Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Mesir Bergolak Penghantaran pelajar baharu ke Mesir ditangguhkan

Mesir Bergolak Penghantaran pelajar baharu ke Mesir ditangguhkan: Muhyiddin 

 Gambar-gambar situasi di Mesir

 Gambar perhimpunan besar-besaran yang dilancarkan dari Masjid Al Sharbiny, di Jalan Abaas El Aqad, Madinah Nasr. Orang ramai semakin meningkat dan mereka menjangkakan ada perhimpunan lain akan menyertai mereka. - Sumber: Rabaa Today

 Penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka syahid. - Sumber : masr25channel

 

Muslim Brotherhood supporters carry a
wounded protester in Cairo's Ramses square on Aug.
16, after clashes broke out with police during a demonstration in support of ousted president Mohammed Morsi. Sumber; NBC News

Sedih tengok gambar jenazah bergelimpangan, seolah-olah nyawa manusia  tak bernilai. Ada anak kecil, ada gadis. Allah, Kuatkan lah hati mereka ya Allah. Kuatkan lah hati mereka ya Allah. kuatkan lah hati mereka ya Allah. Al Fatihah buat saudara seIslam yang telah meninggal dunia walau di mana mereka berada..... Al Fatihah

Bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar mendapatkan maklumat terkini, bilik operasi KPM telah dibuka mulai semalam (16 Ogos) dan boleh dihubungi di talian 03-8870 6611 dan 03-8870 6627; e-mel: egypterisis@mohe.gov.my dan facebook: www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425.

Penghantaran pelajar baharu ke Mesir ditangguhkan: Muhyiddin 

 

 KUALA LUMPUR: Semua penghantaran pelajar baharu ke Mesir untuk sesi pengajian 2013/2014 yang sepatutnya bermula bulan depan ditangguhkan berikutan keganasan yang tercetus di negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berunding dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Mesir agar kemasukan pelajar Malaysia dapat ditangguhkan untuk satu semester.

"Pelajar yang sedang bercuti di Malaysia juga diminta menangguhkan kepulangan ke Mesir termasuk pelajar-pelajar yang perlu menduduki peperiksaan ulangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata pihaknya sedang berunding dengan semua universiti di Mesir untuk menangguhkan peperiksaan ulangan bagi tempoh yang munasabah dan jika keadaan di Mesir terus bergolak kementerian sedang berusaha agar peperiksaan itu dapat diadakan di Malaysia.

Sekiranya krisis berlarutan dan suasana tidak menentu sehingga memaksa evakuasi dilaksanakan, pihak kementerian akan berunding dengan KPT Mesir agar pengajian semua pelajar Malaysia ditangguhkan satu semester, katanya.

"Jika keadaan di Mesir tidak pulih dan tidak selamat bagi pelalar Malaysia meneruskan pengajian di sana, pihak kementerian akan membantu pelajar-pelajar yang terlibat mendapatkan tempat pengajian di negara-negara lain yang selamat dan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta dalam negara," katanya.

Beliau berkata untuk tujuan penyelarasan mengenai pengajian pelajar pihak penaja diminta merujuk kepada KPM yang merupakan agensi bertanggungjawab menyelaras pengurusan pelajar di Mesir.
Muhyiddin berkata kerajaan memandang serius pergolakan di Mesir yang semakin meruncing dan langkah-langkah sedang diambil untuk memastikan keselamatan lebih 3,200 pelajar Malaysia di negara itu terjamin.

"Kita berdoa agar keadaan di Mesir segera pulih dan semua pelajar Malaysia yang terjejas dapat meneruskan pengajian mereka di sana dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt telah memindahkan pelajar-pelajar di kawasan panas ke kawasan yang lebih selamat dan mereka dinasihatkan supaya berada di dalam rumah masing-masing, tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan selain mematuhi arahan.

Katanya untuk memastikan penyaluran maklumat yang tepat mengenai kedudukan pelajar Malaysia di Mesir, ibu bapa dan pelajar dinasihatkan hanya merujuk kepada KPM dan bukan mana-mana agensi penempatan pelajar.

Bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar mendapatkan maklumat terkini, bilik operasi KPM telah dibuka mulai semalam (16 Ogos) dan boleh dihubungi di talian 03-8870 6611 dan 03-8870 6627; e-mel: egypterisis@mohe.gov.my dan facebook: www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425.
- BERNAMA

 'Jumaat Kemarahan' disimbah bedilan gas

 KAHERAH - MESIR. Hari yang digelar "Jumaat Kemarahan" menyaksikan Mesir terus bergolak dengan tembakan gas pemedih mata dan terus dilepaskan ke arah penyokong Mohamed Mursi.
Al-Jazeera melaporkan gas pemedih mata dilepaskan ke arah penunjuk perasaan di Medan Ramsis.

Mesir Kini turut memuatnaik perkembangan di laman Facebook menyatakan, para penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka syahid.


Dalam perkembangan terbaru, dilaporkan langit di Medan Ramsis dihujani dengan gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah perhimpunan anti kudeta.

Paling menyayat hati, sumber Mesir Kini melaporkan 45 orang mati syahid di Medan Ramsis ekoran bedilan peluru pasukan keselamatan.

 Sumber; Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/global/jumaat-kemarahan-disimbah-bedilan-gas-1.192692

Keselamatan rakyat Malaysia di Mesir sentiasa dipantau kedutaan


MARAN: Keselamatan rakyat Malaysia sama ada pelajar mahupun yang bekerja di Mesir akan sentiasa dipantau pihak kedutaan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Mutalib.

Justeru, beliau menasihati anggota keluarga atau saudara mara agar tidak gusar dengan keadaan keselamatan saudara mereka di negara bergolak itu kerana Kedutaan Malaysia di Kaherah akan terus memantau keadaan keselamatan rakyat Malaysia.
"Di sesetengah negara, seperti Indonesia atau Switzerland, kita ada atase buruh yang menjaga hal ehwal rakyat Malaysia, tetapi macam Mesir kita tidak ada atase buruh, maka pihak kedutaan yang bertanggungjawab menjaga mereka termasuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang bekerja di sana," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Aidilfitri serta meraikan persaraan guru Majlis Guru Pendidikan Islam Pahang 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka di sini hari ini.

Menyentuh mengenai pemilihan Umno 2013, Ismail yang juga anggota Parlimen Maran berkata, beliau akan mempertahankan jawatan ketua Umno Bahagian Maran yang dipangkunya sejak setahun lalu.

"Saya menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan terbabit (Ketua Umno Bahagian Maran.) Tapi apa yang penting ingin saya ingatkan dalam parti pilihlah pemimpin yang boleh bekerja untuk parti," katanya. - BERNAMA


Sumber; klik di sini


Baca juga di blog ini http://dnyadventure.blogspot.com/2013/08/al-fatihah-untuk-mereka-yang-terbunuh.html



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .