Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Minggu Sains Teknologi dan ICT (Misti) dan Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan di Persada Johor

Minggu Sains Teknologi dan ICT (Misti) dan Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan di Persada Johor







JOHOR BAHRU, Johor (19 Jun 2012): Minggu Sains, Teknologi dan ICT Johor (MISTI Johor) dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Selatan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor. 

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI. Seramai 1,000 orang telah menghadiri  Majlis Perasmian di Dewan Tanjung Puteri, Persada Johor.

Program ini yang merupakan program induk Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) akan berlangsung selama 7 hari bermula dari 19 hingga 25 Jun 2012. 
 

Dedah pelajar mengenai teknologi inovasi



JOHOR BAHRU – Golongan pelajar dari pelbagai peringkat tidak melepaskan peluang menyertai Minggu Sains Teknologi dan ICT (Misti) dan Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan di Persada Johor, bagi menyuntik idea kreatif   menghasilkan inovasi.

Karnival itu yang berlangsung selama seminggu hingga 25 Jun ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung antaranya demo petrosains, catur bistari, sesi bersama angkasawan, pertandingan jejak sains dan lainlain lagi.


Salah seorang pengunjung, pelajar tingkatan empat, Samsiah Samsuddin, 16, berkata, karnival berkenaan memberi banyak pendedahan kepadanya mengenai teknologi inovasi dan memberi idea untuknya melakukan perubahan  berinovasi dalam kehidupan seharian.




“Ini merupakan kali pertama saya berkunjung ke karnival seperti ini dan saya berasa amat teruja kerana terdapat pelbagai penemuan dan ciptaan yang memberi inspirasi kepada saya. “Karnival ini secara tidak langsung membuka minda  saya Pelajar-pelajar yang berkunjung ke Misti dan Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan, semalam mengambil peluang menggunakan teleskop. 

Murid-murid diberi penerangan mengenai salah satu inovasi yang dihasilkan ketika  berkunjung ke ‘booth’ Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM). bahawa inovasi boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kesungguhan dan kreativiti,” katanya.

Sementara itu, murid tahun enam, Muhd Aidil Fauzan, 12, berkata, dia turut berhasrat menghasilkan inovasi sendiri selepas menyaksikan pameran ciptaan dan rekaan teknologi inovasi pada karnival berkenaan.


“Saya memang meminati subjek sains, dan karnival ini memberi banyak idea kepada saya mengenai inovasi yang boleh dilakukan. “Selepas ini saya pasti akan datang ke karnival ini lagi untuk melihat hasil inovasi terkini yang   ihasilkan.

“Saya juga berazam untuk menghasilkan ciptaan inovasi saya sendiri yang berguna kepada masyarakat pada suatu hari nanti,” katanya. Dalam pada itu, murid tahun empat, G Thanusha, 10, berkata, karnival berkenaan sedikit-sebanyak  emupuk minatnya dengan lebih mendalam terhadap subjek sains melalui pembelajaran dan demonstrasi kreatif yang ditunjukkan.


“Walaupun ini kali pertama saya ke karnival ini, namun saya dapat mempelajari pelbagai maklumat  aru terutamanya mengenai inovasi dan sains. “Selain itu, pelbagai pertandingan dan kuiz yang disediakan sepanjang karnival ini turut menarik minat saya dan rakan-rakan,” katanya.  



Sumber; Sinar Harian. 23/6/2012

19 JUN 2012 : MINGGU SAINS, TEKNOLOGI DAN ICT NEGERI JOHOR (MISTI JOHOR) & KARNIVAL SAINS DAN INOVASI ZON SELATAN

JOHOR BAHRU, Johor (19 Jun 2012): Minggu Sains, Teknologi dan ICT Johor (MISTI Johor) dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Selatan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI. Seramai 1,000 orang telah menghadiri  Majlis Perasmian di Dewan Tanjung Puteri, Persada Johor.

Program ini yang merupakan program induk Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) akan berlangsung selama 7 hari bermula dari 19 hingga 25 Jun 2012. Program ini dijangka menarik seramai 50,000 orang pengunjung dari segenap lapisan masyarakat untuk mengikuti pelbagai aktiviti berteraskan sains, teknologi, ICT dan inovasi yang telah disediakan sepanjang MISTI Johor dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Selatan berlangsung.

Program yang diadakan melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberi kesan berganda kepada usaha Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sains, teknologi dan inovasi serta ICT dalam kehidupan seharian kita dan pembangunan negara.  Negara amat memerlukan modal insan  yang berinovatif serta  mahir dalam bidang sains dan teknologi untuk menjadikan negara berpendapatan tingi.

 Melalui platform penyaluran dan perkongsian ilmu di MISTI Johor dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Selatan ini, dijangka akan  memberi pendedahan positif kepada para pengunjung terhadap kepentingan sains dan teknologi serta mendorong mereka  memupuk budaya sains dan inovasi dalam kehidupan seharian.
Di antara aktiviti yang disediakan oleh MOSTI ialah Persembahan sains muzikal, pameran inovasi, bengkel Angkasawan Spacecamp, penampilan istimewa Angkasawan Negara Mejar Dr. Faiz Khaleed, ceramah interaktif, bengkel inovatif, seminar kreatif industri, kuiz Crime Scene Investigation,  pertandingan Treasure Hunt Geocaching dan  pertandingan Amphibious Electric Vehicle.  Sebanyak 77 booth pameran inovasi daripada pelbagai Jabatan dan agensi di bawah MOSTI yang menampilkan pelbagai produk dan aktiviti interaktif berunsur sains dan inovasi termasuk ciptaan akar umbi. Untuk maklumat lanjut program, layari www.mosti.gov.my.
Sempena program ini juga, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bersama MOSTI juga telah mengadakan program Jejak Inovasi Zon Johor.  Flag-off program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat En. M. Asojan, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor di Batu Pahat pada 16 Jun 2012. Program ini telah diadakan dari 16 hingga 19 Jun 2012 bertujuan untuk mengesan inovasi akar umbi untuk pembangunan lestari yang akhirnya bertujuan membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat luar bandar. Jejak Inovasi Negeri Johor kali ini adalah merupakan destinasi ke enam selepas Jejak Inovasi Pahang, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah. Sebanyak empat (4) daerah di Johor telah dijejaki iaitu Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Sejumlah 34 hasil inovasi akar umbi telah ditemui.
Dari jumlah tersebut seramai lima perekacipta telah dikenalpasti untuk mendapat pengiktirafan daripada YAB Menteri Besar  di Majlis Perasmian ini. Produk-produk yang telah dikenalpasti dan berpotensi dibangunkan akan diperhalusi oleh Yayasan Inovasi Malaysia untuk diberi bantuan teknikal dan kewangan supaya dapat dikomersilkan  kelak.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .