Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

JOM TAHU PEMULIHAN DAN PROTIM

JOM TAHU PEMULIHAN DAN PROTIM
 

Banyak takrifan mengenai definisi Pemulihan oleh pakar-pakar dalam dunia pendidikan. Namun, hakikatnya ia masih membawa maksud yang sama iaitu aktiviti alternatif yang dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa. 

 
 Program PEMULIHAN ini adalah sebagai ganti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa di Kelas Pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran berkenaan.
 
 
 
Justeru, definisi di atas amatlah jelas bahawa bukan sahaja dari segi siapa sasaran untuk pengajaran Pemulihan tetapi juga dari segi fungsi dan tujuannya.
Ia sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira amnya, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.
Objektif pengajaran Pemulihan pula adalah seperti berikut :
  • membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu
  • mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran
  • memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Program Pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru Pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.
PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.
PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. 
Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.
Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.
Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.
Kedua-dua program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .