Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Isteri Penagih Dadah Boleh Tuntut Cerai

Isteri penagih dadah boleh tuntut cerai - Mufti

  

Dadah itu Pemusnah Bahagia, 

Kerananya

Keluarga huru hara 

Pasangan kekasih hilang cinta,

Isteri hilang kasih suami tercinta,

Anak-anak rindukan belaian bapa,

HIV AIDS melalui suntikannya,

Ibubapa yang tua renta,

Hanya mengalirkan air mata

Pabila 

Anak yang disayang dan dimanja

Akhirnya tewas di tangan musuh durjana

Menjadi bangkai bernyawa

.....Hilang sudah...
....punah
....musnah

pemuda harapan bangsa

pemudi  tiang negara.

Dadah itu musuh kita,

Musuh Bangsa.

Musuh Negara


 (Puisi Oleh Cikgukaunseling.com)

 Dadah adalah satu-satunya masalah kesihatan dan sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an.

Ikuti petikan di bawah dari akhbar Utusan berkaitan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Negeri Kedah, Datuk Paduka Syeikh Abd Majid Mohd Noor.


JITRA 12 Mei - Isteri yang bersuamikan penagih dadah, pesakit AIDS dan pembawa virus HIV dibenarkan menuntut cerai daripada suami mereka.

Mufti Negeri Kedah, Datuk Paduka Syeikh Abd. Majid Mohd. Noor berkata, isteri berhak menuntut fasakh daripada suami yang menagih dadah dan menghidap penyakit AIDS selepas mendapat pengesahan doktor dia tidak boleh dirawat atau dipulih.



Menurutnya, fatwa tersebut sudah lama dikeluarkan bagi melindungi hak dan kepentingan wanita dalam rumah tangga.

``Tuntutan boleh dibuat jika doktor mengesahkan penyakit atau sifat ketagihan suami mereka sudah tidak boleh dirawat atau dipulih,'' katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Wacana Fatwa Negeri Kedah di Institut Perguruan Darul Aman di Bandar Darulaman dekat sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain itu dianjurkan oleh Pejabat Mufti Kedah dan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu.

Menurut Syeikh Abd. Majid, isteri yang ingin menuntut fasakh perlu mengikuti prosedur perceraian lain iaitu melalui mahkamah terlebih dulu.

Katanya, ia perlu dilakukan kerana masalah penyakit AIDS dan penagihan dadah turut mempengaruhi kebahagiaan berumah tangga.

Beliau memberitahu, jika sudah tidak ada kemesraan maka langkah terbaik bagi kedua-dua pasangan ialah perceraian.

``Tujuan seseorang itu bernikah dan berkahwin ialah untuk merasai kemesraan dan kebahagiaan alam berumah tangga dan adalah tidak perlu dikekalkan jika isteri merasakan sebaliknya.

``Fatwa ini dibuat berdasarkan bahawa perkahwinan bertujuan mendapatkan kerukunan hidup berumah tangga,'' jelasnya.

Sumber Utusan di sini

Related Posts:

  • Macam Mana Nak Buang Tabiat Merokok, Cikgu? Macam Mana Nak Buang Tabiat Merokok, Cikgu? Dipetik daripada http://ppdasmkjp2.blogspot.com/  Katakan Tidak Kepada Rokok, Tabiat Merokok Boleh Menyebabkan Mati Otak  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. … Read More
  • Fakta Membahayakan Rokok Fakta Membahayakan Rokok Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. … Read More
  • Tahniah PPDa Maran Perlantikan Encik Akmal Syah Bin Mohamad Tahniah PPDa Maran Perlantikan Encik Akmal Syah Bin Mohamad Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Cikgukaunseling.com merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai PPDa MARAN yang baru,  Encik Akmal Syah Bin Mohama… Read More
  • Prof Adeeba pakar HIV/Aids Prof Adeeba pakar HIV/Aids Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada entry kali ini, saya membawakan pembaca blog ini kepada seorang Tokoh Perubatan di tanahair kita ini. Beliau telah banyak menyumbangkan bakti dalam bi… Read More
  • Fakta Membimbangkan Akibat Merokok Fakta Membimbangkan Akibat Merokok  Jom Berhenti Rokok. Lihatlah gambar-gambar di atas, kesan penyakit yang diperolehi melalui merokok. Alangkah kasihannya anak kecil turut menjadi mangsa asap perokok. As… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .