Kerjaya Untuk Graduan Statistik
Graduan dalam bidang Sarjana Muda Sains dan Matematik dengan Statistik lazimnya mendapat peluang kerjaya dalam pelbagai sektor awam atau swasta termasuk pendidikan, perbankan, kewangan, pengurusan pelaburan, insurans, industri, perdagangan dan lain-lain.
Graduan boleh memegang jawatan sebagai pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta, guru, pegawai bank, pegawai perangkaan, pegawai kewangan dan perunding insurans.
Sebenarnya begitu banyak organisasi dan syarikat tempatan serta antarabangsa yang beroperasi di negara ini yang menawarkan peluang pekerjaan dalam disiplin Statistik.
Di sektor awam misalnya, peluang pekerjaan di bidang ini ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran dan badan berkanun seperti universiti awam dan institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus statistik.
Kerjaya lulusan statistik banyak ditawarkan dalam industri perbankan seperti Bank Negara Malaysia, Maybank, Alrajhi Bank, Ambank, Eon Bank dan HSBC.
Manakala dalam industri insurans termasuk Malaysian Assurance Alliance Berhad dan MCIS ZURICH Insurance.
Organisasi lain yang menawarkan kerjaya untuk graduan Statistik termasuk Permodalan Nasional Berhad. Petronas, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Telekom Malaysia, Celcom Axiata Berhad, Khazanah Nasional Berhad, Malaysia Airport Holdings Berhad, B Braun Medical Industry dan British American Tobacco dan banyak lagi.
Graduan juga boleh mendapatkan maklumat tambahan dengan melayari banyak laman web berkaitan kerjaya di Internet. Kerjaya ini mampu menawarkan gaji dan elaun permulaan RM2,000 atau lebih tinggi sebulan bergantung kepada organisasi yang menawarkannya.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Kerjaya Untuk Graduan Statistik
Related Posts:
PROGRAM STPM TAHFIZ (SIJIL TAHFIZ) 2019 PROGRAM STPM TAHFIZ (SIJIL TAHFIZ) 2020 Alhamduliah. Sebagai seorang lulusan sekolah agama,saya bersyukur ke hadrat Allah apabila mendapat berita berkaitan STPM Tahfiz (Sijil Tahfiz).Syukur kepada Allah, mereka yang be… Read More
BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI AWAM 2019 BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI AWAM 2019 BIASISWA PERGURUAN PERSEKTUAN 2019 BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKTUAN 2019 Kementerian Pendidik… Read More
PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2019 🎓PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2019🎓 🎯Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (… Read More
WHI MENARA GADING: MEMILIH @ DIPILIH WHI MENARA GADING: MEMILIH @ DIPILIH Bagi sesiapa yang tidak berpeluang untuk menonton siaran langsung rancangan Wanita Hari Ini (WHI) pada tengah hari tadi iaitu bual bicara bersama panel mengenai Topik MENARA GADING:… Read More
PERMOHONAN GURU LEPASAN SPM AMBILAN 2019 PERMOHONAN GURU LEPASAN SPM AMBILAN 2019 🎓PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2019🎓 🎯Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
4 Comments:
Bagi graduan yg mahu meneruskan bidang statistik sebagai kerjaya...carilah sektor/industri yg aktif dalam lean six sigma (LSS).Pasti ia amat mnyeronokan dan anda akan lebih memahami ilmu statistik.Bagaimana statistik digunakan as a basis for continuous improvement.Sy nmpk kelemahan fakulti yg menawarkn statistik kurang menerapkan six sigma sebagi satu cabang dlm pekerjaan.Banyakkan pendedahan kepada plajar dgn industri instead of ilmu buku semata2.
terima kasih atas komen membina daripada mr one piece, sangat saya hargai.
silakan datang lagi ke blog ini ya.:)
assalamualaikum,,saya nak tanya,,kalau degree dlm bidang sains matematik boleh kerja sebagaiape ye??selain cikgu dan penyarah..mohon pencerahan..terima kasih..
Assalamualikum...
Cikgu Ma tahu x mana2 organisasi yg menawarkan internship?
Post a Comment