Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PT3 Jadual Kerja Kursus Geografi 2015 : Kegiatan Ekonomi

PT3 Jadual Kerja Kursus Geografi 2015 : 
Kegiatan Ekonomi


PT3 Jadual Kerja Kursus Geografi 2015 : Kegiatan Ekonomi



Sebaik pelajar PT3 selesai mendengar taklimat ynag disampaikan oleh Encik Mohd Fairus, Guru S/U Peperiksaan Tingkatan 3 di Dewan Bestari, terdapat bebera orang pelajar 3 Maju melangkah masuk ke bilik saya. Wajah masing-masing nampak agak keliru dan bimbang. Sebagai guru, saya cuba membantu pelajar bertenang. InshaAllah anak-anak pelajar boleh menyelesaikan tugasan ini dengan baik.

Pastinya bermula semalam lagi hingga 3 Julai 2015 adalah tempoh paling sibuk bagi pelajar Tingkatan 3 bagi menyiapkan Kerja Kursus Geografi PT3 2015 kali ini.

Bagi memudahan lagi kerja-kerja menyiapkan Kerja Kursus Geografi Kegiatan Ekonomi PT3 kali ini, blog http://cgkaunseling.blogspot.com/ telah cuba untuk membantu anda untuk berkongsi contoh jadual kerja Geografi PT3 yang merupakan salah satu elemen yang perlu anda sediakan dalam Kerja Kursus Geografi PT3.


Walaubagaimanapun contoh jadual kerja Geografi yang kami berikan dan kongsikan seperti di bawah ini boleh anda ubahsuaikan mengikut cara dan mekanisme hasil kajian tugasan Geografi PT3 2015 anda. Dan anda juga perlu letakkan ruang catatan bersesuaian dengan aktiviti anda pada hari tersebut.


Jadual Kerja Geografi PT3 Kerja Kursus Geografi 2015

Hari 1 (Isnin) 22 Jun 2015

 Tentatif :
  • Menerima soalan dan panduan rubrik pelaksanaan kajian
  • Tajuk : Kegiatan ekonomi di kawasan kajian
  • Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan
 Hari 2 (Selasa) 23 Jun 2015
  • Taklimat tentang kajian
  • Membuat catatan hasil penerangan guru

 Hari 3 (Rabu) 24 Jun 2015
  • Mula mengumpul maklumat dalam internet mengenai konsep di makmal komputer dengan bimbingan guru
  • Berbincang dengan guru hasil maklumat yang diperoleh
 Hari 4 (Khamis) 25 Jun 2015
  • Menyediakan borang temubual atau borang soal selidik dengan bimbingan guru
  • Waktu petang membuat soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk setempat mengenai kegiatan ekonomi di kawasan kajian
 Hari 5 (Jumaat) 26 Jun 2015

  •  Waktu petang membuat temubual atau soal selidik dengan jiran dan penduduk mengenai kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian

 Hari 6 (Sabtu) 27 Jun 2015

  •  Meneruskan lagi aktiviti soal selidik dengan komuniti dan penduduk dengan pekerjaan dan kegiatan ekonomi yang mereka jalankan dan diusahakan di kawasan kajian

 Hari 7 (Isnin) 28 Jun 2015
  • Membuat analisis daripada temubual atau soal selidik dengan 10 responden yang diperoleh
  • Menghasilkan bahan grafik yang sesuai
 Hari 8 (Selasa) 30 Jun 2015

  •  Menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru

 Hari 9 (Rabu) 1 Julai 2015


  • Menulis laporan daripada hasil kajian yang dijalankan di hadapan guru
  • Menyemak laporan kajian dan bahan grafik

 Hari 10 (Khamis) 2 Julai 2015


  • Membuat penambaikan
  • Menghantar hasil kajian dan tugasan Geografi PT3 kepada guru


 2 hingga 9 Julai 2015

 Adalah tempoh yang mana guru akan mula membuat pentaksiran













0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .