Taman Laut Sultan Iskandar Kepulauan Mersing Johor
Taman Laut Sultan Iskandar nama baru Kepulauan Mersing
JOHOR BAHRU 15 Ogos - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
telahpun memperkenankan penjenamaan semula Taman Negara Johor
Kepulauan Mersing dengan nama baru iaitu Taman Laut Sultan Iskandar
(TLSI) berkuat kuasa hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub
Rahmat berkata, penjenamaan semula itu dilakukan agar destinasi
pelancongan tersebut lebih komersial, sekali gus mampu meningkatkan
lagi jumlah pengunjung.
Bukan itu sahaja, menurut beliau, bermula 1 September ini, caj
baharu iaitu sebanyak RM5 dikenakan kepada pengunjung tempatan dan
RM20 kepada warga asing untuk memasuki ke Taman-taman Negara di negeri
ini termasuk TLSI.
"Sebelum ini pengunjung tidak dikenakan sebarang caj masuk, namun
atas tujuan pemuliharaan dan konservasi, kadar tersebut diperkenalkan
bagi sama-sama menjaga dan mengekalkan biodiversiti kawasan berkenaan.
"Bagi aktiviti menyelam pula, ia dihadkan kepada 100 penyelam sahaja
dalam sehari bagi setiap gugusan pulau dan hanya operator yang
berdaftar dengan Jabatan Pelancongan negeri sahaja dibenarkan membawa
masuk penyelam," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan
Iskandar, Bukit Timbalan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Related Posts:
Puncak Alam di Shah Alam Banjir Puncak Alam di Shah Alam Banjir
Sumber gambar; Harian Metro
Sumber gambar; Sinar Harian
SHAH ALAM - Seramai 144 penduduk di Jalan Lautan Samudera, Puncak Alam dekat sini dipindahkan berikutan kediaman mereka … Read More
Bacaan IPU seluruh negara setakat jam 6 pagi, 7 Oktober 2015.
Bacaan IPU seluruh negara setakat jam 6 pagi,
7 Oktober 2015.
BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) seluruh negara setakat jam 6 pagi, 7 Oktober 2015.
Sumber; APIMS,Klik sini
… Read More
Gerhana Bulan Penuh April 2015Gerhana Bulan Penuh April 2015
… Read More
Subhanallah Fenomena Ekuinoks Telur Berdiri 4/2/2016Subhanallah Fenomena Ekuinoks Telur Berdiri
Sumber gambar : Cikgu Zr , Telegram
Sumber Gambar : Cikgu Noorhisyam Mohamad, Telegram.
Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa matahari berada tepat di at… Read More
Gempa Bumi 5.9 Ritcher di SabahGempa Bumi 5.9 Ritcher di Sabah
Ranau, Sabah dilanda gempa bumi 6.0 Richter
JUMAAT, 5 JUN 2015 - 7:58AM KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment