Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Isu Shisha Keburukan dan Hukumnya Bagi Umat Islam

Isu Shisha Keburukan dan Hukumnya Bagi Umat Islam

Gambar Hiasan Contoh Shisa

Gambarajah menunjukkan mekanisme shisha.

  • Menggunakan shisha selama 30-60 minit adalah bersamaan dengan merokok satu pek rokok!
  • Shisha adalah sekurang-kurangnya sama bahaya dengan merokok.

Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan shisha haram bagi umat Islam.  Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang Rabu 24 Julai 2013 lalu, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisapnya atau apa-apa aktiviti berkaitannya. Di sini turut dimuatnaik berkaitan Apa Itu Shisa dan lain-lain berkaitan Shisha. Sekian, wassalam.

Muzakarah fatwa haramkan shisha

 

 Kuala Lumpur: Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan shisha haram bagi umat Islam.

Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang Rabu lalu, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisapnya atau apa-apa aktiviti berkaitannya.

Ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dalam kenyataannya semalam.


“Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar dihadapi akibat shisha, muzakarah bersetuju memutuskan shisha adalah haram,” katanya.

Kemudaratan shisha

Abdul Shukor menjelaskan penggunaan shisha akan memberi kesan dan kemudaratan besar dari segi kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.

Muzakarah khas itu, katanya, mendapati semua dapatan saintifik menerusi pelbagai kajian komprehensif yang dilakukan di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa membuktikan shisha memberi kesan amat berbahaya dan penularannya amat membimbangkan, khususnya dalam kalangan remaja dan wanita.
“Dalam hal ini, muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam tidak terbabit dengan apa-apa aktiviti berkaitan shisha kerana pengharamannya adalah berdasarkan nas syarak daripada al-Quran dan hadis serta kaedah fiqhiyyah,” katanya.

Katanya, ia memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam maqasid syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dipelihara seperti tuntutan syarak.

“Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai perkara buruk atau keji yang perlu dihindari semua umat Islam,” katanya. - BERNAMA

Apa Itu Shisha

APA ITU SHISHA? 

Shisha merujuk pada rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok dengan menggunakan hookah, juga dikenali 'gelembung Hubble' dan 'narghile'. Shisha adalah panggilaan dalam bahasa arab

Juga dikenali sebagai hookah, narghile, dan goza, shisha adalah paip air dengan kebuk asap, mangkuk, paip dan hos. Tembakau yang dibuat khas dipanaskan, dan asap melalui air dan kemudian disedut melalui hos getah oleh pengguna. Merokok shisha telah wujud di Timur Tengah selama lebih 400 tahun, namun ia melonjak dalam populariti di kalangan remaja dan dewasa muda di kebelakangan ini.

Kalau di India panggil Hookah. Maksud dia “waterpipe”. Maksudnya dalam Bahasa Melayu paip air la kan? Prosesnya senang. Tembakau ditempatkan dalam mangkuk, yang di bahagian atas struktur paip.
 
 
 
Sebuah aluminium foil merangkumi mangkuk dan potongan-potongan arang kecil kemudian ditempatkan pada foil, yang menusuk menggunakan pin dengan lembut panas tembakau. kemudiannya disedut melalui satu pipe. So udara dari atas akan melalui arang panas tadi kemudian melalui tembakau dan terus masuk ke air yang kemudiannya asapnya terus dialirkan ke paip yang disedut menggunakan pipe tadi. Perisa terdiri daripada vanilla, rose dan choclate pun ada.

APAKAH SHISHA BERBAHAYA?

Ramai orang mungkin berpendapat bahawa merokok Shisha tidak berbahaya, namun para ahli perubatan mengatakan sebaliknya.
 
 Pengguna-pengguna shisha pada kebiasaannya berpendapat bahawa shisha adalah selamat dan berbeza sekali dengan merokok. Sistem penapisan air di dalam alat shisha dipercayai sangat berkesan dan penambahan bahan-bahan 'perisa' seperti buah-buahan dan bunga-bungaan menjadikan shisha seakan-akan sihat. 
 
 Tetapi apa yang terbukti adalah asap shisha seringkali mengandungi banyak bahan kimia yang sama berbahaya dengan rokok dan kadang-kadang dalam kepekatan yang lebih tinggi.
 
Penghisap yang menghisap merokok shisha atau tembakau herba akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. 
 
Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap merokok shisha memiliki kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam badan berbanding semasa menghisap merokok tembakau. Tingginya kadar kabon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar.
 
 Salah satu perkara yang penting tentang penggunaan shisha adalah bahawa pengguna terdedah kepada bahan-bahan kimia berbahaya secara tertumpu dan lama. Beberapa kajian telah mendapati bahawa satu sesi shisha dengan purata masa 30-60 minit adalah lebih kurang bersamaan mudaratnya dengan merokok satu pek rokok! 


Satu lagi risiko penggunaan shisha adalah keracunan karbon monoksida. Tahap karbon monoksida di dalam badan akan meninggi bila shisha digunakan dan ini berkesan menghalang oksigen daripada dibekalkan ke sel-sel badan.

 Kalau serius, keadaan ini dikenali sebagai "hipoksia" yang bermakna bekalan oksigen yang tidak mencukupi. Apabila seseorang itu "hipoksia" disebabkan tahap karbon monoksida di dalam badan mereka yang terlalu tinggi, mereka akan mendapat sakit kepala, rasa pening, dan mungkin susah bernafas. 


Karbon monoksida boleh juga menjejaskan kemahiran motor seseorang yang boleh membahayakan ketika memandu. Ini telah ditunjukkan dalam kajian terkawal, di mana individu yang merokok shisha memandy secara lebih teruk di dalam simulator memandu daripada orang-orang yang tidak menggunakan shisha.
Penyelidikan terhadap bahaya shisha juga menunjukkan bahawa asap shisha mengandungi nikotin yang merupakan salah satu bahan utama ketagihan di dalam rokok. Ini bermaksud bahawa shisha berpotensi menjadikan pengguna ketagih seperti rokok.

Sebarang produk tembakau dalam bentuk apapun mengandungi nikotin dan nikotin yang adiktif. produk tembakau berbahaya kerana mengandungi bahan kimia yang beracun dan karsinogenik.

Orang mempercayai, asap akan ditapis oleh air. Namun ramai yang tidak tahu, nikotin tidak larut dalam air. Air hanya digunakkan sebagai gimik sahaja. satu sesi merokok Shisha menghasilkan asupan nikotin setara dengan lebih dari satu pak rokok. Ketika menghisap shisha, penghisap perlulah menghisap melalui satu pipe dan kemungkinan risiko dijangkiti penyakit TB atau hepatitis sangat tinggi kerana mengguna pipe yang sama.

 Penyelidik menyatakan bahawa pengguna shisha terdedah kepada karbon monoksida, logam berat, nikotin, dan pelbagai bahan kimia penyebab kanser. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan shisha boleh menjejaskan fungsi jantung, dan meninggikan risiko kanser esofagus, mulut, paru-paru, perut, dan menjejas kesuburan.

Kaji Semula
  • Menggunakan shisha selama 30-60 minit adalah bersamaan dengan merokok satu pek rokok!
  • Shisha adalah sekurang-kurangnya sama bahaya dengan merokok.

 

  HISAP SHISHA DARI PANDANGAN ISLAM?

Soalan ni pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.

Soalan: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?

Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti.



 Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .