Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Bablu Jatav Bapa Penyayang Mengayuh Beca Sambil Gendong Bayinya

Bablu Jatav Bapa Penyayang Mengayuh Beca Sambil Gendong Bayinya







Bablu Jatav terpaksa menarik becak sambil menggendong putrinya 
yang baru berusia satu bulan setelah istrinya meninggal dunia

Bablu Jatav Bapa Penyayang Mengayuh Beca Sambil Gendong Bayinya

Menitis Air Mata Admin Ketika Membaca Kisah Sedih Ini. Ingatlah.. Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.. 

 Ayah.. Maafkan Segala Silap Salahku. Semoga Allah Sentiasa Merahmatimu.. :,((

Melihat gambar Bablu Jatav ini membuatkan penulis blog cikgukaunseling teringat bagaimana pengorbanan seorang bapa membawa anaknya yang berusia 8 bulan ke makmal komputer  sambil menjaga anak kecilnya ketika membuat kelas tambahan, kerana si isteri sedang terlantar sakit di perbaringan. Allah Maha Melihat, Allah Maha Adil. Allah tidak buta.....Maha Suci Allah.


Kisah Bablu Jatav Bapa Penyayang Mengayuh Beca Sambil Gendong Bayinya

Bablu Jatav.38 tahun. Itulah nama seorang ayah yang tabah meneruskan sebuah perit kehidupan bersama anakandanya yang tercinta, Damini. Damini yang berumur sebulan terpaksa ‘mengikut’ ayahnya : seorang penarik beca : kemana sahaja destinasi yang penumpang inginkan.






Diikat Damini di dadanya sambil sebelah tangan menapu kasih belakang anaknya itu. Dengan kudrat yang ada, sebelah tangan lagi memegang handle becanya dan kedua-dua belah kakinya menarik kuat pengayuh untuk menggerakkan beca usang yang dinaiki penumpang. Sungguh sayu..

Pernah sekali, Damini demam panas akibat cuaca yang begitu membahang. Kekeringan dan kehausan terpaksa insan kerdil ini tanggung. Manakan tidak.. Bayi seusianya yang lain masih berbedung sedangkan dia sudah ‘bekerja’.

Di manakah ibunya? Mengapa si Ibu tidak menjaga Damini?

Untuk pengetahuan Ibu-Ibu sekalian,, Ibu Damini , Shanti telah pun meninggal dunia ketika melahirkan Damini. Kini, anak kecil itu sudah tidak ada sesiapa lagi melainkan ayahnya. Saudara-mara hilang entah ke mana.

Tanpa mengenal apa itu erti berputus asa, Bablu Jatav, ayah yang begitu pengasih dan penyayang berkata “ Walaupun tiada sesiapa ingin menjaga anak saya, biarkan.. Biarkan tiada. Kerana saya sendiri yang akan menjaganya dengan membawanya bersama biarpun ke akhir usia saya’’


Sumber : dailymail.co.uk
Diolah oleh : karyawanbisu




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .