Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Fakta Membahayakan Rokok

Fakta Membahayakan Rokok


Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. 

Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut"bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. 

Dan macam-macam lagi bahaya rokok ni. Kalau nak sebut satu-satu memang penat. Secara mudahnya, Jangan ler khome ngisap rokok. Banyak lagi bende lain boleh dibuat dengan duit beli rokok tu. Kalau rasa susah sangat bak duit tu bagi saya simpankan.

 Cukup bulan boleh ambik. Kalau agak-agak taknak ambik pun takpa saya sedekahkan kat masjid pun boleh.

Dan ada lagi satu benda yang para perokok ni kena tahu.. Pernah keluar dalam surat khabar baru nie tantang kandung darah babi dalam rokok. Adoi.. Dah ler bahaya pastu dicampur pulak dengan benda alah tu. Adoyai.. NAsihat saya pada perokok-perokok tegar. Kembalilah ke pangkal jalan. Insyaalah masih belum terlambat.
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.




Related Posts:

  • Fakta Membahayakan Rokok Fakta Membahayakan Rokok Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. … Read More
  • Syair Bahaya Merokok Tok Kenali Syair Bahaya Merokok Tok Kenali Jejak Ulama Nusantara  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hujung minggu yang tenang. Mendung berarak kala Ramadhan telah menutup tirai Ramadhan 1434 Hijriah. Gerimis mengunda… Read More
  • e-Rokok CAP desak haramkannya e-Rokok CAP desak haramkannya  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel di blog cikgukaunseling sebelum ini, Petua Atasi keinginginan Nak Merokok, sila klik di sini.  Kempen Haram Merokok Ditingkatkan, sila… Read More
  • Ceramah Pendidikan Anti DadahCeramah Pendidikan Anti Dadah Oleh Pegawai PPDa Maran  Encik Cr Burhanuddin sedang menyampaikan cenderamata kepada Encik Jasmi pada akhir sesi ceramah. Alhamdulillah, pada Hari Khamis, 21 O… Read More
  • MEROKOK DAN PENGUATKUASAAN SIVILMEROKOK DAN  PENGUATKUASAAN SIVIL Tahukah anda kajian mendapati sembilan daripada 10 perokok akan mendengar teguran dan menghormati hak orang yang tidak merokok jika ditegur dengan baik, kata Pengarah Jabatan Kesi… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .