SHARING IS CARING 30 TIP BINA BAHAGIA
MENCINTAI
dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di dunia ini.
Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini termasuk haiwan juga
dianugerahi perasaan sedemikian.
Rasa cinta, kasih sayang dan
membina impian untuk hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai
menjadi harapan kepada pasangan bercinta.
Bagi merealisasikan
setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan
harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung
kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.
Namun bukan semua
harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal
sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan
dugaan yang diberi?
Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh
dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan
terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia
ini.
1.
Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada
tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada
jauh darinya.
2.
Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang
betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan
menemukan anda dengan pasangan.
3. Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5.
Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.
6.
Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf,
bersedekah dan berfikiran positif.
7.
Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan
membenci anda.
8.
Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila- bila
masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik
setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.
10.
Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik
pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.
11.
Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.
14.
Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan
sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya
wanita yang memulakannya.
15.
Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,
hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan
terhadap bakal pasangan.
16.
Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada
minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri
sendiri.
17.
Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan
rasa selesa.
18.
Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.
20.
Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci
terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak
tertarik kepada kita.
21.
Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan
dengan lelaki lain.
22.
Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak
materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian
lelaki terbabit.
23.
Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan
dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu
berjimat atau kedekut.
24. Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.
25.
Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada
pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal
pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27.
Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan
perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28.
Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat
yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.
29.
Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda
sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian
adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
bimbingan dan kaunseling
,
Bina Bahagia
,
cinta
,
keibubapaan
,
Motivasi
,
Pendidikan Perkembangan Remaja
,
suami isteri
» SHARING IS CARING 30 TIP BINA BAHAGIA
SHARING IS CARING 30 TIP BINA BAHAGIA
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment