Al Fatihah Anggota MALBATT maut di Lubnan trak jatuh gaung
Allahyarham Sarjan Rosdi merupakan anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (MALBATT 5) berasal dari Jerantut, Pahang. Allahyarham telah meninggalkan seorang balu, Aliza Ariffin serta tiga orang anak berusia 8, 6 dan 3 tahun.
Allahyarham menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil), maut apabila kenderaan kembalik yang dinaiki hilang kawalan dan terhumban lima belas meter ke dalam cerun.
Nahas berlaku apabila kenderaan kembalik yang dinaiki Allahyarham selaku ketua kenderaan bersama dua yang lain, terbalik ketika menunda kenderaan perisai Condor di satu selekoh di kawasan operasi berhampiran Bandar Houla. Allahyarham Rosdi yang juga Ketua Kenderaan terbunuh di tempat kejadian.
Manakala Nur Syahied, diterbangkan ke Hospital St George, Beirut, selepas cedera parah pada bahagian paru-paru. Mohamad Aizuwan pula dikejarkan ke Hospital Tibnin, untuk rawatan lanjutInsiden itu turut menyebabkan dua lagi cedera ialah pemandu Lans Koperal Nur Syahied Taib dan pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, kedua-duanya berusia 26 tahun.
Al Fatihah kita hadiahkan ke atas roh Allahyarham Rosdi, semoga rohnya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman. Mari kita doakan semoga dua orang lagi anggota MALBATT yang cedera parah agar segera sembuh. Amin. Salam ketabahan dan slaam takziah buat seluruh ahli keluarga wira negara ini.
Anggota MALBATT maut trak jatuh gaung
Kuala Lumpur: Seorang anggota Batalion Malaysia 5 (MALBATT 5) terbunuh,
manakala dua lagi cedera parah selepas trak tunda yang dinaiki untuk
menunda sebuah kereta perisai hilang kawalan dan terbalik ke dalam gaung
dekat bandar Haola, Lubnan, petang kelmarin.
Anggota yang
terbunuh ialah Sarjan Rosdi Mohamad Zan, 32, manakala dua lagi yang
cedera parah Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, 26 dan pemandu trak
tunda, Lans Koperal Nur Syahied Taib, 26.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata anggota terbabit melaksanakan konvoi pergerakan pertukaran Kumpulan Force Protection (FP) yang turut membabitkan 41 anggota dan lapan buah kenderaan tentera pelbagai jenis di kawasan berbukit berhampiran bandar Haola.
“Rosdi yang juga Ketua Kenderaan terbunuh di tempat kejadian manakala Nur Syahied, diterbangkan ke Hospital St George, Beirut, selepas cedera parah pada bahagian paru-paru. Mohamad Aizuwan pula dikejarkan ke Hospital Tibnin, untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Kementerian Pertahanan, semalam. Jenazah Rosdi dijangka dibawa pulang ke tanah air esok.
Arah siasatan
Ibu bapa Allahyarham juga dibawa ke Beirut untuk mengiringi jenazah pulang ke Malaysia.
“Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedih dengan kejadian itu kerana kehilangan seorang ahli keluarga kami. Justeru, kami berharap keluarga mangsa sentiasa bersabar.
“Saya mengarahkan Lembaga Siasatan ATM menjalankan siasatan secara menyeluruh segera dengan memberi fokus kepada kenderaan kembalik (tran tunda) yang dinaiki semua mangsa,” katanya.
Sebelum menyertai Misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Allahyarham Sarjan Rosdi, bertugas di Unit 2 Workhop, yang berpengkalan di Ipoh, Perak.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Aliza Ariffin, 30, serta tiga anak, Muhammad Syafiq Haiqal, 8; Nurul Fatin Najwa, 6 dan Nurul Damia Batrisya yang berusia tiga tahun.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementerian sedang melakukan usaha terbaik untuk memastikan kebajikan keluarga Rosdi, terbela selain nasib Nur Syahied dan Mohamad Aizuwan terus dijaga selepas mereka mengalami cedera parah dalam insiden itu.
Beliau berkata, seluruh warga ATM sedih dengan kejadian itu dan menyifatkan kematian Rosdi satu kehilangan besar.
Seorang anggota Malbatt maut nahas di Lebanon
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Seorang anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (Malbatt 5) maut manakala dua rakannya cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) semalam.Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.40 petang waktu tempatan (10.40 malam waktu Malaysia) ketika konvoi 'Force Protection'(FP) melibatkan 41 anggota bersama lapan kenderaan tentera bergerak dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin.
Sarjan Rosdi Mohamad Zan, 32, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, 26, dan Lans Koperal Nur Syahied Taib, 26, cedera.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kemalangan itu berlaku di kawasan operasi berhampiran Bandar Houla melibatkan sebuah kenderaan Kembalik yang sedang menunda kenderaan Perisai Condor.
"Kejadian berlaku apabila Kembalik yang dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbalik ke dalam gaung sedalam 15 meter bersama kenderaan perisai yang ditunda.
"Kenderaan Kembalik ketika itu dipandu Nur Syahied yang turut dinaiki Mohamad Aizuwan yang bertindak sebagai pengiring sementara Rosdi sebagai ketua kenderaan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Markas Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Pemangku Panglima Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Abu Bakar Md. Said.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataannya berkata, jenazah Allahyarham Rosdi akan dibawa pulang ke Malaysia Isnin ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Allahyarham Rosdi yang berasal dari Jerantut, Pahang meninggalkan seorang balu, Aliza Ariffin serta tiga orang anak berusia 8, 6 dan 3 tahun.
0 Comments:
Post a Comment