Permohonan Latihan Dalam Teknologi Petroleum Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu
Iklan & permohonan secara 'online' bagi Program Teknologi Petroleum Ambilan Julai 2013 telah dibuka.
Permohonan dibuka mulai 14 April 2013 dan akan ditutup pada 28 April 2013.
Diploma Kejuruteraan yang berkaitan dengan program ini digalakkan memohon :
- Kimia dan yang berkaitan
- Mekanikal dan yang berkaitan
- Elektrikal, Elektronik, Elektrikal dan Elektronik dan yang berkaitan
- Mekatronik
Petronas mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai program latihan di dalam bidang teknologi petroleum yang dijalankan di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu.
Industri minyak dan gas terus mengalami perkembangan yang pesat di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Ianya memerlukan kakitangan teknikal yang berkelayakan dan mahir di dalam bidang operasi dan penyelenggaraan.
Program
- PTP-1 Program Teknologi Petrolium – Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran.
- Program ini mengambil masa 1 tahun termasuk latihan industri.
Syarat Memohon
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki Diploma Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Diploma Kejuruteraan yang berkaitan/ sesuai dengan program ini antaranya adalah Mekanikal, Kimia, Instrumentasi, Elektrikal, Elektronik, Mekatronik, Proses atau yang setaraf
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1hb Januari 2013.
- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.
Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai keputusan SPM yang baik.
Syarat-Syarat Permohonan
Permohonan mestilah dibuat secara "online" melalui portal laman web ini.
(Permohonan akan dibuka mulai
14 Apr 2013, jam 8.00 pagi dan ditutup pada
28 Apr 2013, jam 5.00 petang).
Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank - No. Akaun: 13020021371054.
Untuk memudahkan urusan permohonan, anda dinasihatkan menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran.
PERHATIAN :
Sila teliti/dapatkan setiap panduan yang disediakan di laman web bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa mengisi maklumat permohonan secara "online".
Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank - No. Akaun: 13020021371054.
Untuk memudahkan urusan permohonan, anda dinasihatkan menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran.
PERHATIAN :
- Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
- Jika anda membuat pembayaran yuran proses
menggunakan money order/postal order, sila catatkan Nama dan Kad
Pengenalan di belakangnya dan hantar ke :
Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu, Terengganu.
Sila teliti/dapatkan setiap panduan yang disediakan di laman web bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa mengisi maklumat permohonan secara "online".
Cara Memohon
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Pemohonan PTP-1 Ambilan Julai 2013.
- Setiap permohonan dikenakan yuran proses (tidak dikembalikan) sebanyak RM10.00 dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD” melalui CIMB Bank Berhad – No. Akaun: 13020021371054.
- Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
- Anda dinasihatkan untuk menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran sebelum membuat permohonan secara online.
- Pemohon perlu memilih menu Pendaftaran Baru yang terdapat di bahagian kiri laman web untuk pertama kali membuat permohonan.
- Pemohon wajib melengkapkan kesemua maklumat di ruangan yang berkaitan.
- Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki, sekiranya maklumat yang diisi tidak lengkap, pemohon tidak boleh ke langkah seterusnya.
- Permohonan tidak akan diterima selagi butang "Hantar" tidak diklik.
- Sebarang permohonan pertukaran maklumat tidak akan dipertimbangkan selepas permohonan telah dihantar. Anda dinasihatkan supaya membuat proses kemaskini dengan teliti.
- Memohon Secara Online
- Permohonan secara Online dibuka mulai 14 Apr 2013, jam 8.00 pagi. Permohonan yang dibuat sebelum tarikh tersebut tidak akan diproses.
- Pemohon dikehendaki (wajib) melengkapkan kesemua maklumat di ruangan yang berkaitan.
- Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 28 Apr 2013, jam 5.00 petang.
- Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut di atas tidak akan diproses.
- Pemohon perlu memilih menu Pendaftaran Baru yang terdapat di bahagian kiri laman web untuk pertama kali membuat permohonan.
- Kata Laluan perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum dan perlu sentiasa diingati.
- Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki, sekiranya maklumat yang diisi tidak lengkap, pemohon tidak boleh ke langkah seterusnya.
Application must be done online here – www.instep-online.my
PERHATIAN : PERMOHONAN TIDAK AKAN DITERIMA SELAGI BUTANG "Hantar" TIDAK DIKLIK DAN LAMAN STATUS PERMOHONAN DIPAPARKAN.
Tarikh Tutup
- Pemohonan PTP-1 Ambilan Julai 2013 ini akan ditutup pada 28 April 2013, jam 5.00 petang.
- Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut di atas tidak akan diproses.
- Tempoh permohonan :
14 Apr 2013Hingga28 Apr 2013 - Keputusan Pemilihan :
Rujuk Pengumuman
- Tempoh permohonan :
Temuduga dan Ujian Bertulis
- Keputusan pemilihan bagi mengikuti Sesi Temuduga dan Ujian Bertulis akan diumumkan secara online di laman web Pemohonan PTP-1 Ambilan Januari 2013.
- Semakan keputusan dijangka akan boleh dibuat dalam bulan Mei 2013.
- Hanya pemohon yang berjaya disenarai-pendek akan dihubungi.
- Keputusan pemilihan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.
Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:- Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (T4P3003)
Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu
Tel: 09-668 6134/6135/6150 (Ahad – Khamis, 9 pagi – 4 petang)
Faks: 09-668 6130
E-mel: instep@petronas.com.my
Nota : Sila simpan slip transaksi bank (CIMB) bagi tujuan pengesahan (sekiranya terpilih dipanggil ke sesi temuduga nanti - dijangka pada pertengahan Mei 2013)
Terima kasih kepada eputra
0 Comments:
Post a Comment