Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

CONTOH SOALAN SPM SEJARAH DAN SKEMA

CONTOH SOALAN SPM SEJARAH DAN SKEMA JAWAPAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini ada  soalan Sejarah SPM. Kepada pelajar-pelajar SMKLH dan  pelayar blog cikgukaunseling, semoga entry ini bermanfaat.

Tamadun Yunani 
Tamadun Rom
Tamadun India
Tamadun China
1.         a)         Namakan binaan yang dihasilkan oleh tamadun di atas.

 

TAMADUN YUNANI

F1     Acropolis
F2     Parthenon
F3     Pantheon

TAMADUN ROM
F4    Colloseum
F5 Aqueduct

TAMADUN INDIA
F6     Great Bath

TAMADUN CHINA
F7        Tembok Besar China

 (b)      Senaraikan sumbangan tamadun China dalam aspek pendidikan.

F1        Pendidikan untuk lulus peperiksaan awam
F2         peringkat pendidikan/rendah/menengah/tinggi
F3        peringkat rendah mengenal/ menghafal tulisan Ideogram
F4        dan 9 buah buku suci tanpa faham maknanya
F5         peringkat menengah, tumpuan terhadap karangan dan sastera
F6         peringkat tinggi, tumpuan untuk terjemah buku suci
F7        Peperiksaan awam mempunyai 3 tahap
F8        tahap pertama/Hsiu Tai
F9        tahap kedua/Chun Jen
F10      tahap ketiga/Chin shih
F11      tahap pertama setaraf Ijazah pertama
F12      tahap kedua setaraf Sarjana
F13      tahap ketiga setaraf doktor falsafah
F14      peperiksaan tahap pertama di daerah
F15      peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah
F16      peperiksaan tahap ketiga di ibu kota empayar/istana/hadapan Maharaja
F17       lulus tahap pertama menjadi pegawai kerajaan
F18      lulus tahap ketiga menjadi pendidik
F19      tahap pertama diadakan 2 kali dalam masa 3 tahun
F20     tahap kedua dan ketiga diadakan 1 kali dalam masa 3 tahun
F21      sistem peperiksaan awam China dalah yang tertua






( c)       Nyatakan ciri-ciri pendidikan tamadun India
Pendidikan India

F1        Pendidikan bermula pada zaman vedik
F2        agama Hindu sebagai teras
F3        didominasi oleh kaum lelaki
F4        kaum wanita tidak berpeluang terima pendidikan
F5        pembelajaran kitab-kitab Veda
F6        bahasa sanskrit sebagai medium pengajaran
F7        kaedah hafalan
F8        menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
F9        nilai-nilai murni dalam agama
F10      Pendidikan Tinggi
F11      kolej Brahman
F12      Universiti Nalanda
F13      mencapai taraf Brahmin
F14      hafal buku agama
F15     yang mengandungi    ritual/mantera/lagu-lagu agama
F16    pelajari karya saintifik/ falsafah
F17    meningkatkan ilmu sains
F18     mengatasi buta huruf
F19     mendapatkan jawatan

(d)       Berikan cadangan anda bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara kita bagi menjamin kecemerlangan yang berterusan
F1       Kajian semula sistem pendidikan kebangsaan
F2       Semakan kurikulum/kurikulum yang memenuhi pasaran kerja
F3       Memperkasa Sekolah Bestari
F4      Memperbanyak Sekolah Wawasan
F5      Memperkasa sekolah sukan/Sekolah Sukan Bukit Jalil/ Sekolah Sukan Bandar Penawar
F6      Sekolah Amanah
F7       Penekanan aspek mental dan fizikal
F8       Penguasaan ICT/komputer/internet
F9      Pemantapan KSSR
F10     Dasar MBMMBI
F11     Pemantapan program LINUS
F12     Dasar 1Murid 1Sukan 1Malaysia
F13    Sekolah permata
F14    Memperbanyak sekolah Seni
F15     Kelengkapan prasarana ICT
F16     Prasarana dalam bilik darjah yang lengkap/kelas kondusif
F17    Memperbanyak institusi pengajian tinggi
F18    Sistem sekolah satu sesi
F19    Sistem persekolahan percuma
F20    Nisbah murid dalam kelas yang kecil
F21    Skim makanan percuma untuk pelajar
F22    Kupon tuisyen yang menyeluruh untuk para pelajar
F23    Kemudahan untuk menyediakan bahan P&P yang lengkap
F24   Peningkatan profesion perguruan yang berterusan
(Mana-mana jawapan munasabah)

(e)         Pada pendapat anda ,bagaimanakah melahirkan masyarakat yang maju dan saintifik selaras dengan cabaran Wawasan 2020
F1        Literasi ICT/internet/komputer
F2        Latihan pemasangan peralatan ICT di sekolah
F3        Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
F4        Berfikiran progresif/maju ke depan
F5        Berfikir secara kritis dan kreatif/KBKK
F6        Menyerap segala perubahan persekitarannya
F7        Menguasai ilmu sains dan teknologi
F8        Mengekalkan budaya ilmu
F9        Inovatif
F10      Pertukaran teknologi dengan negara-negara luar
F11      Mahir menggunakan gajet-gajet terkini
F12      Futuristik
F13      Memudahkan urusan mempaten hak cipta
F14      Institusi pendidikan berfokus kemahiran
F15      Penyelidikan dan Pembangunan/R&D
F16      Kempen hari inovasi negara
F17      Sokongan daripada syarikat swasta
F18      Bandar pintar/Putrajaya/cyberjaya/KLCC
F19      Pertandingan reka cipta /robotik

(Mana-mana jawapan munasabah)












2.
( a )      Namakan dua suku Arab Madinah yang terlibat dalam perjanjian tersebut.
F1        Aus
F2        Khazraj

b)                                                        Isi Perjanjian Aqabah Pertama
F1        Beriman kepada Allah dan Rasul
F2        Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad saw.
F3        Meninggalkan amalan Jahiliah
                                                           
            Isi Perjanjian Aqabah Kedua
F4        Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
F5        Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad   s.a.w
F6        Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah
F7        Orang Madinah menyediakan tempat tinggal
F8        Jaminan keselamatan untuk baginda dan umat Islam
F9        Kesediaan mempertahankan Islam               
                                                                    Mana-mana 2 x 1 m

( c )      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua ?

F1        Islam tersebar ke Madinah
F2        Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam Makkah berhijrah ke Madinah
F3        Madinah menjadi tapak penyebaran Islam
F4        Keselamatan orang Islam Makkah terjamin semasa berada di Makkah
                                                                                                            Mana-mana 3 x 1 m

( d )     Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Nabi Muhammad S.A.W memeterai Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630 M.

F1        Prihatin
F2        Kesabaran
F3        Kerjasama atau permuafakatan
F4        Toleransi
F5        Bertanggungjawab
F6        Perpaduan
                                                            Mana-mana 3 x 1 m





3a        Maksud Imperialisme

F1        Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya
F2        Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu/ekonomi


b           Ciri Birokrasi Barat
F1        Penubuhan kerajaan pusat/penyatuan wilayah
F2        Gabenor Jeneral/Pesuruhjaya Tinggi ketua pentadbir tanah jajahan
F3        Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Barat/Pusat pentadbiran daerah
F4        Perlaksanaan pentadbiran melalui biro
F5        Penubuhan jabatan kerajaan/jabatan pelajaran/pertanian
F6        Penubuhan Dewan Tempatan
F7        Pengenalan undang-undang Barat
F8        Pegawai Barat sebagai  Ketua biro
F9        Pemerintah tempatan dipaksa menerima penasihat/residen dari Barat

C         Kesan Birokrasi Barat

F1        Melantik Gabenor Jeneral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai pentadbir pusat
F2        Menghapuskan jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat
F3        Raja kehilangan kuasa
F4        Memansuhkan fungsi raja sebagai penaung agama di Burma
F5        Menjalankan pentadbiran melalui biro yang diketuai oleh pegawai Barat
F6        Memperkenalkan undang-undang Barat
F7        Meluluskan undang-undang bagi tanah jajahan di negara mereka
F8        Memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F9        Melaksanakan sistem pungutan cukai
F10      Memaksa raja menerima penasihat Barat
F11      Pembesar kehilangan kuasa/diambil alih oleh residen/penasihat
F12      Kedudukan agama Islam terancam
F13      Pembinaan balai polis
F14      Kemunculan gerakan nasionalisme

d          Pada pendapat anda, mengapakah kuasa Barat memperkenalkan perubahan pentadbiran di tempat yang dijajah ?

F1        Untuk menguasai ekonomi tanah jajahan
F2        Menguasai pentadbiran
F3        Memudahkan perluasan pengaruh
F4        Mengekalkan kuasa politik
F5        Mendapatkan cukai
F6        Menyebarkan agama Kristian
F7        Meluaskan jajahan takluk
F8        Menyebarkan budaya Barat
F9        Menguasai jabatan kerajaan
F10                  Menghapuskan kuasa raja dan pembesar
            (Mana-mana yang munasabah)


e    Bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kedaulatan Malaysia

F1        Setia akan pemimpin /Yang Dipertuan Agong
F2        Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara
F3        Menjayakan setiap kempen penyatuan/integrasi kaum
F4        Bersatu-padu
F5        Patuh akan undang-undang/peraturan
F6        Menghormati lambang/simbol negara
F7        Patuh akan perlembagaan negara
                         (mana-mana munasabah)

4a        Namakan  tokoh  yang terlibat dalam suruhanjaya tersebut
F1        Lord Reid
F2        Sir Ivor Jenning
F3        Sir William Mc Kell
F4        Tuan B. Malik
F5        Tuan Abdul Hamid

b          Peranan Suruhanjaya Reid

F1        Bincang perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F2        Susun perlembagaan PTM 1957
F3        Rangka perlembagan PTM 1957
F4        Mengkaji isu-isu
F5        Menerima memorendum daripada pelbagai pihak
F6        Menerbitkan cadangan perlembagaan
F7        Menghantar cadangan kepada Parlimen British
F8        Menghantar cadangan ke Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan untuk disahkan

c          Nyatakan dua isu yang menjadi panduan suruhanjaya ini dalam menjalankan tugasnya.                                                                                                                     
F1         Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
F2         Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
F3        Kedudukan raja-raja Melayu
F4        Hak istimewa orang Melayu
F5        Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu


d          Mengambil kira kepentingan semua rakyat
F1        Raja-raja Melayu menerima kerakyatan jus soli
F2        Orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan
F3        Dasar melindungi orang Melayu dan bumiputera dalam pendidikan dan sebagainya
F4        Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
F5        Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
                        ( mana-mana jawapan yang munasabah)

e          Cabaran anggota Suruhanjaya Reid
F1        Orang Melayu menolak kerakyatan Jus Soli
F2        Kedudukan Agama Islam
F3        Kedudukan Bahasa Melayu
F4        Persetjuan pertubuhan politik
F5        Perpaduan kaum di Tanah Melayu
( mana-mana jawapan yang munasabah)


5.         Tamadun Hwang Ho menjadi salah sebuah tamadun awal dunia kerana corak pemerintahannya yang bersistematik.

   (a)     Jelaskan sistem pemerintahan tamadun Hwang Ho.                              
   [6 markah]                                                                                                      
F1        Sistem pemerintahan beraja /monarki
F2        Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang muda/anak lelaki raja
F3        Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama
F4        Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
F5        Kuasa raja merupakan mandat dari tuhan
F6        Raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik
F7        Raja Shang keturunan pemerintah agama.
F8        Masyarakat percaya jika raja adil kerajaan dan rakyat hidup makmur dan sejahtera / direstui tuhan
F9        Pemerintah shang kehilangan mandat kerana mereka berlaku zalim
F10      Bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja
F11      Membantu raja memerintah bagi wilayah luar pusat pentadbiran
F12      Bertanggungjawab mentadbir wilayah
F13      Mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
F14      Memungut cukai,pertahanan dan undang-undang


Pentadbiran wilayah
F15      Raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
F16      Melantik pembesar tempatan/pembesar feudal mengendalikan disetiap wilayah
F17      Raja Chou dibantu oleh ketua menteri
F18      Dibantu oleh enam badan yang mengurus soal pertanian / tentera / upacara agama /kerja awam / hal ehwal monarki/undang-undang
F19      Mengikat pembesar temapatan melalui ikrar taat setia
F20      Pembesar dikehendaki memberi hadiah kepada Raja-raja Chou
F21      Hadiah seperti kereta kuda/senjata gangsa/hamba/ binatang/Melindungi raja/
Memberi bantuan tentera semasa perang
F22      Diberi hak bertindak sebagai ketua agama dalam upacara pengorbanan
F23      Mengamalkan sistem pemerintahan bercorak dinasti
F24      Bermula dengan Dinasti Hsia ,Dinasti Shang dan Dinasti Chou

(b)  Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang ekonomi dan sosial.                                                                                                                                                                                [10 markah]
EKONOMI
F1        Pembangunan pertanian
H1a     Pembinaan sistem pengairan
H1b     Pembinaan terusan
H1c     Mengairi kawasan pertanian
H1d     Mengelakkan berlakunya banjir

F2        Teknologi pertanian
H2a     Teknologi pembajakan/penciptaan cangkul/Sabit
H3b     Menggunakan batas untuk penanaman
H3c     Penggunaan alat pertanian  diperbuat daripada besi

SOSIAL
F3        Sistem tulisan
H3a     Masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
H3b     Penggunaan secara meluas
H3c     Dalam bidang penulisan dan percetakan
H3d     Diajar di sekolah-sekolah di China
H3e     Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

F4        Sistem kepercayaan
H4a     Pemujaan roh nenek moyang
H4b     Unsur pemujaan dari Dinasti Shang diteruskan mengikut kesesuaian masa
H4c     Unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan / duit kertas / barang perhiasan
H4d     Konsep Yin / kuasa pasif dan Yang / kuasa aktif masih terdapat sehingga sekarang
H4e     Percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi
H4f      Konsep Feng Hsui / hubungan antara manusia dengan alam sekitar berlandaskan falsafah Taoisme

F5        Sistem Kalendar
H5a     Terdapat 30 hari dalam sebulan
H5b     360 hari dalam setahun
H5c     Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
H5d     Menggunakan kalendar untuk aktiviti harian / upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian
F6        Falsafah Perang Sun Tzu
H6a     Karyanya the Art of War
H6b     Membicarakan selok belok perang
H6c     Bagaimana menangani musuh
H6d     Diaplikasikan pula sebagai tektik dalam urusan perniagaan pada hari ini
                                                        
C         Berdasarkan   kemajuan pertanian tamadun Hwang Ho, bagaimanakah anda dapat meningkatkan pencapaian pertanian di negara ini.
F1        Membina sistem pengairan yang baik di kawasan pertanian
F2        Memajukan tanah-tanah  terbiar untuk tujuan pertanian
F3        Menggunakan bijih benih yang berkualiti
F4        Menggunakan teknologi /peralatan pertanian yang moden
F5        Penggunaan baja yang bersesuaian
F6        Mendapatkan pasaran pertanian secara meluas
F7        Mendapatkan bantuan modal daripada kerajaan
F8        Menggunakan teknik penanaman yang betul
F9        Mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi/pakar pertanian
F10      Menjadikan produk pertanian barangan komersial
F11      Pertanian adalah perniagaan
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 4 x 1 m


6.         (a)       Nyatakan enam sebab Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang penting menjelang abad ke-15.                           
    [6 markah]


F1        Kedudukan Melaka yang sangat strategik
F2        Kehadiran ramai pedagang asing
F3        Melaka menjadi pusat perdagangan rempah
F4        Pentadbiran yang licin dan teratur
F5        Mewujudkan jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
F6        Mewujudkan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan
F7        Syahbandar bertanggungjawab terhadap hal ehwal perdagangan
F8        Undang-Undang Laut Melaka digubal dan menjadi Landasan untuk dipatuhi.
F9        Sistem sukatan dan timbangan telah diperkenalkan.
F10      Perdagangan dilakukan melalui kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli






(b)       Penggunaan mata wang sebagai perantaraan nilai barangan secara langsung memudahkan perdagangan dan urusan jual beli.
           
Terangkan penggunaan mata wang di negeri-negeri Melayu  sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.                                                                                                   [8 markah]

F1        Mata wang timah digunakan di Melaka
H1a    berbentuk bulat
H1b    beratnya satu kati lapan tahil
H1c    nama sultan dan tarikh Islam tertera pada mata wang

F2        Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay boleh digunakan di Melaka
F3        Mata wang timah digunakan di Johor
H3a     dikenali sebagai wang katun
H3b     berbentuk bulat atau segi enam
H3c     tidak mempunyai tarikh tetapi mempunyai tulisan Arab
F4        Negeri Kedah menggunakan mata wang timah
H4a     berbentuk ayam jantan hinggap di atas cincin
H4b     boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan

F5        mata wang emas juga digunakan di Kedah , Johor dan Kelantan
H5a     Wang emas Johor digunakan sejak zaman Sultan Alauddin Riayat Shah – 1527
H5b     wang emas Johor dikenali sebagai kupang

(c)        Nyatakan sistem percukaian yang diamalkan di Melaka.
                                                                                                               [6 markah]

F1        Pedagang dikenakan cukai terhadap barangan dagangan sebelum urusan perdagangan dilakukan
F2        Cukai tetap/import ditetapkan oleh pemerintah
F3        Pedagang dari India, Ceylon, Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai enam peratus daripada nilai barangan
F4        Pedagang dari Jepun dan China dikenakan cukai sebanyak lima peratus.
F5        Beras dan makanan tidak dikenakan cukai
F6        Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai
F7        Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus
F8        Orang asing lain dikenakan cukai enam peratus
F9        Amalan riba tidak dibenarkan
F10      Golongan ceti yang memberi pinjaman wang dibenarkan menjalankan aktiviti mereka
F11      Golongan kaya disaran membayar zakat harta


7.         a)      Nyatakan  aspek  penting dalam undang-undang tanah berkonsepkan barat yang diperkenalkan oleh British  di Tanah Melayu.    
F1        Tanah mesti direkodkan secara bertulis.
F2        Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersialnya.
F3        Menetapkan individu atau syarikat yang ingin mengusahakan tanah membuat permohonan di pejabat tanah.
F4        Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada pejabat tanah untuk mengutip sumber hutan.
F5        Residen negeri berkuasa menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada pemodal.
F6        Semua urusan seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.


b)         Terangkan  dasar tanah British yang digunakan untuk melindungi kepentingan penduduk peribumi.
F1        Melalui Akta Tanah Simpanan Melayu (ATSM),
H1a     Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah orang  Melayu sebagai tanah simpanan Melayu.
H2a     ATSM bertujuan menyelamatkan tanah tersebut daripada di jual, dipajak ,di gadai atau ditukar milik.
F2        Land Order diperkenalkan di Sarawak
H2a     untuk melindungi hak milik tanah peribumi/pemilik komuniti daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk pertanian.
F3        Land Settlement Order
H3a     Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dibuat melalui pewarisan
H3b     memberi perlindungan kepada tanah  peribumi daripada dipajak, dipecahkan dan dijual kepada orang  luar.


F4        Land Order 1948
H4a     Tanah di Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian,
H4b     iaitu  tanah campuran,  tanah simpanan dan tanah pedalaman     
H4c     Golongan imigran hanya mempunyai hak terhadap tanah campuran

F5        Proklamasi III di Sarawak
H5a     Perlindungan Hak Peribumi menetapkan kepentingan hak milik tanah peribumi adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah (PD)
H5b     Segala urusniaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi
H5c     Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah  yang dijual kepada orang asing.

c)         Apakah sebab tanah begitu berharga bagi masyarakat Melayu
F1        Tanah sumber ekonomi
F2        Tunggak kuasa politik
F3        Mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu
F4        Tanah boleh diwarisi oleh generasi yang terkemudian


8(a)                        Jelaskan pelaksanaan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu

F1        Mengekalkan amalan sistem monarki
F2        Memberikan kedudukan istimewa kepada agama Islam sebagi agama negeri
F3        Pemerintahan beraja berperlembagaan
F4        Pemerintah mesti beragama Islam
F5        Berbangsa Melayu
F6        Lelaki
F7        Merupakan waris sultan memerintah Terengganu
F8        Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
F9        Dibantu oleh Jemaah Menteri
F10      Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam
F11      Berbangsa Melayu
F12      Rakyat Terengganu
F13      Mengaku taat setia kepada Sultan/ kerajaan
F14      Menteri Besar dilantik oleh Sultan
F15      Menteri Besar mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan
F16      Jemaah Menteri  memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenan oleh Sultan
F17      Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sulta/Jemaah Menteri
F18      Menggubal undang-undang/peraturan negeri
F19      Menjaga kebajikan rakyat
F20      Menjaga keamanan negeri
F21      Menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain
F22      Waris Sultan/Menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri
F23      Ditegah menyerahkan negeri kepada kuasa lain

b          Mengapakah sistem pemerintahan di Negeri Sembilan dikaitkan dengan ciri demokrasi dan konsep Persekutuan
                                                                       [ 7 markah ]
Bersifat demokrasi

F1        Sistem pemerintahan berdasarkan Adat Pepatih
F2        Kedaulatan berada di tangan rakyat
F3        Perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah
F4        Yang Dipertuan Besar tidak berhak melantik pembesar
F5        Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan dengan Undang
F6        Yang Dipertuan Besar dilpilih oleh Undang
F7        Undang dilantil oleh Lembaga
F8        Lembaga dilantik oleh Buapak
F9        Buapak pula dilantik oleh Anak Buah
F10      Tidak mengamalkan kuasa mutlak
F11      Mengagihkan kuasa kepada individu mengikut peringkat

                               Bersifat Persekutuan

F12      Digabungkan dari sembilan buah negeri
F13      Telah mempunyai raja sendiri/ Raja Malewar
F14      Raja bergelar Yamtuan Besar bersemayam di Seri Menanti
F15      Melahirkan peraturan hidup seperti kepentingan bersama
F16      Semangat bergotong royong
F17      Semangat permuafakatan
F18      Sikap saling menghormati anatara satu sama lain
F19      Semangat Kerjasama anatara suku semasa memilih pemimpin



c          Anda seorang Pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah, cadangkan aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan negara kita
                                                                                                                        [ 5 markah]
F1        Menyemai semangat patriotik dalamkalangan pelajar
F2        Menghormati  lambang-lambang kebesaran
F3        Menghayati rukun negara
F4        Menganjurkan pertndingan bahas/pidato/syarahan berkaiatan Yang Dipertuan Agong/Raja
F5        Lawatan ke Muzium di raja
F6        Mencari maklumat di internet berkaiatan dengan perlembagaan/pemimpin
F7        Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
F8        Menggantung gamabar Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu
F9        Meraikan hari keputraan Sultan /Agong
F10      Kembara Tengku Mahkota dibukukan
                               (Mana-mana jawapan yang munasabah)

9 (a)      Terangkan cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia  1963    
                                        
F1        Cadangan oleh Lord Brassey , Pengarah Syarikat Borneo Utara
H1a     Mencadangkan agar kerajaan British mengabungkan Serawak dan Sabah dengan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
F2       Cadangan dari Sir Malcom Mc Donald Gabenor Jeneral Asia Tenggara
H2a     Mencadangkan supaya Serawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah   
           Melayu digabungkan
F3      Cadangan daripada pemimpin Singapura
H3a    Lee Yew Hock / David Marshall pada tahun 1955
H3b    Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman     
             mengabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
H3c       Idea ini ditolak oleh TAR kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk
F4         Cadangan Dato Onn bin Jaafar
H4a      Mencadangkan agar persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia
H4b      Alasannya pada suatu masa nanti British akan menggabungka Sarawak ,Sabah dan   
             Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
F5        Cadangan oleh Tunku Abdul Rahman                                                                      
H5a      Menyetujui dan mencadangkan pembentukan Malaysia di Majlis makan tengah hari di
             Hotel Adelphi Singapura
H5b       Pembentukan Malaysia diharap dapat menjamin satu kedudukan politik yang kukuh /  
             disegani
H5c       Kerjasama ekonomi dan sosial dapat diwujudkan
H5d       Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan

(b)     Jelaskan tanggungjawab anggota Suruhanjaya Cobbold   berhubung dengan pembentukan negara Malaysia. 
                                                                                  
F1         Terdiri daripada tiga orang pegawai British / Lord Cobbold, Sir Anthony Abell,
             David Watherstone
F2        Wakil tempatan terdiri daripada Dato’ Wong Pau Nee,Tan Sri Ghazali Shafie
F3        Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.
F4        Membuat penilaian terhadap pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
F5        Mengemukakan cadangan rakyat Sabah dan Sarawak kepada kerajaan British
F6        Menerima memorendem yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan
F7        Mengemukakan laporan memorendem kepada kerajaan British
F8        Melaporkan bahawa satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
            gagasan Malaysia tanpa syarat
F9        Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menyokong dengan syarat kepentingan
            mereka harus dilindungi
F10      Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menginginkan kemerdekaan sebelum
            menyertai Malaysia
F11     Mencadangkan perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan PersekutuanTM
F12       Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imegrisennya
F13       Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaaan
F14       Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan Sarawak
F15       Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
F16       Penentuan tarikah penubuhan Malaysia

(c)        Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara Malaysia berjaya dibentuk walaupun pada mulanya mendapat tentangan yang kuat dari dalam dan   luar negara?
                                                                                                     

F1           Usaha gigih yang dijalankan oleh kerajaan persekutuanTanah Melayu secara
             berterusan
F2         Usaha Perti Perikatan Tanah Melayu membentuk parti-parti yang menyokang
             pembentukan Malaysia
F3         Penduduk Sabah dan Sarawak lebih suka menyertai persekutuan Tanah Melayu
             daripada menanggotai Indonesia mahupun Filiphina
F4         Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu,Sabah dan
             Sarawak serta Singapura
F5         Berjaya menangkis tentangan daripada Indonesia dan Filiphina
F6         Berjaya menangkis tekanan daripada pihak komunis
F7         Wujudnya diplomasi politik yang tinggi antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
             dengan kerajaan British
F8         Melibatkan kerjasama serantau/ASA/ MAPHILINDO
F9         Melibatkan kerjasamaa antarabangsa/Pertubuhan Komanwel
F10       Kebijaksanaan pemimpin yang berjaya mengelakkan pertumpahan darah
F11       Hasil rundingan pakatan murni dan tolak antara kaum/penduduk
F12       Kerjasama yang diberikan oleh rakyat negara anggota untuk memastikan
             kedaulatan negeri terjamin
F13       Perjanjian Malaysia mengambil kira kepentingan semua negeri anggota
                               (  Mana-mana jawapan yang munasabah)
 
10(a)    Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh  kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu  sebagai Bahasa Kebangsaan                                                                                                                    

  F1      Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)
  F2      Melancarkan Minggu
  F3      Bulan Bahasa
  F4      Slogan “Bahasa jiwa Bangsa”
  F5      Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
  F6      Sekolah Alam Shah, Sekolah Seri Puteri ,Sekolah Sultan Abdul Halim, Kedah
  F7      Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan
  F8      Bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukarkan kepada bahasa  
             kebangsaan
  F9      Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
  F10    Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa
             Inggeris
  F11    Bahasa Melayu digunakan di mahkamah
  F12    Termaktub dalam Perkara 152 perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
  F13    Akta Bahasa Kebangsaan



b   Jelaskan bagaimana sukan menjadi alat perpaduan di Malaysia.
                                                                                                  [ 6 markah )
F1        penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi      
F2        dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
F3        aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
F4        aktivit sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat
F5        peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
F6        Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan                                                                             
F7        Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) diadakan dua tahun sekali   
F8        SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri                                                                                                                                        
                                    ( Mana-mana jawapan yang munasabah)

(c)        Mengikut pendapat anda, apakah kepentingan Dasar Kebudayaan  Kebangsaan 
                                                                                                   [6 markah)

F1        Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia   
F2        Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan               
F3        Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan         
F4        Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
F5        Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
F6        Mempertingkat  kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi
F7        kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
F8        unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
F9        Islam sebagai unsur yang terpenting
                        ( Mana-mana jawapan yang munasabah)

11        Huraikan faktor-faktor yang menentukan penggubalan
dasar luar Malaysia berdasarkan aspek berikut

Faktor Sejarah

F1        Menjalin hubungan dengan negara luar sejak Kesultanan Melayu Melaka
F2        Hubungan luar berbentuk hubungan perdagangan
seperti China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu
F3        TerjIlan hubungan dengan negeri-negeri Melayu serumpun
F4        Malaysia menyertai negara-negara Komnwel
F5        Meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain, Australia dan New Zealand
F6        Malaysia diancam komunis / Parti Komunis Malaya
F7        Ancaman menggugat keselamatan negara
F8        Dorong Malaysia amal dasar pro Barat dan anti komunis
F9        Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan
Mana-mana 3 x 1 m
Faktor Politik

F1        Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
F2        Malaysia berhak tentukan hala tuju dan masa depan sendiri
F3        Malaysia tekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.
F4        Malaysia sokong Palestin mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat
F5        Malaysia berpegang teguh kepada prinsip dan piagam PBB
            yang menekankan usaha memelihara keamanan dunia
F6        Menyokong segala resolusi PBB dalam mencapai dan kekalkan keamanan dunia
Mana-mana 3 x 1
Faktor Demografi                                                           

F1        Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam
sejajar dengan penduduknya yang beragama Islam
F2        Islam tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel kerana menindas penduduk Palestin
F3        Rakyat Malaysia terdiri pelbagai kaum dan agama
F4        Memberi kebebasan rakyat mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing
F5        Mengamalkan konsep perpaduan
F6        Komited terhadap hak asasi manusia
F7        Menentang dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan
TF8      idak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara tersebut
Mana-mana 3 x 1

(b)        Pada pandangan anda, mengapakah  negara  kita perlu terus menjalin    
hubungan baik  dengan  negara luar?
                              
F1        Mengekalkan kestabilan politik / negara /serantau/dunia
F2        Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi
F3        Meningkatkan kemajuan sains / teknologi
F4        Memastikan kemajuan negara berterusan
F5        Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing
F6        Memajukan bidang perindustrian/perladangan negara
F7        Meluaskan pasaran eksport keluaran negara
F8        Mendapat pertukaran teknologi
F9        Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat
F10      Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara negara-negara
F11      Mengekalkan persefahaman
F12      Meneruskan hubungan diplomatik
F13      Membina semangat setiakawan
F14      Membuka peluang pekerjaan
F15      Membantu meningkatkan prasarana
F16      Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan
                     ( Mana-mana jawapan yang munasabah)

(c)        Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan hubungan sesebuah negara dengan negara lain

F1        Anggota perlu bersatu dalam menjaga kepentingan bersama
F2        Bantu membatnu bila diserang musuh
F3        Sering mengadakan mesyuarat
F4        Kerjasama dalam ekonomi
F5        Kerjasama pertahanan
F6        Kerjasama ekonomi
F7        Kerjasama politik
F8        Pertukaran budaya
F9        Hormati kedaulatan negara lain
F10      Bertindak satu suara

         ( Mana-mana jawapan yang munasabah)
Untuk copy paste sila ke blog http://prodtas.blogspot.com/2013/07/sejarah-spm-2013-contoh-soalan-spm.html

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .