Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Salur darah Manusia, Boleh Digodam?

Salur darah manusia boleh digodam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Benarkah, bukan komputer sahaja boleh digodam? Berdasarkan penemuan seorang pesakit diabetis, beliau mendpaati, salur darah manusia boleh digodam. bagaimana tu? Ok, nak tau jom baca lanjut berita ni.



JAY RADCLIFFE menunjukkan sebuah peranti radio yang digunakan untuk menggodam pam insulin semasa dia menghadiri persidangan Black Hat di Las Vegas pada Khamis lalu. 
 

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Salur darah manusia turut tidak terselamat daripada penggodam komputer selepas seorang penyelidik keselamatan siber mendapati pam insulin alat pengawasan gula dalam darah boleh dikawal penggodam, lapor sebuah akhbar semalam.

Akibatnya, pesakit diabetis boleh dikawal supaya menerima terlampau banyak atau terlalu sedikit insulin iaitu hormon yang mengawal pencernaan gula, sekali gus membahayakan nyawa mereka.

Penyelidik siber berkenaan, Jay Radcliffe yang juga penghidap diabetes mencipta sendiri peranti radio untuk menggodam seterusnya mengawal pam insulin yang digunakan oleh pesakit diabetis.

Dia membentangkan penemuan itu pada persidangan keselamatan komputer Black Hat di sini pada hujung minggu lalu.

"Reaksi awal saya ialah peranti penggodam ini hebat tetapi saya kemudian berasa gerun apabila menyedari pam insulin yang membantu saya untuk terus hidup tidak memiliki kawalan keselamatan," katanya.

Penemuan Radcliffe mencetuskan kebimbangan mengenai peralatan kesihatan sedia ada seperti peralatan yang mengawal degupan jantung dan monitor bilik pembedahan di era Internet. - Agensi

Related Posts:

  • Pembelajaran Atas Talian Teknologi untuk Generasi V Pembelajaran Atas Talian Teknologi untuk Generasi V SUDAH lebih sedekad dunia melang­kah alaf baru menyaksikan sektor pendidikan negara berubah dengan suntikan pembaharuan mekanisme moden dalam sistem pembelajaran. … Read More
  • PEMBELAJARAN DALAM TALIAN PELUANG TAMBAH ILMU PEMBELAJARAN DALAM TALIAN  PELUANG TAMBAH ILMU  EDU W EB TV , adalah salah satu contoh pendidikan dalam talian  yang sangat baik untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah. KURSUS DALAM TAL… Read More
  • Apple Macbook Air Tawar Akses Pantas Apple Macbook Air Tawar Akses Pantas Macbook Air  Apple Macbook Air Tawar Akses Pantas SPESIFIKASI:MACBOOK AIRHarga: Bermula kira-kira RM3,000Paparan: 11. 6 inci dan 13.3 inciSetoran: 128GB hingga 256GBPe… Read More
  • Cara Nak Buang Timeline dalam Facebook Cara Nak Buang Timeline dalam Facebook SAYA hendak bertanya, bagaimana untuk membuang bentuk pandangan secara Timeline di laman sosial Facebook? Kewujudan Timeline ini agak menganggu saya ketika bersosial di Face… Read More
  • Review Blog Followers Review Blog Followers Jurnal Kehidupan  Blog followers Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Malam ni bila buka blog ni,  Button followers dah timbul balik kat sidebar blog ini. Tengok-tengok, sudah bertambah ya… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .