Berkhatan Kurangkan Risiko AIDS/HIV
Bersunat Kempen Kesedaran HIV/AIDS
Penyelidikan
UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh
mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.
Bersunat Kempen Kesedaran HIV/AIDS
HARARE - Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian
dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian
daripada kempen kesedaran HIV/AIDS.
Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen
daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti
pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik
sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.
Pengerusi Ahli Parlimen menentang Aids, Blessing Chebundo memberitahu
tindakan itu dibuat bagi menggalakkan rakyat untuk turut bersunat.
Chebundo merupakan individu pertama menjalani prosedur yang mengambil
masa selama sepuluh minit itu.
Pengarah Unit Aids dan TB, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan
Kanak-Kanak Zimbawe, Dr. Owen Mugurungi memuji semua ahli parlimen yang
terlibat.
Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan
bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60
peratus.
Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral. - Agensi
sumber: Kosmo, 23/6/2012
Related Posts:
Mesyuarat Pengurusan PPDa Maran Bil 1./2011Mesyuarat Pengurusan PPDa Maran Bil 1./2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Untuk melihat laporan Mesyuarat Pengurusan PPDa Maran Bil 1./2011, sila ke blog PPDa Maran, klik sini.
Sekian, terima kasih.… Read More
Macam Mana Nak Buang Tabiat Merokok, Cikgu?
Macam Mana Nak Buang Tabiat Merokok, Cikgu?
Dipetik daripada http://ppdasmkjp2.blogspot.com/
Katakan Tidak Kepada Rokok,
Tabiat Merokok Boleh Menyebabkan Mati Otak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. … Read More
Tahniah PPDa Maran Perlantikan Encik Akmal Syah Bin Mohamad
Tahniah PPDa Maran Perlantikan Encik Akmal Syah Bin Mohamad
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Cikgukaunseling.com merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai PPDa MARAN yang baru, Encik Akmal Syah Bin Mohama… Read More
Ambil Iktibar Penderitaan Umi Azlim
Ambil iktibar penderitaan Umi Azlim
Assalamu'alaikum w.b.t kepada pelayar muslim teratak ini & Selamat Sejahtera kepada semua pelayar teratak Dunia Cikgu Kaunseling ini.
Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-… Read More
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
Jom Berhenti Rokok.
Lihatlah gambar-gambar di atas,
kesan penyakit yang diperolehi melalui merokok.
Alangkah kasihannya anak kecil turut menjadi mangsa asap perokok.
As… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment