Jejak Warisan Lenggong Oleh USM
JEJAK WARISAN LENGGONG: USAHA BERTERUSAN USM PROMOSI TAPAK WARISAN DUNIA
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Sebagai bekas mahasiswa Minor Sejarah, antara
kursus yang perlu saya ambil ialah berkaitan Arkeologi. Bahkan dalam
silibus Sejarah di Sekolah Menengah Rendah, di Tingkatan 1, ada
diterangkan tentang kepentingan Sejarah Arkeologi.
Antara pengalaman menarik sebagai Pelajar Arkeologi ialah melakukan kajian di Tapak Lembah Lenggong yang kini telah diktiraf oleh UNESCO sebagai Lembah Lenggong Warisan Dunia. Saya, kawan-kawan dan pensyarah bermalam dan berkampung di sana. Termasuklah di Kota Tampan, dan Bukit Bunuh.
Dikelilingi oleh hutan yang segar, flora dan fauna yang ada tidak pernah saya temui sebelum ini, air kali yang jernih hingga ke dasar, tasik-tasik kuno yang masih terpelihara kebersihan alam sekitarnya, perkampungan yang tenang bagai lukisan alam yang hidup....
Dalam entry ini saya muatnaik beberapa artikel berkaitan Lembah Lenggong. Termasuk catatan dari USM berkaitan usaha-usaha yang dilakukan oleh Pihak USM lebih sedekad lalu di tapak ini. Projek ekskavasi yang dipelopori oleh penyelidik USM, Prof. Datuk Zuraina Majid di Kota Tampan, Lenggong.
Benarlah kita akan lebih memahami sesuatu perkara bilamana kita pernah melalui sesuatu pengalaman itu. Pengalaman itulah guru kehidupan.

Program tiga hari yang disertai 700 pelajar sekolah itu menjadi landasan kedua-dua pihak memperoleh maklumat mengenai arkeologi dan sejarah purba.
Artikel ini disiarkan DI HARIAN METRO pada : 2013/06/09
JEJAK WARISAN LENGGONG: USAHA BERTERUSAN USM PROMOSI TAPAK WARISAN DUNIA
LENGGONG,
15 APRIL 2013 – Usaha Universiti Sains Malaysia (USM) mempromosikan
Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia diteruskan dengan jayanya setelah
mendapat penyertaan lebih daripada 100 orang pelajar sekolah menengah di
sekitar daerah Lenggong menyertai Explorace ‘Jejak Warisan Lenggong’
baru-baru ini.
Program
yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad merupakan
hasil inisiatif Pelajar tahun akhir, Bahagian Komunikasi Pemujukan,
Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia.
Aktiviti ini merupakan kesinambungan dari Siri Penjelajahan High School Attack yang telah diadakan pada 19 dan 20 Mac lalu.
Menurut
Lum Wai Quan, Pengarah Projek, Kempen Warisan Lenggong, antara tujuan
utama program ini dijalankan adalah untuk mendidik dan mewujudkan
kesedaran para generasi muda menghargai Lenggong sebagai Tapak Warisan
Dunia di negara ini.
Lum
Wai Quan berkata program ini bukan sahaja membantu para pelajar
memperoleh pengetahuan dengan cara yang menghiburkan malah dapat
memberikan pelbagai maklumat yang berguna berkaitan pengiktirafan Lembah
Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia.
“Rata-rata
golongan muda di sini kurang mengetahui sejarah dan maklumat berkaitan
Lenggong. Atas sebab itu, USM mengambil inisiatif ini bagi mendekati
mereka supaya mereka dapat mendalami keunikan Lenggong itu sendiri agar
menghargai warisan yang mereka miliki,” katanya lagi.
Antara
sekolah yang mengambil bahagian adalah Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Azlan Shah, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz.
Kemuncak
kempen ini merupakan Majlis Penghargaan yang bertemakan ‘Sedetik
Mengimbau Warisan’ yang akan berlangsung pada 11 Mei 2013 di Dewan
Serbaguna Kota Tampan, Lenggong.
Maklumat
lanjut boleh menghubungi Nurul Syazwannie Mohamad Saad, Ketua Bahagian
Media dan Publisiti, Kempen Warisan Lenggong, di talian +6019-4283334
0 Comments:
Post a Comment