Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Lepasan SPM Peluang ke Institut Penilaian Negara

Lepasan SPM Peluang Lanjutkan Pengajian ke 
Institut Penilaian Negara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM, terutamanya lepasan SPM SMK Jengka 2 dan SMK Jengka Pusat 2, anda boleh memohon melanjutkan pengajian anda ke Institut Penilaian Negara. Pernah tak dengar tentang institusi ini? Mesti pernah dengar kan? Bagi pelajar yang pernah berjumpa saya dan meminati bidang kerjaya pengukuran dan penilaian harta tanah, ada saya jelaskan Institusi Awam ini. 

Peta INSPENS

PERMOHONAN ‘ON-LINE’ UNTUK SPHT & SPGT SUDAH DIBUKA!!!
Permohonan secara ‘On-Line’ untuk pengambilan Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) sudah DIBUKA.

Program Akademik Yang Ditawarkan
INSPEN menawarkan tiga (3) program peringkat sijil iaitu:
  • Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
  • Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)
  • Sijil Agensi Harta Tanah (CEA)
- Brosur (Mod Sepenuh masa)
- Brosur (Mod Separuh masa)

Program akademik ini (SPHT dan SPGT) ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara sepenuh masa selama dua tahun termasuk Latihan Industri di organisasi berkaitan. Program akademik lain akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.


Pengiktirafan Kelayakan
  • Program SPHT dan SPGT berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Kurikulum SPHT dan SPGT diiktiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Kurikulum SPHT dan SPGT disokong oleh badan profesional harta tanah iaitu Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) dan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH)
  • SPHT INSPEN telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai setaraf dengan Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • Lulusan SPHT INSPEN yang menjawat jawatan Pembantu Penilaian Gred W17 dalam Perkhidmatan Awam Malaysia menikmati tangga gaji permulaan pada peringkat P1T9
  • Graduan SPHT INSPEN boleh meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Pengurusan Harta Tanah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan menikmati pengecualian kredit

TEMPOH MASA MEMOHON:
Tarikh untuk menghantar permohonan secara dalam talian adalah dari 01/05/2012 hingga 14/09/2012 

CARA  MEMOHON

Anda perlu mengikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan secara dalam talian
       Klik butang PENDAFTARAN untuk mendapatkan akaun pengguna
       Masuk ke sistem permohonan secara dalam talian dengan akaun anda
       Isi Maklumat Pilihan Program
       Isi Maklumat Profil Peribadi
       Isi Maklumat Alamat
       Isi Maklumat Waris / Penjaga Untuk Dihubungi ( Kecemasan )
       Isi Maklumat Bapa
       Isi Maklumat Ibu
       Isi Maklumat Penjaga (Jika Bekenaan)
       Isi Maklumat Keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu(SPM)
       Isi Maklumat Keputusan SPM
       Isi Maklumat Latar Belakang Pendidikan Menengah
       Isi Maklumat Latar Belakang Pengajian Tinggi (Jika Berkenaan)
       Isi Maklumat Aktiviti Kokurikulum
       Isi Perakuan Permohonan
       Semak Borang Permohonan
       Hantar Permohonan Secara Dalam Talian
       Cetak Borang Permohonan Dan Senarai Semak
       Hantar Salinan Dokumen
       Semak status permohonan dengan akaun anda pada bila-bila masa.
Sekiranya anda telah mempunyai akaun pengguna sila klik butang SUDAH MENDAFTAR.

Untuk memohon, lepasan SPM boleh memohon secara online, dengan emnggunakan Internet Explores. Sila klik http://pl.inspen.gov.my/sis/online_security/uicontroller.jspdisini untuk ke pautan Borang Permohonan Dalam Talian.

Mohon Sekarang.

SEBARANG MASALAH DAN PERTANYAAN:

Institut Penilaian Negara

Institut Penilaian Negara 5 Persiaran Institusi
43000 Kajang, Malaysia
03-8925-9377

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .