Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Resume Tonjolkan Diri Calon Pekerja

Resume Tonjolkan Diri Calon Pekerja

 Klinik Resume Anjuran Kolej Twintech


Menurut kajian terkini, majikan meluangkan purata enam hingga 14 saat saja untuk meneliti resume pemohon. Justeru, dalam pasaran pekerjaan yang kompetitif, resume yang dikemukakan calon perlu menarik perhatian majikan selain memberikan maklumat yang pantas dan mudah ditemui.


Menyedari pentingnya menyediakan resume menarik perhatian majikan, unit Alumni dan Perkembangan Kerjaya Twintech International University College of Technology (Twintech) menganjurkan Klinik Resume, baru-baru ini.


Ia bagi membantu menyediakan resume berkesan dengan maklumat diperlukan selain mempunyai nilai tarikan berbanding calon lain.



Seramai 20 pelajar tahun akhir terbabit menjayakan sesi pertama klinik resume itu.


Lari daripada kebiasaan

Pengurus Komunikasi Korporat yang juga pengendali Klinik Resume, Abdul Nasir Abdul Khalil berkata, kebanyakan pelajar sering terikat dengan format resume tradisional.

Menurutnya, resume seharusnya berubah mengikut peredaran zaman dan teknologi.

“Penemu duga hari ini sentiasa fleksibel dan mengikuti perkembangan terkini. Mereka lebih mudah tertarik dengan teknik dan pendekatan yang kreatif, bersahaja dan berani.

“Sebab itu, pelajar perlu berani menyediakan resume yang boleh mencuri perhatian mereka, sekali gus memberi peluang lebih cerah untuk terpilih.

“Antaranya penggunaan seni huruf (font) yang menarik perhatian, penekanan tajuk atau maklumat penting menggunakan huruf tebal (bold), Italic serta bergarisan selain susun atur kreatif bagi memberikan kelainan dan menyenangkan pembaca resume. Gambar memberi impak besar dalam memberi kepelbagaian,” katanya.


Perkara kecil tetapi impak besar

Pelajar tahun akhir Diploma in Nursing Twintech, Nurul Atiqah Ahmad berkata, melalui klinik itu, resume mereka diperhalusi bagi memastikan setiap aspek betul dan sesuai dengan kehendak bakal majikan.

“Saya bebas menyusun atur struktur resume mengikut gaya penceritaan diingini. Jika mahu bakal penemu duga melihat pengalaman klinikal dan pengetahuan teknikal kejururawatan, saya lebih menitikberatkan penceritaan dalam aspek itu.

“Jika mengharapkan keputusan peperiksaan, tumpuan resume difokuskan kepada profil akademik,” katanya.

Resume yang berkesan dan tepat perlu meletakkan nilai kecil yang berpotensi besar seperti kemahiran menggunakan perisian komputer bagi menyunting filem, menyunting audio, menyunting imej selain rekod kerja sambilan yang boleh menampakkan kegigihan calon.


Pakej lengkap bantu graduan berkerjaya

Klinik Resume ini sebahagian siri aktiviti dan usaha unit alumni dan pembangunan kerjaya melengkapkan pelajar tahun akhir Twintech dengan persediaan menyertai sektor pekerjaan selain merancang Pesta Kerjaya menerusi pemadanan kerjaya melalui ruangan Facebook alumni.

Klinik Resume dilengkapi kursus ‘surviving ­interviews’ yang mendedahkan pelajar dengan kemahiran menempuh sesi temu duga selain ‘Graduates Tracer Studies’ yang mengesan graduan ke tempat kerja, berbincang dengan majikan mengenai prestasi serta aspek pembinaan kurikulum.

‘Perkhidmatan-Selepas-Jualan’ Twintech menyeluruh dari membimbing persediaan graduan mendapatkan pekerjaan, ­menyediakan platform alumni dan bertanya khabar melalui majikan masing-masing.

Hubungi talian 1-300-88-1200, 019-2722 931 (Azwan), laman web di www.twintech.edu.my, Facebook dan akaun YouTube kami untuk maklumat lanjut. 



Sumber; Harian Metro, 23/6/2013





Related Posts:

  • Contoh Resume Ke Universiti Contoh Resume Ke Universiti Gambar program Unit Kaunseling Kerjaya KMPh bersama Prof Madya Dr Wan Amizah Wan Mahmid, Ketua Program  Komunikasi Media UKM  Assalamualaikum dan selamat malam. Anak-an… Read More
  • Peluang Jalani Latihan Industri di KPT Peluang Latihan Industri di KPT Iklan Latihan Industri di KPT Latihan Industri Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Politeknik sama ada di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk … Read More
  • CONTOH RESUME RINGKAS KERJA KERAJAAN CONTOH RESUME RINGKAS KERJA KERAJAAN Terdapat banyak contoh resume kerja kerajaan mahupun RESUME kerja swasta di luar sana. Di sini saya akan terangkan beberapa perkara yang perlu ada dalam resume anda. Antara Contoh Per… Read More
  • RAHSIA RESUME KERJA MENARIK BAKAL MAJIKAN RAHSIA RESUME KERJA MENARIK BAKAL MAJIKAN  MEMILIH ANDA SEBAGAI PEKERJANYA. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Anda sedang mencari kerja?  Anda nak minta kerja? Tetapi anda tidak tahu cara nak buat resume? Pe… Read More
  • Peluang Latihan Industri IPT dan Politeknik di KPTPeluang Latihan Industri IPT dan Politeknik di KPT Iklan Latihan Industri di KPT   Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Politeknik sama ada di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda ad… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .