Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
Institusi Beraja Malaysia
,
IPT
,
IPTS
,
kerjaya
,
KUIN
» Tunku Annuar dimasyur sebagai Pro Canselor I Kuin
Tunku Annuar dimasyur sebagai Pro Canselor I Kuin
Tunku Annuar dimasyur sebagai Pro Canselor I Kuin
BALING - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dimasyhur sebagai Pro Canselor I Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pada istiadat Konvokesyen Khas KUIN dekat sini hari ini.
Bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Afiffudin Omar pula dilantik sebagai Pro Canselor II pada istiadat sama yang turut menyaksikan perasmian Kampus Induk Kuin di Kuala Ketil dekat sini oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ketika bertitah pada istiadat itu, Seri Paduka, yang juga Canselor Kuin, menzahirkan ucapan syabas serta tahniah kepada kedua-dua Pro Canselor yang baru dilantik.
"Sesungguhnya ilmu dan pengetahuan mereka merupakan khazanah yang tak ternilai, khasnya kepada masyarakat negeri ini.
"Beta berharap mereka akan sentiasa bersedia meneroka perkongsian ilmu dengan para ilmuan Insaniah (Kuin) dalam membimbing para pelajar dan masyarakat ke arah membentuk masyarakat berilmu dan bertaqwa," titah baginda.
Seri Paduka turut berharap satu proses pindahan ilmu dapat dirangka dan pengalaman serta kejayaan tokoh berpengalaman di Kuin dapat direkodkan bagi dijadikan rujukan untuk generasi akan datang.
Turut berangkat pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Sementara itu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam ucapannya berkata walaupun boleh dikatakan semua prasarana di kampus induk itu telah dibina namun penempatan untuk pelajar masih belum mencukupi.
"Kita masih ada beberapa kekurangan, antaranya, Pusat Islam dan sebahagian penempatan para pelajar. Marilah kita berdoa agar usaha-usaha gigih yang sedang dijalankan oleh pengurusan Insaniah (Kuin) akan menjadikan harapan ini suatu realiti dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata Kuala Ketil dipilih sebagai lokasi kampus induk Kuin kerana pihaknya mahu menjadikannya sebuah bandar raya satelit bagi daerah Kulim, Bandar Baharu, Baling dan Sungai Petani.
Turut dibina ialah sebuah dewan yang boleh menampung 5,000 pengguna dalam satu-satu masa atau acara.
Sumber; sinarharian
Related Posts:
- Sembah Takziah, buat keluarga dan rakyat Kedah Darul AmanKDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Mangkat Dengan penuh kesedihan dan dukacita bahawa KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam S… Read More
- Sejarah PERHATI Program Anak Yatim Permata Hati Di Pahang Sejarah PERHATI Program Anak Yatim Permata Hati Di Pahang Firman Allah SWT: Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu meny… Read More
- Hari Keputeraan Sultan Pahang 2016 Hari Keputeraan Sultan Pahang 2016 Hari Keputeraan Sultan Pahang 2016 pada Hari Isnin, 24 Oktober 2016 bersamaan 23 Muharram 1438 Hijrah. Sembah takzim daripada blog cgkaunseling.blogspot.my Biodata Keb… Read More
- Johor Cuti hari Jumaat Menjelang 1 Januari 2014Johor Cuti hari Jumaat Menjelang 1 Januari 2014 Johor ubah cuti hujung minggu Sultan Ibrahim Iskandar mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kep… Read More
- Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menziarahi keluarga Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menziarahi keluarga Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah menziarahi keluarga Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuas… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment