Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Lagi Mangsa Facebook Wanita rugi RM1,850 ditipu kenalan Facebook

Lagi Mangsa Facebook Wanita rugi RM1,850 ditipu kenalan Facebook

Wanita rugi RM1,850 ditipu kenalan Facebook

KUANTAN -  Seorang wanita dilaporkan mengalami kerugian RM1,850 akibat tertipu dengan kenalan Facebook.

Mangsa yang berumur 48 tahun dan tinggal di Raub dikatakan membayar wang tersebut untuk mendapatkan hadiah dari seorang warga 'Arab' yang dikenalinya sejak Februari lepas.




  
Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Samsuddin Wan Osman berkata menurut laporan mangsa semalam, lelaki berkenaan mahu mengirimkan hadiah kepadanya sebagai tanda persahabatan mereka.
  
Beliau berkata pada 3 April lalu, mangsa telah dihubungi seorang wanita yang mendakwa dirinya kerani di sebuah syarikat penghantaran di Sarawak yang memberitahu hadiah untuknya sudah tiba dari Arab Saudi dan meminta mangsa memasukkan RM1,850 ke dalam sebuah akaun bank bagi tujuan pembayaran cukai.
  
Mangsa kemudiannya memasukkan jumlah wang berkenaan ke dalam akaun bank tersebut yang disusuli dengan penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) wanita berkenaan yang memberitahu hadiah mangsa berada di syarikat berkenaan dan meminta bayaran tambahan sebanyak RM5,000 sebelum dihantar kepadanya.

Wan Samsuddin berkata mangsa yang menyedari dirinya ditipu tidak membuat bayaran itu sebaliknya membuat laporan polis.
  
Beliau berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan dan percaya sindiket terbabit dianggotai beberapa individu yang akan menjerat mangsa terutama wanita.

Polis sedang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu
. - Bernama



sumber; Sinar Harian

Related Posts:

  • SMK Jengka 2 Catat Kejuaraan Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah MaranKeratan Akhbar: SMK Jengka 2 Catat Kejuaraan Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Maran MARAN 30 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2 muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah… Read More
  • Bandar Jengka Bandar Jengka atau Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang Gunung Senyum dilihat dari laluan Rumpun Makmur  Jambatan Sultan Ahmad Shah, Kuala Krau yang merentasi Sungai Pahang. Jalan baru d… Read More
  • Hari Koperasi Jengka 2 Hari Koperasi Jengka 2 2012 kembali Lagi Panorama SMK Jengka 2  Pintu Masuk SMK Jengka 2 Assalamualaikaum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar, ibubapa, keluara SMK Jengka 2 mari kita meriahkan Hari Ko… Read More
  • SMK Jengka Pusat 2 Yang Indah Permai Jom Kenali SMK Jengka Pusat 2 Secara Ringkas Latar Belakang Sekolah Sekolah ini terletak di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka ( LKWJ ) iaitu di Bandar Jengka berhadapan dengan Universiti Teknologi MAR… Read More
  • No Hotline Balai Polis Maran No Hotline Balai Polis Maran Ibu Pejabat Polis Daerah Maran      :    09 4772999 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang  :    09 5151999 Balai Polis Maran   … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .