Prof Dr Muhaya Bapa Sumber Inspirasi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya pasti para pelajar ramai yang mengenali Prof Dr Muhaya. Suara beliau sering kedengaran di corong radio. Begitu juga di kaca televisyen.
JIKA tangan seorang ibu yang menghayun buaian mampu menggoncang
dunia, ketegasan seorang bapa pula mampu membentuk negara. Kalau syurga
terletak di telapak kaki ibu, reda golongan ayah juga tiada tandingnya.
Sekeras manapun hati seorang bapa, mereka tidak pernah rela
menyaksikan kegagalan anak-anak. Riak tenang pada wajah mereka
sebenarnya menanggung seribu perit demi membimbing zuriat ke tempat
tertinggi.
Arwah bapanya, Mohamad Busu, diibaratkan sebagai perancang kepada
keseluruhan kejayaannya hari ini. Selaku seorang askar berpangkat
leftenan, bapa Muhaya mengawal ketat setiap pergerakan anak-anak.
AZIMAT pesanan bapa Muhaya, selain kasih sayang ibunya, telah menjadikan beliau seorang yang berjaya dalam hidup.
JIKA tangan seorang ibu yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia, ketegasan seorang bapa pula mampu membentuk negara. Kalau syurga terletak di telapak kaki ibu, reda golongan ayah juga tiada tandingnya.
Sekeras manapun hati seorang bapa, mereka tidak pernah rela menyaksikan kegagalan anak-anak. Riak tenang pada wajah mereka sebenarnya menanggung seribu perit demi membimbing zuriat ke tempat tertinggi.
Hal itu disedari Profesor Dr. Muhaya Mohamad, 54, sejak beliau kecil. Arwah bapanya, Mohamad Busu, diibaratkan sebagai perancang kepada keseluruhan kejayaannya hari ini. Selaku seorang askar berpangkat leftenan, bapa Muhaya mengawal ketat setiap pergerakan anak-anak.
"Setiap hari, saya dan adik-beradik hanya dibenarkan bermain di luar rumah sehingga pukul 6 petang. Tiba waktu itu, kami semua wajib mandi dan siap sedia untuk solat Maghrib berjemaah.
"Siapa ingkar pasti tidak terlepas daripada dirotan ayah. Saya sendiri pernah beberapa kali dihukum tetapi disebabkan bijak memberi alasan, saya kerap terlepas," imbau Muhaya yang memanggil bapanya dengan gelaran bak.
Tambah pakar mata yang bertugas di Pusat Mata dan Lasik, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur itu: "Walaupun dipukul dengan tali pinggang, namun ayah hanya memukul anak-anaknya di bawah lutut.
Sewaktu hukuman itu, dia tidak henti-henti menyatakan bahawa dia hanya memukul perangai kami. Lama-kelamaan, saya mengerti apa yang dimaksudkannya."
Ketegasan bapa
Kali terakhir Muhaya dipukul ketika usianya 14 tahun. Detik itu beliau pulang ke kampung di Kuala Terengganu pada cuti sekolah. Akibat tidak mahu menyiapkan kerja sekolah, Muhaya dipukul dengan kuat.
Kesal dengan tindakan tersebut, arwah ibu Muhaya menyaksikan sendiri suaminya itu menangis saat hendak tidur. Jelas di sebalik ketegasan tersebut, tersimpan perasaan sayang yang amat mendalam terhadap anak-anak.
Meskipun sibuk bertugas, bapa Muhaya tidak sekali-kali mengabaikan pendidikan anak-anak. Setiap daripada mereka diberi tabung dengan simbol cita-cita masing-masing. Muhaya dihadiahkan tabung berbentuk rumah kerana dahulu beliau mahu bergelar seorang arkitek.
"Ayah mahu anak-anaknya mendapat pelajaran sempurna dan bekerja sekurang-kurangnya sebagai pegawai kelas atasan. Jadi, ketika saya berumur lapan tahun, ayah telah mengupah seorang guru mengajar saya dan kakak di rumah.
"Saya masih ingat pada Cikgu Zakaria perlu berulang-alik dari Perak ke Terengganu menaiki motosikal untuk mengajar kami bahasa Inggeris dan Matematik. Dia dibayar sebanyak RM15 dan jumlah tersebut cukup besar pada tahun 1966," singkap Muhaya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru.
Tempoh lapan tahun di STF mungkin mencipta jurang antara beliau dan bapanya. Begitupun, masalah tersebut diatasi menerusi kiriman surat-surat bapanya setiap bulan. Tanpa jemu, bapanya turut menitipkan kata-kata hikmah sebagai penyuntik semangat buatnya.
Umpama kiambang di air, akar tidak jejak ke bumi' antara peribahasa yang masih diingat Muhaya. Berbekalkan motivasi tersebut, Muhaya berjaya menyandang gelaran pelajar terbaik sebanyak dua kali di STF.
Lebih membanggakan, Muhaya terpilih antara empat pelajar yang cemerlang dalam High School Certificate (HSC) atau kini Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) seluruh Malaysia pada tahun 1978 bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Kaherah, Mesir.
Keterujaan itu terpadam apabila bapanya menidakkan kebolehan Muhaya merantau ke negara orang. Sungguh besar kekecewaan yang dialami Muhaya namun beliau sendiri berbelah-bahagi untuk pergi.
Nilai positif
"Ayah tidak percaya seorang perempuan seperti saya boleh berdikari di sana. Dia tahu ia peluang baik namun dia belum bersedia melihat anaknya terbang jauh seorang diri.
"Kebetulan pula ketika itu saya sedang bercinta dengan seseorang (kini suaminya) dan perhubungan tersebut membataskan saya untuk pergi," tutur ibu kepada dua cahaya mata itu yang kemudiannya menyambung pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Cukup terkenal dengan sikap garang, bapa Muhaya bagaimanapun seorang individu yang murah hati. Nilai-nilai positif yang ditonjolkan bapanya itu kini dipraktikkan Muhaya dalam kehidupan sehariannya.
Pada tahun ketiga jurusan perubatan di UKM, bapa Muhaya memintanya menziarahi bekas guru besar sekolah rendahnya yang terlantar di hospital.
"Ayah ingatkan saya bahawa cikgu tersebut banyak membuka peluang buat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan memberi kelas tambahan. Tanpa cikgu itu, saya mungkin tidak berada di posisi sekarang," tutur Muhaya yang menyifatkan ia sebagai satu pelajaran mengenang budi.
Selain itu, bapanya juga pasti membeli barang yang dijual peniaga yang bertandang ke rumah. Begitu juga dalam konsep tawar-menawar. Jika ke pasar, bapanya pasti menegur ibunya andai berlaku proses pengurangan harga.
"Tak baik minta kurang, kasihan mak cik tu berniaga atas simen sejuk-sejuk. Lepas tu awak minta harga murah," kata-kata bapa kepada ibunya ini cukup berbekas di dalam fikiran Muhaya.
Beberapa bulan sebelum peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) atau kini Penilaian Menengah Rendah (PMR), Muhaya dikejutkan dengan berita perkahwinan kedua bapanya bersama seorang wanita di Kedah.
Hancur hati ibu dan adik-beradiknya menanggung kebenaran yang menyakitkan itu. Muhaya sendiri pada awalnya berasa kecewa namun penjelasan oleh bapanya menjernihkan keadaan.
"Ayah bertugas jauh dan waktu itu ibu tidak mahu ikut. Akhirnya pada tahun 1976 ayah dan ibu berpisah secara baik dan bayangkan saat itu saya bakal berdepan peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE) atau kini digelar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Tekanan itu memang dirasai tetapi ayah berpesan, jangan jadikan hal itu sebagai penghalang. Kata ayah, kalau kita bagus, dalam apa jua situasi pun kita boleh mencipta kejayaan. Jadi, saya belajar bahawa keretakan rumah tangga ibu bapa bukan alasan untuk anak-anak patah semangat," ujar Muhaya.
Sumber Kosmo di sini
0 Comments:
Post a Comment