Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Krisis Mesir MARA nilai universiti 3 negara untuk pelajar Malaysia

Krisis Mesir MARA nilai universiti 3 negara untuk pelajar Malaysia
 
MARA akan menilai beberapa universiti di Indonesia, India dan Jordan bagi menempatkan pelajar tajaannya yang terjejas akibat konflik politik di Mesir.

Tiga negara itu menjadi pilihan MARA selain institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan memandangkan pergolakan di Mesir dijangka berlarutan. 
 

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, berkata pelajar bagaimanapun dibenarkan membuat pilihan, sama ada mahu melanjutkan pengajian dalam negara, universiti di tiga negara berkenaan atau meneruskan pengajian di Mesir jika sanggup mengambil risiko.
Kita memang nasihatkan pelajar supaya sambung pengajian di IPT yang akan ditentukan MARA nanti” Annuar Musa, Pengerusi MARA

Ikut nasihat MARA

“Kita memang nasihatkan pelajar supaya sambung pengajian di IPT yang akan ditentukan MARA nanti, sama ada di luar negara atau universiti tempatan daripada kembali ke Mesir.

“Jika mereka berani (ambil risiko), boleh terus tinggal di Mesir untuk meneruskan pengajian, tapi saya lihat konflik di sana dijangka lambat berakhir. Jadi lebih baik pelajar sambung pengajian di beberapa universiti yang akan kita tentukan nanti,” katanya dalam satu pertemuan dengan BH.

Beliau berkata, MARA akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menilai universiti dalam senarai pilihan itu yang semestinya perlu mendapat pengiktirafan kerajaan.
Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menasihatkan 1,481 pelajar tajaan MARA di Mesir yang sedang bercuti di Malaysia, menangguhkan kepulangan mereka ke negara berkenaan untuk meneruskan pengajian demi keselamatan sendiri.

Krisis di Mesir menyaksikan kerajaan terpaksa melancarkan Ops Piramid 2 bagi membawa pulang kira-kira 3,379 rakyat Malaysia. Daripada jumlah itu 2,796 pulang ke tanah air secara sukarela, manakala 583 lagi mengambil keputusan untuk terus tinggal di sana.

Annuar berkata, selepas semua urusan diselesaikan dan mendapat persetujuan semua pihak, MARA akan menempatkan semua pelajar terbabit di pusat pengajian yang dipilih secepat mungkin bagi meneruskan pengajian mereka yang terjejas.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .