PROGRAM PENGAJIAN DI ADTEC JTM
Apa itu ADTEC?
ADTEC (Advanced Technology Training Center), (KLIK DI SINI) atau Pusat Latihan Teknologi Tinggi adalah salah satu institut kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia di Kementerian Sumber Manusia.
Institut lain yang bernaung di bawah jabatan yang sama adalah Institut Latihan Perindustrian (ILP)(KLIK DI SINI) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). Tujuan penubuhan ADTEC adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang optimum demi keperluan sektor perindustrian negara.
Pengenalan
Institusi Latihan Jabatan
Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan
program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor
perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah
Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (4) buah Pusat Latihan
Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia
(JMTI). ILP menawarkan program peringkat sijil & sijil lanjutan,
sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan
Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga
manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
KURSUS PENGAJIAN DI ADTEC JTM
(I) Peringkat Diploma
- Diploma Teknologi Kimpalan
- Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan)
- Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
- Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
- Diploma Teknologi Automotif
- Diploma Teknologi Mekatronik
- Diploma Teknologi Elektrik Kuasa
- Diploma Teknologi Elektronik
- Diploma Teknologi Telekomunikasi
- Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
- Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian)
- Diploma Teknologi Komputer (Sistem)
- Diploma Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)
- Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang
- Diploma Lanjutan Teknologi Kimpalan
- Diploma Lanjutan Teknologi Pembuatan (Perkakasan)
- Diploma Lanjutan Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
- Diploma Lanjutan Teknologi Jaminan Kualiti
- Diploma Lanjutan Teknologi Mekatronik
- Diploma Lanjutan Teknologi Komputer (Sistem)
- Diploma Lanjutan Teknologi Komputer (Rangkaian)
- Diploma Lanjutan Teknologi Automotif
Apakah kursus yang ditawarkan di ADTEC Shah Alam?
Terdapat sepuluh kursus sepenuh masa yang ditawarkan iaitu :
a) Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
b) Diploma Teknologi Kimpalan
c) Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
d) Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
e) Diploma Teknologi Elektronik
f) Diploma Teknologi Elektrik Kuasa
g) Diploma Teknologi Komputer (Sistem)
h) Diploma Teknologi Mekatronik
i) Diploma Teknologi Pengeluaran Automotif
j) Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang.
Apakah kursus-kursus yang ditawarkan di ADTEC Kemaman?
Kursus yang ditawarkan oleh ADTEC kemaman ialah Diploma Teknologi dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang :
- Teknologi Binaan Sivil & Struktur
- Teknologi Penyelengaraan Bangunan & Fasiliti
- Teknologi Elektrik Kuasa
- Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
- Teknologi Instrumentasi
- Teknologi Automotif
- Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
- Teknologi Kimpalan
PENGAMBILAN PELAJAR
Pengambilan ke ILJTM
dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai
setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.
Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (upu.mohe.gov.my)
bagi sesi kemasukan Januari atau Julai. Bagi permohonan melalui Laman
Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan
Nasional (BSN) dengan harga RM10.60 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.
Klik di sini bagi Panduan Kemasukan Diploma & DiplomaLanjutan & Panduan Kemasukan Sijil
- Teknologi Binaan Sivil & Struktur
- Teknologi Penyelengaraan Bangunan & Fasiliti
- Teknologi Elektrik Kuasa
- Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
- Teknologi Instrumentasi
- Teknologi Automotif
- Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
- Teknologi Kimpalan
FASILITI
JTM menyediakan pelbagai
kemudahan di setiap Institusi latihannya; seperti kemudahan asrama,
makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan &
riadah, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.
BAYARAN
Yuran Pengajian:
- Diploma & Diploma Lanjutan: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pegawai di bahagian berikut:
Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Jabatan Tenaga Manusia (JTM),
Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482
E-mel: jtm@mohr.gov.my
0 Comments:
Post a Comment