Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Sultans of Science Petrosains Kuala Lumpur Malaysia

Sultans of Science Petrosains
Kuala Lumpur Malaysia


Sultans of Science di Petrosains 

 
 
 
 
Sultans of Science(SOS) merupakan pameran bergerak bertaraf antarabangsa di mana pameran ini memfokuskan zaman kegemilangan Islam dari sudut sains dan teknologi
 
Banyak tokoh Islam yang cemerlang akhlaknya seiring dengan penemuan, pencapaian atau bahan ciptaan mereka yang mengkagumkan.

Paling tidak.. usaha mereka merupakan langkah pertama merintis laluan buat pengkaji barat yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada tercetusnya penghasilan yang lebih maju dan berteknologi tinggi sekaligus mengangkat dan membina ketamadunan manusia yang lebih sempurna.

Sebagai contoh, Al-Jazari, bapa kejuruteraan menghasilkan jam yang dimekanisasi oleh air. Abbas Ibn Firnas pula menjadi manusia pertama melakukan ujikaji penerbangan sebelum adik beradik Wright mencipta kapal terbang. Manakala Ibn Haytham mencipta Kamera Obskura yang telah mengalami proses evolusi sehingga munculnya kamera digital masa kini yang lebih canggih.
 
 
 
 

SOS dimiliki sepenuhnya syarikat MTE Studios yang beroperasi di Dubai. Kini SOS dalam rangka jelajah Asia di mana Kuala Lumpur, Malaysia menjadi destinasi ketiga selepas Singapura dan Bangkok. 
 
SOS akan berada di Petrosains selama 6 bulan bermula 15 Disember 2012 sehingga 15 Jun 2013. Kemudian, SOS akan memulakan promosi jelajah Eropah bermula di Norway dan Turki.
 
Cara Memasuki Pamreran SOS

Tiket berbayar dikenakan dengan harga RM 20 seorang bagi dewasa, RM 15 bagi remaja dan RM 10 bagi kanak-kanak. Namun, ada pakej istimewa dengan harga yang lebih berpatutan bagi mereka yang datang bersama keluarga atau secara berkumpulan
 
Sila rujuk laman web rasmi Sultans of Science untuk keterangan yang lebih lanjut. Klik http://www.petrosains.com.my/sultansofscience/ticket.html atau hubungi talian 03 2331 8181 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
 
Selain daripada pameran, SOS juga menyediakan beberapa aktiviti seperti bengkel, pertunjukan Sains, demonstrasi mini dan juga permainan (basking) seperti I know your age, I know your number, I know you day dan macam-macam lagi yang pastinya menguji minda dan menghiburkan.

p/s : Kemasukan PERCUMA bagi ahli Petrosains :)


Maklumat lanjut sila hubungi:

Sultans of Science Desk,
Petrosains Sdn Bhd,
Level 4, Suria KLCC,
PETRONAS Twin Towers,
50088 Kuala Lumpur.

Tel: +603 2331 8181
Fax: +603 2331 1212

Email : sultansofscience@petronas.com.my


Sumber; http://misisitukangtulis.blogspot.com/

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .