Sir Ramli Abdul Hamid Guru OKU Terharu Pengurusan Sekolah Prihatin
Ramli menerima sumbangan disampaikan Mohd Rodzik (dua, kanan) mewakili PPD Maran.
BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - Keprihatinan pengurusan Sekolah Menengah
(SM) Jengka Pusat menyediakan kemudahan untuk golongan OKU
menggembirakan guru sekolah itu.
Guru terbabit, Ramli Abdul Hamid, 55, berkata, dia mula menggunakan
kerusi roda pada 2010 kerana mengalami kecacatan pada kaki kanan dan
sejak itu, dia menerima pelbagai kemudahan daripada pihak sekolah.
Katanya, penyediaan kemudahan itu menggembirakannya apabila hasrat
untuk terus menyumbangkan ilmu dipermudahkan pengurusan SM Jengka Pusat.
“Kali ini, pengetua, Mohd Rafib Fateh Mohammad menyediakan kemudahan
laluan khas bagi memudahkan saya ke kelas, selain turut memberi
kelonggaran masa mengajar.
"Malah, tandas untuk golongan OKU turut disediakan berdekatan bilik tempat saya berehat,” katanya.
Sehubungan itu, Ramli bukan sahaja berterima kasih kepada pengetua,
malah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Maran kerana prihatin dengan nasib
guru OKU sepertinya.
“Doktor mengesahkan saya masih boleh mengajar. Saya tidak mahu melepaskan peluang mengajar dan mendidik selagi termampu.
“Justeru, saya amat berterima kasih kepada pihak terbabit. Jasa mereka
yang banyak membantu, akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya.
Ramli pada Selasa lalu menerima kunjungan PPD Maran pada program Ziarah
Cakna sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Maran. Turut hadir,
Timbalan PPD Maran, Mohd Rodzik Andul Razak.
Sumber; Sinar Harian, Selasa, di sini
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
dunia pendidikan
,
Guru OKU
,
Jengka
,
kerjaya perguruan
,
Maran
,
memoir seorang guru
,
Pahang
,
PPD Maran
» Sir Ramli Abdul Hamid Guru OKU Terharu
Sir Ramli Abdul Hamid Guru OKU Terharu
Related Posts:
Ceramah Pendidikan Anti DadahCeramah Pendidikan Anti Dadah Oleh Pegawai PPDa Maran Encik Cr Burhanuddin sedang menyampaikan cenderamata kepada Encik Jasmi pada akhir sesi ceramah. Alhamdulillah, pada Hari Khamis, 21 O… Read More
Sir Ramli Abdul Hamid Guru OKU TerharuSir Ramli Abdul Hamid Guru OKU Terharu Pengurusan Sekolah Prihatin Ramli menerima sumbangan disampaikan Mohd Rodzik (dua, kanan) mewakili PPD Maran. BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - Keprihatinan pengurusan Sekolah Meneng… Read More
TAKLIMAT KE KOLEJ VOKASIONAL CHENOR PROGRAM SELEPAS PMR TAKLIMAT KE KOLEJ VOKASIONAL CHENOR MARAN PROGRAM SELEPAS PMR UBK SMK JENGKA 2 2012 Gambar Suasana di Kolej Vokasional Chenor dari website http://www.smtchenor.bptv.edu.my/ Gambar Program Selepas PMR S… Read More
Tahniah PPDa Maran Perlantikan Encik Akmal Syah Bin Mohamad Tahniah PPDa Maran Perlantikan Encik Akmal Syah Bin Mohamad Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Cikgukaunseling.com merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai PPDa MARAN yang baru, Encik Akmal Syah Bin Mohama… Read More
Tahniah, Tokoh Guru Maran 2011 Tahniah, Tokoh Guru Maran 2011 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahniah kepada Bekas guru besar, Cikgu Muhammad Bakar, 61, dan bekas pengetua, Cikgu Siti Messopran Sheikh Luji, 59, atas Anugerah Tokoh Guru sempena s… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment