Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Apabila Portal Kena Godam

Portal kerajaan digodam penjahat Dragon Force

 

 

SEBUAH kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai 
Anonymous turut memberi amaran untuk menggodam laman web kerajaan.

KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.
Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.
"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.
"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.

Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.
Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Pengajian Politeknik mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu laporan penuh pembekal perkhidmatan laman webnya.
"Kami mempunyai dua portal iaitu www.politeknik.edu.my dan politeknik.gov.my. Yang telah diserang ialah politeknik.gov.my sementara portal yang satu lagi tidak digodam.
"Buat masa sekarang, memang tiada sebarang kerosakan serius dan semua kerosakan itu sudah dibaiki. Selepas pihak kami mendapat laporan penuh daripada pembekal, kami akan buat laporan terus kepada pihak atasan mengenainya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selain itu, sebuah lagi portal milik syarikat Impressions Holidays & Resort Sdn. Bhd. iaituwww.tourmalaysia.com.my turut menjadi mangsa kumpulan sama.
 Info lanjut sila klik Kosmo Online di sini.

Related Posts:

  • Contoh Portfolio 1CitizenContoh Portfolio 1Citizen Gambar Hiasan: Program Klik Dengan Bijak SKMM Di sekolah beberapa bulan lalu Apakah itu Program 1Citizen?   Pensijilan IC CITIZEN adalah yang pertama seumpamanya di dunia yang diban… Read More
  • Prestariang Systems Peroleh Projek RM20 Juta Daripada Kementerian Pelajaran Prestariang Systems Peroleh Projek RM20 Juta Daripada Kementerian Pelajaran   KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Unit Prestariang Bhd, Prestariang Systems Sdn Bhd, telah memperoleh projek tiga tahun bernilai R… Read More
  • Galaxy Note 3 Inovasi Terkini Galaxy Note 3 Inovasi Terkini Inovasi Galaxy Note 3   Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar siri paling popular terbarunya, Galaxy Note 3 LTE di pasaran Malaysia. Galaxy Note 3 ditawarkan pada … Read More
  • TAHNIAH KEPADA 17 PEMENANG APICTA 2013 TAHNIAH KEPADA 17 PEMENANG APICTA 2013 Ketika membaca Akhbar Berita Harian petang tadi, ada satu ruangan di ruangan Bisnes B4 menyiarkan tentang penganugerahan APICTA 2013, tetapi tiada gambar di situ dan senarai 17 pemenan… Read More
  • Program Klik Dengan Bijak Sangat BermanfaatProgram Klik Dengan Bijak Sangat Bermanfaat  Kebaikan jalur lebar memberi manfaat kepada saluran Internet yang mampu memperkasakan masyarakat berilmu selain menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi atau Infor… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .