Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Visi
Penentu piawaian bagi kecemerlangan dalam latihan kemahiran pertanian
Misi
Menggubal dasar, mengawal kualiti dan memperkukuhkan latihan kemahiran
pertanian yang komprehensif bagi memenuhi keperluan bidang pertanian
negara
Objektif
Melahirkan pekerja dan usahawan yang berkemahiran dalam berbagai bidang
agar pertanian menjadi sektor swasta yang moden, dinamik dan berdaya
saing
Sejarah
Program Latihan Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model
pembangunan insan mahir dalam menjalankan latihan dalam bidang pertanian
berasaskan kemahiran (competency-based skill training)
Majlis
Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) diwujudkan pada 1 Oktober 2002.
NATC bertanggungjawab merancang, menyedia, mengawal selia dan menilai
PLKPK.
Kolej Pertanian Malaysia (KPM) menjalankan latihan peringkat
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM, Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran
Malaysia (DLKM, Tahap 5) manakala
pusat-pusat di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani (MOA) menjalankan latihan peringkat Sijil (Tahap 1,2 dan 3)
Pengiktirafan dan pertauliahan Pensijilan Kemahiran Malaysia dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia melalui Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (NASDA)
Fungsi
- Menyediakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan menyemak kesesuaiannya dari semasa ke semasa.
- Menyediakan
pakej latihan, kemudahan pembelajaran dan tenaga pengajar yang mahir
dan berpengalaman berasaskan NOSS bagi semua bidang pertanian.
- Menyelaras keperluan fizikal semua institusi latihan pertanian.
- Menyelaras pelaksanaan latihan kemahiran pertanian di semua institusi latihan pertanian.
- Menilai keberkesanan sistem latihan kemahiran dan menambahbaikkannya.
- Bertindak dan berperanan sebagai badan berkuasa yang dirujuk dalam ehwal latihan kemahiran pertanian
- Merancang sistem latihan berkembar (dual training system).
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) badan peneraju industri
latihan pertanian negara di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani telah membuka permohonan kemasukan ke Program Latihan
Kemahiran Pertanian Kebangsaan bagi Sesi Januari 2013. Pengambilan
bagi sesi Januari diuruskan sendiri oleh Majlis Latihan Pertanian
Kebangsaan (NATC). Manakala bagi pengambilan sesi Julai dikendalikan
oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian
Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali
sebagai UPU dan juga Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
bergantung kepada program latihan.
Bidang Latihan:
-Tanaman
-Ruminan (Ternakan)
-Pemasaran
-Pemprosesan Makanan
-Teknologi Perikanan Tangkapan
-Akuakultur
-Pengeluaran Padi
Kampus Latihan:
-Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Kampus Induk)
-Kolej Pertanian Malaysia, Jalan Langgar, Kedah
-Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
-Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor
-Kompleks Latihan MARDI, Serdang, Selangor
-Sekolah Pemasaran Pertanian, Sungai Petani, Kedah
-Pusat Penyelidikan Perikanan , Pulau Sayak Kedah
-Institut Perikanan Chendering, Terengganu
-Sekolah Perikanan Tangkapan Tanjong Manis, Sarawak
-Institut Pertanian Serdang, Selangor
-MADA Rice Training Centre, Kedah
-Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh, Johor
Syarat Umum:
-Warganegara Malaysia
-Berumur 18 tahun dan ke atas
-Memiliki SPM dan setaraf (Kelulusan lain boleh dipertimbangkan)
-Sihat tubuh badan
-Berminat dan komited untuk tugasan luar
Kemudahan:
-Kos latihan, pengajian, bahan pembelajaran, peralatan latihan,
penginapan, makan dan minum ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Permohonan:
Permohonan terbahagi kepada dua;
-Permohonan Baru – memiliki SPM atau setaraf
-Permohonan Naik Tahap – memiliki SKM 1
Permohonan perlu dibuat secara online di laman web Permohoan Program
Latihan Pertanian Kebangsaan – NATC.
Permohoan Program Latihan Pertanian Kebangsaan – NATC Sesi Januari 2013
Tarikh Tutup : 15 November 2012
Permohonan : http://www.moa.gov.my/natc
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan NATC sila hubungi baharom@moa.gov.my
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment