Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Catatan Perjalanan Seminar IPT Anak Yatim Permata Hati 2013 Daerah Kuantan

Catatan Perjalanan Seminar IPT 
Program Anak Yatim Permata Hati 
(PERHATI) 2013 Daerah Kuantan

Perjalanan dari SMK Lepar Hilir ke SMK Seri Mahkota ke SMK Panching
 terus ke BTPN Beserah Kuantan Dendangan Lagu Raya seperti Balik Kampung berkumandangd ari corong radio.


 Kelihatan situasi pendaftaran para peserta Seminar IPT

Puan Suniza sedang memberi taklimat ringkas perjalan program

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Seminar IPT Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI) 2013 Peringkat Daerah Kuantan  telah diadakan dengan jayanya. Saya bersama 18 Orang Anak PERHATI( Anak Yatim Permata Hati) bertolak pada pukul 7.35 dari SMK Lepar Hilir. Puan Siti Marian Binti Baharudin Pengetua SMK Lepar Hilir mengiringi kami di pintu pagar sekolah.

Kami pergi dengan menaiki bas sekolah yang telah diuruskan oleh Puan Chan dari SMK Seri Damai. Bas itu disewakan khas untuk kami oleh pihak PPD Kuantan dan Yayasan Pahang. Bas yang dipandu oleh Puan Kam, yang mempunyai pengalaman selama lebih  20 tahun memandu bas sekolah.

Bas kemudian ke SMK Seri Mahkota dan kemudian ke SMK Panching untuk mengambil pelajar-pelajar PERHATI Di sekolah-sekolah berkenaan untuk ke BTPN Beserah.

Tarikh; 31 Julai 2013
Hari : Rabu
Tempat: BTPN Beserah, Kuantan, Pahang.


Pelbagai aktiviti diadakan seperti Pameran Pendidikan dan taklimat kemasukan ke IPTA,  IPTS dan Institusi Kemahiran Swasta.

Kami bertolak dari BTPN Beserah lebih kurang pukul 2.00 petang. Alhamdulillah kami selamat sampai di hadapan pagar sekolah pukul 3.15 petang. InshaAllah saya akan cuba kemaskini berita dan gamabr sepanjang program SEMINAR IPT tersebut dari semasa ke semasa mengikut keberadaan internet di rumah saya kalau ada lah ye....sebab internet di kawasan rumah saya kejap ada kejap takde. Manakala di bilik kami memang tiada internet sejak beberapa bulan lalu...

Boleh lihat Sejarah PERHATI klik di sini















Related Posts:

  • Biasiswa Yayasan Cemerlang 2012 Sedang Dibuka Biasiswa Yayasan Cemerlang 2012 Sedang Dibuka Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam ramadhan kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam khususnya kepada para follower, para pelajar dan rakan yang mengenali… Read More
  • Antara IPTA atau IPTS Antara IPTA atau IPTS Alhamdulillahirabbil’alamin. Syukur pada Allah, kerana mengetahui ada di antara bekas pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam yang baru berlalu. Begitu jua ada yang sederh… Read More
  • Permohonan Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA Yayasan FELDA Permohonan Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA Yayasan FELDA Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak peneroka FELDA, khususnya para mahasiswa anak-anak peneroka FELDA d… Read More
  • Yayasan Pahang Geran Bantuan Pelajar Ke IPT PERMOHONAN GERAN BANTUAN PELAJAR KE IPT Adalah dimaklumkan, Yayasan Pahang telah membuka permohonan kepada mereka yang layak untuk membuat permohonan Geran Bantuan Pelajar ke IPT. Sila muat turun borang di bawah : BORANG… Read More
  • Senarai Penaja Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Senarai Penaja Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran AGENSI TEMPATAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Yayasan Pelajaran MARA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Belia dan… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .