Permohonan Kejururawatan USM Lepasan SPM Ambilan 2013
Permohonan Diploma Kejururawatan USM Sidang Akademik Sesi 2013/2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para belia yang berminat menceburi kerjaya separa perubatan, USM sedang membuka peluang permohonan Diploma Kejururawatan.
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma Kejururawatan USM secara penuh masa di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan bagi kemasukan September 2013.
- Lulus peringkat SPM/Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C6/6C/C dalam lima(5) mata pelajaran berikut :
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Rampaian Sains/Biologi
Satu (1) mata pelajaran lain; dan
- Lulus Temuduga
Panduan Permohonan
Panduan Pendaftaran Baru
- Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my/jururawat.
- Pendaftaran permohonan ke Universiti Sains Malaysia adalah melalui pembelian nombor PIN DIPLOMA JURURAWAT USM [RM60] di mana-mana cawangan BSN.
- Nombor PIN DIPLOMA JURURAWAT USM juga boleh dibeli melalui kaunter ATAU mesin ATM/ SMS Banking / Cash Deposit Machines/ Internet Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja).
- Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut : No. Kad Pengenalan / MyKad, No. PIN DIPLOMA JURURAWAT USM, Nama Ibu, Alamat emel yang aktif dan betul.
- Nombor Rujukan akan dipapar dan juga di emel setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.
- Anda perlu LOGIN menggunakan Nombor Rujukan sebagai Identiti dan Kata Laluan yang anda tetapkan semasa pendaftaran. Gunakan kemudahan Lupa Kata Laluan atau hubungi nombor hot line 1 300 888 876 sekiranya anda terlupa Nombor Rujukan.
- Pemohon MESTI mengisi semua maklumat yang dikehendaki. Maklumat bertanda*, mesti diisi untuk membolehkan pemohon melengkapkan maklumat selanjutnya.
- Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, pemohon perlu klik“SETERUSNYA>>” untuk ke langkah seterusnya.
- Sila sahkan maklumat/keterangan/data pada permohonan yang diberikan adalah benar dengan klik pada butang [SETUJU] atau [TIDAK SETUJU].Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses.
- Untuk memastikan permohonan anda diproses,sila klik pada menu[SETUJU].Permohonan hanya akan diterima oleh sistem apabila pemohon klik padaSETUJU.Sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
- Sila buat cetakan permohonan ini untuk simpanan anda.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 April 2013. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.Tarikh Penting
|
|||||||||||||
# Tertakluk kepada sebarang perubahan
|
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian di Universiti Sains Malaysia, Sidang Akademik 2013/2014 hendaklah dialamatkan kepada :SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
PEJABAT PENDAFTAR, ARAS 2,
BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800, USM, PULAU PINANG
Tel: 1300 888 876
Pertanyaan :04 6533196
Faks: 04 653 3328
E-mel: admissions@usm.my
0 Comments:
Post a Comment