Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Al Fatihah Pegawai Agama Sarawak Maut Nahas Menuju Majlis Berbuka

Al Fatihah Pegawai Agama Sarawak Maut Nahas Menuju Majlis Berbuka




 PASUKAN Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat empat pegawai agama Islam yang terbabit kemalangan di Jalan Sri Aman - Betong, Sarawak kira-kira pukul 4.30 petang 1 Ogos . - UTUSAN


KEADAAN kenderaan MPV dinaiki enam pegawai agama Islam yang terlibat terbabit kemalangan di Jalan Sri Aman - Betong, Sarawak kira-kira pukul 4.30 petang 1 Ogos. Empat daripada mereka maut manakala seorang lagi kritikal. - UTUSAN
 
Petang 23 Ramadhan lalu berlakunya kemalangan ngeri di Sri Aman Sarawak . Seramai Empat Pegawai Agama Islam Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jakim Sarawak(Jakim) maut dalam kemalangan semasa menuju ke Majlis Berbuka Puasa. 

Marilah kita hadiahkan Al Fatihah kepada 
  Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak, Ibrahim Hailee, 35, Harliani Hanani, 29; Halimah Hamrie, 30; dan Qurratu Aini Rolfandy, 23.


Marilah kita doakan kepada 2 pegawai agama yang terselamat  tetapi kritikal agar segera sembuh dan pulih Fakih Ikhwan , Amin.
Manakala seorang lagi, Mohd. Firdaus Ahmat, 23, cedera ringan . Amin. Semoga kejadian ini tidak mematahkan semangat mereka yang masih hidup untuk meneruskan kehidupan dengan cemerlang.

Ini lah dugaan kepada seluruh keluarga mangsa di bulan Ramadhan ini, apa pun nasihat aku di musim perayaan ini berhati-hati di jalan raya kepada teman-teman yang mula pulang ke kampung esok pastikan kenderaan di servis terlebih dahulu dan jika mengantuk berhentilah tidur, biar lambat asal selamat..

4 pegawai agama maut nahas selamat dikebumikan

Perdana Menteri ucap takziah keluarga mangsa nahas



SRI AMAN 1 Ogos - Empat pegawai agama Islam, tiga daripadanya wanita yang dalam perjalanan ke majlis berbuka puasa maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak di Jalan Sri Aman - Betong dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang ini.


 
Seorang pegawai agama lelaki yang turut terlibat dalam kejadian itu cedera parah dan kritikal manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan.


Ketika kejadian, kereta Toyota Innova yang dipandu Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak, Ibrahim Hailee, 35, dari arah arah Sri Aman menuju Sarikei gagal dikawal lalu bertembung dengan lori balak dari arah bertentangan.


Jurucakap polis memberitahu, lori balak dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu, dipercayai telah memasuki laluan bertentangan ketika mengambil selekoh.


Ibrahim meninggal dunia di tempat kejadian. Tiga lagi yang meninggal dunia di lokasi kejadian ialah tiga pegawai wanita, Harliani Hanani, 29; Halimah Hamrie, 30; dan Qurratu Aini Rolfandy, 23.


Penumpang yang cedera parah dan kritikal ialah Fakih Ikhwan manakala seorang lagi, Mohd. Firdaus Ahmat, 23, mengalami cedera ringan.


Kesemua mangsa, masing-masing bertugas di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jakim Sarawak. - UTUSAN ONLINE


4 pegawai agama maut nahas selamat dikebumikan

KUCHING 2 Ogos - Empat orang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang maut dalam satu kemalangan jalan raya dekat Sri Aman, kira-kira 200 kilometer dari sini semalam, selamat dikebumikan hari ini.
Jenazah Penolong Pengarah Jakim Cawangan Sarawak, Ibrahim Hailee, 35, antara yang terkorban dalam kejadian itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sibu selepas solat Jumaat.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal-Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman; Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Nangka, Dr Annuar Rapaee; dan ketua kaum Melayu Sibu, Temenggung Wan Hamid Edruce adalah antara mereka yang hadir dalam upacara itu.
Di Kuching, jenazah Halimah Hamrie, 30, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang; sementara Harliani Hanani, 29, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Serian, kira-kira 60km dari sini.
Jenazah keempat dalam kejadian itu, Qurratu Aini Rolfandy, 23, tiba di kampung halamannya di Sarikei pagi tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sarikei. - BERNAMA


Perdana Menteri ucap takziah keluarga mangsa nahas

 

 





KUCHING 2 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga empat pegawai agama yang maut dalam kemalangan di Jalan Sri Aman-Betong, petang semalam.


Ucapan takziah itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika menziarahi keluarga salah seorang mangsa, Allahyarham Halimah Hamrie, 30, di rumah mertuanya di Samariang Batu di sini awal pagi tadi.
Terdahulu, Jamil Khir yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini tengah malam turut menziarahi mangsa yang terselamat, Fakih Ikhwan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Beliau kemudian melawat keluarga seorang lagi mangsa yang maut, Allahyarham Harliani Hanani, 29, di Serian dekat sini.
Turut bersama beliau ialah Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang semalam, empat pegawai agama Islam, tiga daripadanya wanita yang dalam perjalanan ke majlis berbuka puasa maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak di Jalan Sri Aman - Betong dekat Sri Aman.
Ketika kejadian, kereta Toyota Innova yang dipandu Penolong Pengarah Jakim Sarawak, Ibrahim Hailee, 35, dari arah arah Sri Aman menuju Sarikei gagal dikawal lalu bertembung dengan lori balak dari arah bertentangan.
Jurucakap polis memberitahu, lori balak dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu, dipercayai telah memasuki laluan bertentangan ketika mengambil selekoh.
Ibrahim, Harliani dan Halimah serta seorang lagi mangsa, Qurratu Aini Rolfandy, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Selain Fakih yang cedera parah, seorang lagi penumpang Mohd. Firdaus Ahmat, 23, mengalami cedera ringan.
Kesemua mangsa, masing-masing bertugas di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jakim Sarawak. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .