Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Sejarah PERHATI Program Anak Yatim Permata Hati Di Pahang

Sejarah PERHATI Program Anak Yatim Permata Hati 
Di Pahang



Firman Allah SWT:

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
 
 Surah Al Baqarah, Ayat 83 


                      Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah    
                                                         al-Mustain Billah, Tengku Mahkota Pahang

  PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEMASYARAKATAN
Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI)


Idea Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah, Tengku Mahkota Pahang. Majlis Penyampaian Hadiah dan Bantuan Tautan
Kasih anjuran Yayasan Pahang pada bulan Ramadhan 1429H
 
Program Anak Yatim Permata Hati merupakan program kebajikan dan kemasyarakatan Yayasan Pahang







1.      PERHATI mula diperkenalkan pada tahun 2010 yang melibatkan pelajar anak yatim tingkatan 5 di sekolah menengah dalam Negeri Pahang. Objektif am PERHATI aalah untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak yatim supaya mereka berjaya dalam pelajaran untuk membolehkan mereka meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.


2.   PERHATI meliputi aktiviti meningkatkan prestasi akademik anak-anak yatim dalam pembelajaran seharian dan peperiksaan awam, meningkatkan sahsiah dan jatidiri serta mewujudkan rasa kesyukuran dan tidak terasa terpinggir dalam masyarakat.  Seterusnya membimbing mereka untuk mendapat tempat di institusi pengajian tinggi dan institusi latihan kemahiran.



Projek khusus  ini melibatkan anak-anak yatim supaya cemerlang dalam pendidikan. Projek yang diilhamkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ini bertujuan memastikan anak yatim diberi bimbingan khusus untuk berjaya dalam pelajaran.


Tujuan program ini adalah untuk memberikan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak yatim dari kalangan pelajar tingkatan lima yang akan mengambil Peperiksaan SPM tahun semasa.

Seumpama program mentor-mentee, setiap lima orang anak yatim akan diletakkan di bawah seorang guru atau mentor mereka. Dengan kata lain, guru ini akan menjadi ibu atau bapa angkat mereka di mana segala permasalahan sama ada pelajaran, kebajikan, bimbingan kerjaya akan dipikul bersama oleh mentor dan mentee.

Program JUJ, PiSSA dan Puncak Jaya merupakan program 3 serangkai berfokus kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM.  Program ini melibatkan seluruh anak yatim di Negeri Pahang yang akan menduduki peperiksaan SPM.

  Objektif program adalah untuk memberi perhatian  yang sewajarnya kepada anak-anak yatim tanpa mengira kaum supaya mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.  Pencapaian program ini juga memberangsangkan iaitu 68% dari pelajar-pelajar PERHATI ini berjaya menyambung pelajaran mereka sama ada di peringkat IPT, Tingkatan 6 mahupun ke institusi-institusi kemahiran.



Upadete; Petikan akhbar Utusan Malaysia:

2010

Pendidikan terus jadi agenda utama Adnan

Utusan Malaysia . 15 Mei 2010, Sabtu

PENDIDIKAN merupakan kunci utama untuk mengubah sosioekonomi sesuatu masyarakat. Menerusi pendidikan, masyarakat mampu mencipta tamadunnya, sekali gus dipandang tinggi oleh bangsa-bangsa lain.

Hakikat itu amat disedari oleh Kerajaan Pahang yang diterajui Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam soal ini, kerajaan negeri tidak pernah berkompromi untuk membiarkan anak-anak negeri ini terus tercicir daripada arus perdana pendidikan.


Dalam bajet yang diumumkan baru-baru ini, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM54 juta untuk terus memacu kecemerlangan sektor pendidikan negeri.


Tanggungjawab besar untuk memastikan sektor pendidikan negeri berada di mercu kecemerlangan diserahkan kepada Yayasan Pahang (YP) yang dipengerusikan oleh Adnan sendiri.


YP ditubuhkan pada 1982 melalui peruntukan Enakmen No. 6, ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Pahang yang bertujuan merealisasikan falsafah ‘back to basics’ bagi memastikan tiada anak negeri ini tercicir daripada mendapat pendidikan.


Menerusi penubuhan YP, isu kedaifan tidak lagi menjadi alasan untuk berlakunya keciciran dalam bidang pendidikan di kalangan anak-anak negeri ini.


Penubuhan YP berlandaskan kepada lima teras utama iaitu:

# Melengkapkan struktur ekonomi YP.
# Meneruskan agenda ‘back to basics.’
# Meningkatkan kecemerlangan akademik, kemahiran, penerapan daya kreativiti dan inovasi.
# Membantu memupuk masyarakat minda kelas pertama.
# Melaksanakan pelan induk sistem penyampaian yang berkesan.


Sejak dirasmikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah 27 tahun lalu yang ketika itu baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong, pelbagai bantuan dan program pendidikan dilaksanakan bagi menjayakan falsafah tersebut.


Bagi meneruskan legasi Najib dan Tun Khalil Yaakob, Adnan memperkasakan lagi program dan produk pendidikan serta kemasyarakatan sedia ada.


Sehingga tahun lalu, sejumlah RM552,23 juta dibelanjakan oleh kerajaan negeri menerusi YP untuk memastikan hasrat murni itu tercapai.


Pengurus Besar YP, Datuk Saariah Saad dalam satu pertemuan baru-baru ini memberitahu, antara program yang diperkenalkan oleh YP adalah Biasiswa Sekolah Rendah (BSR), Biasiswa Sekolah Menengah (BSM), pinjaman pendidikan dan program pendidikan dan kemasyarakatan.


Program-program itu, kata beliau, merupakan antara resipi dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan utama sekali gus melangkah ke peringkat tertinggi.


BSM merupakan produk sulung yang diperkenalkan sejak 1983 bertujuan memberi bantuan kepada pelajar tingkatan satu hingga enam.


Keutamaan diberikan kepada pelajar berlatar belakang keluarga kurang berkemampuan dan mempunyai tanggungan ramai termasuk anak yatim, ibu tunggal, peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain pelajar cemerlang dalam akademik serta kokurikulum.


Pada tahun lalu sahaja, seramai 23,750 pelajar atau 17.7 peratus daripada keseluruhan 134,352 pelajar menerima kemudahan itu dengan pecahan seramai 125,612 pelajar sekolah menengah bantuan penuh dan 8,740 sekolah agama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Sejak BSM diperkenalkan, YP membelanjakan sebanyak RM119.4 juta yang memberi manfaat kepada hampir 100,000 pelajar.
”Kadar bayaran BSM juga telah dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 bermula 2007,” kata Saariah.


BSR pula diperkenalkan pada 2002 yang disalurkan kepada murid-murid yang berasal daripada keluarga tidak berkemampuan.


Sehingga kini, seramai 17,287 murid atau 21 peratus menerima bantuan tersebut dengan peruntukan sebanyak RM22 juta.


Bagi merealisasikan hasrat meramaikan bilangan anak Pahang di menara gading, YP tidak memberi penekanan kepada kuantiti semata-mata tanpa mengabaikan aspek kualiti.


Justeru bermula 1996, YP melancarkan program Jawab Untuk Jaya (JUJ) bertujuan meningkatkan prestasi dan kualiti pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Menengah Agama (SMA).


Saariah memberitahu, sebanyak RM13 juta dibelanjakan untuk melaksanakan program yang juga bertujuan meningkatkan kepakaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Projek tersebut terbukti berkesan apabila Pahang berjaya menduduki tempat ketiga dalam keputusan SPM 1997 berbanding di tempat ke-13 pada tahun sebelumnya di peringkat kebangsaan.


Dalam program itu juga, YP memperkenalkan projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP) bermula 1997 untuk memberi bantuan kepada pelajar daripada kalangan masyarakat luar bandar yang berpotensi.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam SISP ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pekan, SMK Clifford, SMK Seri Bentong dan SMK Seri Tualang.

Dalam usaha meningkatkan kemahiran pelajar menguasai bahasa Inggeris, YP menubuhkan Kem Bahasa Inggeris yang melibatkan seramai 20,000 pelajar dengan perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta.

Selain itu, YP turut memperkenalkan Projek Intervensi Semua Subjek A (PISSA) bermula 2003 bertujuan membantu pelajar mendapat A dalam semua subjek yang diambil dalam SPM.

Projek itu menunjukkan keberkesanannya apabila bilangan ‘straight A’ meningkat secara mendadak daripada 32 orang pada 2003 kepada 198 orang dalam keputusan SPM tahun lalu.

Bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula, YP memperkenalkan Projek Jejak Gemilang (PJG) UPSR bagi membantu mereka memperoleh semua A dalam peperiksaan itu.


Pada tahun sama juga, YP melancarkan PJG Sains Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memberi penekanan kepada tiga subjek kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi pelajar tingkatan tiga.


Projek itu, jelas Saariah, bertujuan meramaikan pelajar mengambil aliran sains yang memasuki tingkatan empat.


Baru-baru ini, YP melaksanakan satu lagi program pendidikan yang dikenali sebagai Program Puncak Jaya (PPJ) yang disasarkan kepada anak-anak pelajar yang sederhana pencapaian akademiknya.


Program yang juga dikenali sebagai ‘sekali gagal sekali lulus’ (Galus) dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Iktisas Pahang (IKIP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu memberi bimbingan kepada pelajar terbabit supaya dapat meningkatkan kesedaran dan keyakinan diri.
PPJ terbukti cemerlang apabila seramai 97 peratus daripada 150 pelajar yang menyertainya berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT).


Tidak cukup dengan itu, YP kini di peringkat akhir melancarkan projek khusus melibatkan anak-anak yatim supaya cemerlang dalam pendidikan.

Saariah memberitahu, projek yang diilhamkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu bertujuan memastikan anak yatim diberi bimbingan khusus untuk berjaya dalam pelajaran.

”Projek ini dikenali sebagai Projek Anak Yatim Permata Hati atau Perhati,” katanya.


Bagi memastikan lebih ramai anak Pahang melangkah kaki ke menara gading, kerajaan negeri turut menawarkan pinjaman pendidikan kepada 27,499 pelajar yang memasuki IPT awam dan swasta.
Sehingga kini, sebanyak RM274 juta dibelanjakan untuk menyalurkan pinjaman kepada pelajar yang menuntut di kedua-dua IPT berkenaan.


Sementara itu, Geran Bantuan Pelajar IPT yang diperkenalkan pada 1999 turut memberi manfaat kepada 78,022 pelajar dengan perbelanjaan sebanyak RM39 juta sehingga Disember tahun lalu.


Selain itu, penubuhan YP mendorong kerajaan negeri melangkah lebih jauh dengan mewujudkan Maahad Tahfiz di Tanjung Lumpur dengan hasrat bukan sekadar melahirkan para hafiz dan hufaz tetapi melahirkan golongan profesional di kalangan mereka.


Satu lagi produk YP yang terkenal di peringkat nasional ialah IKIP yang kini dinaik taraf menjadi Kolej Antarabangsa IKIP.

Kerajaan negeri, kata Saariah, berhasrat untuk terus memperkukuhkan Kolej Antarabangsa IKIP agar menjadi kolej universiti suatu masa nanti.
Dengan kata lain, usaha-usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri menerusi YP merentasi keperluan demografi penduduknya tanpa mengira keturunan dan pangkat.


Fungsi dan peranan YP sejajar dengan gagasan 1Malaysia apabila segala bentuk bantuan termasuk biasiswa yang disalurkan tidak pernah mengambil kira keturunan penerimanya.



Lebih penting lagi, agihan bantuan kewangan YP berjaya menanam semangat patriotisme di kalangan anak-anak kelahiran Pahang untuk terus berbakti di tanah tumpah darah mereka selepas tamat pengajian.


Dengan segala usaha yang telah dan sedang dilaksanakan, usaha Kerajaan Pahang demi kemajuan pendidikan negeri memang tidak dapat disangkal lagi walaupun ada pihak yang mempersoalkan keikhlasannya.


Kesimpulannya, kerajaan negeri di bawah teraju Adnan telah melakukan yang terbaik demi kecemerlangan anak-anak Pahang yang bakal menjadi pewaris masa depan dan aset terpenting bagi mengisi wawasan negeri menjelang 2020.



Kerajaan Pahang belanja RM69.3j


KUANTAN 7 Dis 2011. - Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM69.3 juta pada tahun ini bagi menjalankan pelbagai program serta insentif dalam membantu anak- anak negeri ini dalam bidang pendidikan.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jumlah itu memberi manfaat kepada seramai 154,960 pelajar dalam pelbagai program yang dijalankan oleh Yayasan Pahang (YP).
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM19.8 juta diperuntukkan untuk memberi pinjaman, RM31.7 juta untuk biasiswa dan RM17.8 juta untuk program lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Pang Tsu Ming (BN-Semambu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.
Adnan memberitahu, jumlah perbelanjaan pendidikan pada tahun ini juga meningkat sebanyak 23 peratus berbanding tahun lepas.
"Pada tahun lepas YP membelanjakan sebanyak RM56.4 juta yang memberi manfaat kepada 97,604 pelajar," jelasnya.
Dalam pada itu, katanya, YP menjalankan pelbagai program bagi meningkatkan tahap akademik anak-anak Pahang seperti program Jawab Untuk Jaya (JUJ), Intervensi Semua Subjek 'A' (Pissa), Program Puncak Jaya (PPJ) dan Program Anak Yatim Permata Hati (Perhati).
Katanya, program terbabit ternyata memberi kesan dan meningkatkan kuantiti serta kualiti pendidikan para pelajar sekolah di negeri ini.
"Selain itu, YP turut memberi insentif kepada mereka yang berjaya mendapat tempat ke menara gading melalui geran bantuan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) sebanyak RM500," katanya.
Katanya, geran ini dilancarkan pada 2000 dan sehingga kini memberi manfaat kepada 98,858 pelajar dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM49.4 juta.


PETIKAN UCAPAN BAJET




SUMBER; Website Yayasan Pahang
Petikan AKhbar Utusan Malaysia



87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .