Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
PRO-ELT Letak guru pada tahap terbaik
PRO-ELT Letak guru pada tahap terbaik
Nilai: "Kementerian mahu guru berada pada tahap lebih baik dari segi kemahiran bahasa Inggeris supaya dapat memberikan pendidikan sempurna kepada pelajar," kata Dr Ranjit Singh Gill, Pengarah Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC).
Pusat berkenaan adalah institusi di bawah pengurusan Bahagian Pendidikan Guru berfungsi sebagai institusi latihan dalam meningkatkan kompetensi pengajaran guru bahasa berkenaan.
Di bawah pusat berkenaan, program `Professional Up-Skilling of English Language Teachers (PRO-ELT)' mula dilaksanakan tahun lalu bagi menambah baik penggunaan bahasa Inggeris.
Dr Ranjit berkata, seramai 5,010 guru Bahasa Inggeris sekolah rendah dan menengah diserap dalam program ini sejak September lalu dan tamat Oktober depan.
Beliau berkata, keistimewaan projek di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) adalah dari segi modul latihan yang digunakan di mana kemahiran guru dipertingkatkan dalam konteks pedagogi.
"Tahun lalu 64 pengajar daripada British Council terbabit dalam program ini dan tahun ini sekurang-kurangnya 110 pembimbing dilantik bagi membolehkan 9,000 lagi guru yang terplih mengikuti PRO-ELT dilatih mulai September tahun ini," katanya.
Katanya, kerajaan mempunyai misi bagi membolehkan guru yang mengikuti kursus ini mencapai tahap tertentu berdasarkan ketetapan sistem penilaian yang ada.
"A1 adalah yang terendah diikuti A2, B1,B2, C1 dan C2 adalah tahap tertinggi menetapkan tahap kebolehan guru. Sistem penilaian ini adalah berdasarkan CEFR (Common European Framework of Reference).
"Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya guru sekolah rendah berada pada tahap B2 dan C1 bagi sekolah menengah dalam tempoh interim," katanya.
Walau bagaimanapun, sasaran akhir adalah untuk semua guru bahasa Inggeris mencapai tahap C1.
Beliau berkata, apa yang menjanjikan keberkesanan program selama 44 minggu yang merangkumi empat jam setiap sesi pada hari bekerja dan enam jam pada hari cuti ini menggunakan suasana pembelajaran sebenar. Selain itu, mereka didedahkan dengan kelas menerusi laman web apabila interaksi antara guru dan pengajar atau e-moderator masing-masing berterusan.
Ia juga memastikan proses pembelajaran iaitu membaca, bertutur, mendengar dan menulis dipraktikkan dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa dan juga aspek pedagogi.
"Kita hanya akan dapat mengetahui hasil kohort pertama mulai Ogos ini dan apa-apa keputusan susulan akan ditentukan kelak.
"Semua guru yang menjalani kursus di 256 pusat latihan ini dijangka melepasi piawaian berdasarkan prestasi mereka yang sedia ada baik sebelum diserap dalam PRO-ELT," katanya.
Sumber; Harian Metro, Sabtu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27
Related Posts:
Tahniah JUPEM Juara Keseluruhan Pertandingan Hari Inovasi 1NRE 2015 Tahniah JUPEM Juara Keseluruhan Pertandingan Hari Inovasi 1NRE 2015 SELANGOR, 17 November 2015 - JUPEM telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam Pertandingan Hari Inovasi 1NRE 2015 dengan jumlah hadiah kem… Read More
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Diwujudkan Elak KeciciranSekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Diwujudkan Elak Keciciran KUCHING, 17 Sept (Bernama) -- Kerajaan akan mewujudkan lebih banyak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di seluruh negara jika modul sekolah pertama y… Read More
Tahniah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dapat Pengerusi dan Ahli-ahli BaruTahniah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dapat Pengerusi dan Ahli-ahli Baru Dr. Halil dilantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengumumkan pelantikan pengerusi, … Read More
MBOT memperkasakan pendidikan teknikal MBOT memperkasakan pendidikan teknikal Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri NEGARA akan memartabat pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) dengan beberapa transformasi seperti menaik taraf Sekolah … Read More
Info Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Info Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: * Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejaga… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment