Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Jika Banjir Berterusan Sekolah dibenar tangguh sesi 2013

Jika Banjir Berterusan Sekolah dibenar tangguh sesi 2013


 

Muhyiddin bersama isterinya, Norainee, Ahmad (dua dari kiri) dan Ahmad Shabery (kanan) memasak juadah makan malam semasa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman semalam.

Sekolah dibenar tangguh sesi 2013

RANTAU PANJANG – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekolah-sekolah yang dilanda banjir diberi kelonggaran untuk menangguhkan sesi persekolahan 2013 yang dijadual bermula minggu hadapan sehingga keadaan kembali pulih.
 
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kelonggaran turut diberikan kepada sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir. 




 
“Kalau keadaan memerlukan, walaupun kita telah tetapkan 1 Januari 2013 sekolah di Kelantan dibuka dan di sesetengah negeri ada lewat sikit tetapi ini ikut keadaan, terutama sekolah kalau ditenggelami air tidak boleh digunakan, tidak apa lewat dua tiga hari atau sekolah diguna untuk pusat pemindahan, masih ada lagi mangsa banjir tinggal, maka sekolah boleh melewatkan tarikh persekolahan.

“Arahan ini telah diberikan kepada semua pengarah negeri untuk membuat pertimbangan sendiri apa patut dibuat untuk menangani keadaan tertentu,” katanya selepas meninjau pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di sini semalam.

Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut mengumumkan pemberian bantuan wang tunai RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan rasmi.

Sumber; Kosmo

 

 

 

 

 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .