Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Cara Mohon Bantuan Kewangan OKU di IPT

Cara Mohon Bantuan Kewangan OKU di IPT
Bantuan Kewangan OKU di IPT

Objektif
  • Memberi insentif / biasiswa dan peluang kepada OKU yang berkebolehan /                     berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
  • Meningkat dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk OKU dari segi bantuan kewangan.
Kumpulan Sasaran:

Pelajar OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU

Peringkat Pengajian:
  • PhD
  • Sarjana
  • Ijazah Pertama
  • Diploma Lepasan Ijazah
  • Diploma
  • Sijil (di politeknik dan kolej komuniti sahaja)
Tempat Pengajian:
  • 20 IPTA
  • IPTS yang diiktiraf oleh Kerajan
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti


SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM
  • Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh   pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.
  • Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar                                  keistimewaannnya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima           biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana keistimewaannnya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
  • Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
 
 
SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM
  • Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh   pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.
  • Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar                                  keistimewaannnya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima           biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana keistimewaannnya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
  • Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

  • Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti sahaja;
  • Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini;
  • Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.
  • Permohonan bantuan wang saku dan yuran bagi pelajar OKU IPT boleh dibuat terus kepada Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui dan disahkan oleh Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing-masing. Dokumen permohonan boleh dikemukakan ke alamat seperti di para 7.2 atau menerusi email di alamat bkoku@mohe.gov.my. Penghantaran menerusi email bagi dokumen melibatkan tandatangan hendaklah diimbas “scan” terlebih dahulu.
  • Permohonan bantuan wang saku dan yuran pengajian pelajar OKU hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula.
  • Dokumen-dokumen hendaklah mengandungi perkara berikut:
a. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
b. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
c. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
d. Salinan surat tawaran pengajian;
e. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) (bagi tuntutan kali pertama sahaja);
f. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);
h. ** Salinan buku akaun CIMB / BIMB sahaja (bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian dibuat);
j. Invois asal yuran pengajian semester semasa yang dikeluarkan oleh institusi pengajian (jika tuntutan yuran belum dijelaskan oleh pelajar) / resit asal pembayaran yuran pengajian oleh pelajar (jika tuntutan yuran telah dijelaskan oleh pelajar).
** (Wajib disertakan untuk permohonan baru dan sedia ada serta bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian dibuat).

  • Item ( a ) – ( e ) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja.
  • Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU sepenuh masa memadai dengan item ( f ) – ( h ) sahaja. Pelajar separuh masa memadai item ( h ) – ( j ) sahaja.
  • Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semester.
  • Bayaran bantuan wang saku akan dimasukkan terus ke akaun pelajar. Manakala bayaran bantuan yuran pengajian akan dimasukkan terus ke akaun institusi pengajian / akaun pelajar.
  • Proses ini bermula mulai 1 April 2010. Pelajar yang sedang menjalani semester sebelum tarikh ini tidak layak menuntut elemen yuran pengajian. Walau bagaimanapun, semua tuntutan adalah tertakluk kepada had peruntukan tahunan yang diluluskan oleh Kerajaan.

 PERMOHONAN DAN PERTANYAAN:

Pelajar-pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di setiap IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti yang mempunyai syarat-syarat di atas boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama
03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .