Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU SPM (1103) 2011

MAKLUMAN BERKAITAN FORMAT KERTAS SOALAN BAHASA MELAYU SPM (1103) 2011

Pada peringkat ini masih ada lagi guru dan pelajar yang bertanya tentang format kertas Soalan Bahasa Melayu SPM (1103) 2011. Oleh itu, berikut disertakan makluman yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi menjelaskan kedudukan yang sebenar walaupun sebahagian besar guru dan pelajar sudah pun sedia maklum tentang hal ini.

MAKLUMAN BERKAITAN FORMAT KERTAS SOALAN
BAHASA MELAYU SPM (1103) 2011

Dimaklumkan bahawa teks komponen sastera Bahasa Melayu Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima telah ditukar mulai tahun 2010. Perubahan ini merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2009 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Teks komponen sastera ini mula diguna pakai oleh murid-murid Tingkatan Empat pada tahun 2010. Teks berkenaan akan digunakan untuk kertas Bahasa Melayu mulai peperiksaan SPM 2011.

Walau bagaimanapun, Kertas Bahasa Melayu SPM(U) 2011 masih menggunakan teks komponen sastera yang lama. Dimaklumkan juga bahawa pertukaran teks komponen sastera ini tidak melibatkan perubahan format kertas soalan Bahasa Melayu SPM.
Senarai teks komponen sastera yang baharu adalah seperti yang berikut:

1. Antologi Harga Remaja (Ting. 4)
Kementerian Pelajaran Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Antologi Dirgahayu Bahasaku (Ting. 5)
Kementerian Pelajaran Malaysia
Dewan Bahasa Dan Pustaka

3. NOVEL

i. Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

ii. Azfa Hanani karya Azhan Mohamad Hanafiah
iii. Renyah karya Gunawan Mahmood
iv. Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
v. Interlok karya Abdullah Hussain
vi. Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
vii. Sutera dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan
viii.Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

SUMBER; http://lp.moe.gov.my/files/spm/2011/MAKLUMAN%20FORMAT%20BAHASA%20MELAYU%201103.pdf

Related Posts:

  • Analisa Soalan Percubaan SPM, Kimia 2011Analisa Soalan Percubaan SPM, Kimia 2011 Analisa Soalan Percubaan SPM, Kimia, Antara Negeri-negeri, 2011, Sila klik di sini. Terima Kasih, Cikgu Zaiful, di sini.… Read More
  • Soalan Ulangkaji SPM 2O11, Times GuidesSoalan Ulangkaji SPM 2O11, Times Guides Times Guides Sdn Bhd’ telah menyediakan buku Times Soalan Ulangkaji SPM 2011 dalam format e-book dan boleh dimuat turun secara percuma dari laman web: http://www.afterschool.my/&nbs… Read More
  • Soalan Percubaan SPM 2011, KedahSoalan Percubaan SPM 2011, Kedah  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun mungkin agak lewat saya mempublishkan entry  ini dek kekangan masa yang ada, dan faktor kesihatan yang tak berapa baik, tapi say… Read More
  • Soalan Percubaan SPM 2011, Terengganu Soalan Percubaan SPM 2011, Terengganu Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun mungkin agak lewat saya mempublishkan entry  ini dek kekangan masa yang ada, dan faktor kesihatan yang tak berapa baik, tapi sa… Read More
  • Analisa SPM 2011, Soalan SejarahAnalisa Soalan SPM 2011, Sejarah  Sejarah, adalah mata pelajaran yang boleh memberikan kita kefahaman kepada masa lalu sesuatu tamadun bangsa. Masa lalu itu dipelajari, dihayati dan diambil iktibar. Kerna, tanpa masa lal… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .