Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Teknik Membaca SQ3R Berkesan Uruskan Masa Anda

Teknik Membaca SQ3R Berkesan Uruskan Masa Anda


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam ramadhan buat pembaca Muslim blog ini. 

Kesedaran tentang pentingnya “Budaya Membaca” sebagai satu agenda negara berikutan dengan pendedahan satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 1983, oleh ahli akademik dari universiti tempatan di bawah pimpinan Prof Atan Long dari Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa minat membaca buku di Malaysia sangat rendah (kajian secara umum).

Oh iya, saya ingin berkongsi satu bahan berkaitan cara membaca. Cara membaca berkesan ini adalah salah satu tip rahsia kejayaan pelajar cemerlang. Kenape? Ta percaye ke? Oklah teruskan membaca entry ini ye.

Semasa saya berada di tingkatan 3, di sebuah sekolah menengah agama di Perlis,  seingat saya pada awal tahun sebelum PMR bermula lagi, pihak sekolah tempat saya belajar telah mengadakan pelbagai program motivasi pelajar.

Sebagai pelajar tahun peperikaan ketika itu, memang berdebar hati saya. Saya ada mengikuti satu kursus yang dianjurkan berkenaan teknik belajar dan pengurusan masa berkesan. Salah satu daripada teknik yang menarik saya pelajari ketika itu ialah teknik SQ3R ini.

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. 

SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula

Survey (tinjau) Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

- ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.

Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.


Question (soal atau tanya)Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

- ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.

- ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

Recite ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. 

Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.

Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

APA KAITAN TEKNIK MEMBACA INI DENGAN PENGURUSAN MASA?

Anda mungkin faham jika saya kata ini adalah teknik belajar. Tetapi, apa kena mengena teknik ini dengan pengurusan masa?

Anda tentu pernah dengar kisah pelajar yang belajar 4 hingga 8 jam sehari tetapi masih gagal mendapat keputusan yang beliau kehendaki di dalam peperiksaan. Ia seolah-olah 4 hingga 8 jam itu langsung tidak bermakna. Ini juga mungkin boleh jadi kisah anda sendiri jika anda tidak pelajari teknik ini.


Teknik SQ3R ini melatih anda untuk menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas anda sebagai pelajar. Dengan mengamalkan teknik ini, anda akan dapat baca buku dengan masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat. 

Mahukah anda miliki kebolehan seperti pelajar cemerlang ini? InshaAllah, anda pasti mahu melakukannya, kan?

Budaya membaca trend negara maju. Oleh itu, mari kita amalkan budaya membaca.
 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .