Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Keputusan SPM ulangan 2013 Rabu ini

Keputusan SPM ulangan 2013 Rabu ini

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2013 akan dikeluarkan Rabu ini. 



Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini, slip keputusan akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan.


Calon juga boleh membuat semakan melalui perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMU RESULT, nombor kad pengenalan dan hantarkan ke 15888.


Seramai 12,520 calon menduduki peperiksaan dan daripada jumlah itu, 7,148 calon mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 2,932 calon mendaftar bagi mata pelajaran Matematik dan 2,440 lagi bagi kedua-dua mata pelajaran.


Sebanyak 232 pusat peperiksaan dibuka pada 11 dan 12 Jun di seluruh negara. - BERNAMA

Related Posts:

  • Format Baru Mata Pelajaran Sejarah Mulai 2013 Format Baru Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Mulai Tahun 2013 Arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tentang pelaksanaan pentaksiran peperiksaan SPM mulai tahun 2013 bagi mata pelajaran Sejara… Read More
  • Jadual Waktu SPM Tahun 2012Jadual Waktu SPM Tahun 2012 Dalam format PDF. Pastikan komputer anda mempunyai perisian PDF bagi membolehkan anda memuat turun jadual ini. Sila klik di sini.… Read More
  • Tips Pelajar Cemerlang: Nur Syuhadah TIPS 1: Nur Syuhadah antara pelajar cemerlang SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejah… Read More
  • Takwim Peperiksaan 2012 di Malaysia Takwim Peperiksaan 2012 di Malaysia TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2012 UPSR Ujian Bertulis … Read More
  • Berulang 40km sehari bukan penghalang Berulang 40km sehari bukan penghalang kejayaan SITI Nursyafiqah Iskandar Bacha menerima ciuman tahniah daripada neneknya, Jumah Bee Syed Mohamad selepas berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM di Buki… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .