MGKK Pahang dan Kaunselor dari Kuala Lipis.
Para penceramah meneriama cenderamata yang disampaikan oleh
En Mohd Fizer Bin Mohd Ali, Pegawai Kaunseling dari JPN Pahang
Para peserta forum bergambar ramai bersama penceramah dan
En Mohd Fizer Bin Mohd Ali, Pegawai Kaunseling dari JPN Pahang.
DUNIA ICT
Information Communication Technology (ICT) mempengaruhi kehidupan
manusia sejagat. Perkembangan teknologi komputer yang begitu pesat
menunjukan peradaban manusia berkembang begitu pantas.
Penguasaan ilmu dan pengetahuan moden membolehkan manusia merekayasa ciptaan baharu untuk manfaat kehidupan. ICT sebagai suatu medium komunikasi membolehkan manusia berinteraksi dengan pantas,mudah dan berkesan melalui emel,tweeter, blog , facebook , skype dan webcam dimana saja kita berada walau pun dibatasi jarak ribuan kilometer. Kemampuan daya cipta manusia meneroka dunia ICT menjadi wadah dan pemangkin yang paling berkesan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sesebuah organisasi .

Mengautomasikan sistem pengurusan dan pentadbiran mendatangkan manfaat yang sangat besar kerana boleh mengurangkan kos,menjimatkan masa, meningkatkan kecekapan kakitangan dan menghasilkan pulangan yang berganda. Syarikat syarikat gergasi IT berlumba lumba mengeluarkan produk baharu untuk menguasai pasaran ekonomi dunia kerana permintaan terhadap kemudahan ini sangat tinggi .
Pembangunan bidang ICT terutama dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai dampak yang paling berkesan untuk meneroka pelbagai disiplin ilmu dalam kalangan pelajar. kemampuan pelajar mengguna aplikasi ICT dengan baik sangat membantu meningkatkan daya intelektual yang mampu berfikir secara saintifik , konstruktif dan futuristik. Telahan saya beberapa dekad yang akan datang semua kenderaan dilengkapi sistem komputer seperti pesawat terbang . Pemandu hanya mengawasi perjalanan yang telah diprogramkan. saya mempunyai asas untuk membuat andaian demikian kerana manusia sentiasa mengkaji dan mencari idea baharu untuk memacu perkembangan teknologi dalam setiap bidang termasuk aerospace .
Negara memerlukan modal insan yang kreatif, innovatif dan mempunyai jati diri unggul yang mampu bersaing secara kompetetif dalam pasaran dunia. Justeru bagi melahirkan modal insan yang didambakan kita perlu memperkasa peranan guru, menyediakan prasarana dan kemudahan yang cukup untuk mengukuhkan sistem pendidikan berteraskan kemajuan ICT.
Antara dapatan dari forum ini:
PELUANG KERJAYA DALAM ICT SANGAT LUAS.
1) IBM Malaysia
IBM Corporation, syarikat teknologi maklumat multinasional berpangkalan
di New York, Amerika Syarikat (AS) akan melabur sehingga RM1 bilion
dalam tempoh enam tahun untuk membangunkan pusat penyampaian global
teknologi maklumatnya di Cyberjaya.
Syarikat itu memilih untuk melabur di negara ini susulan yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi untuk tempoh selanjutnya serta sokongan kerajaan dalam menggalakkan perkembangan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ke tahap lebih tinggi.

2) Perbankan
3) Holistik
4) Kesihatan
5)ICT
6)Animasi
7) DAN LAIN-LAIN
Inisiatif tingkat kemahiran pekerja pikat pelabur luar negara
MSC Malaysia sedia 85,000 peluang kerja
MSC Malaysia bakal mewujudkan sehingga 85,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baru sehingga 2015.
Ia adalah tambahan kepada 119,000 pekerjaan yang telah diwujudkan daripada inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perdana negara itu setakat akhir 2011.
Apple Sediakan Aplikasi Pendidikan Serbaguna dan Berfaedah
Teacher Kit Aplikasi Canggih Untuk Guru. Aplikasi IPAD
Teacher Kit Aplikasi Canggih Untuk Guru. Dengan kemajuan elektronik yang semakin canggih kini ada aplikasi yang menyokong dalam kegiatan belajar mengajar. Nama aplikasi ini adalah Teacher Kit buatan ITwork, namun sayangnya aplikasi ini terdapat pada Ipad yang notabennya adalah Handphone yang harganya masih tinggi. tetapi aplikasi ini terus dikembangkan agar nantinya dapat terjangkau oleh semua guru, terutama di Indonesia ini.
Apa yang membuatnya menarik adalah sistem tertutupnya yang membolehkan kita mengawasi perkembangan kelas, individu murid hingga automasi nilai raport tanpa harus melakukan input di akhir semester. Anda boleh memprogram berapa banyak ulangan, lalu ditambah nilai ujian semester, atur bobotnya dan anda boleh mendapatkan nilai akhir semester di mata pelajaran yang sama, plus nilai rata-rata yang diraih terhadap nilai kelas secara keseluruhan.

(Wah nampaknya saya perlu memaksimumkan penggunaan IPAD hadiah pemberian Unit ICT UPSI sempena Johan Educational Blogging kategori terbuka)
0 Comments:
Post a Comment