JEREBU KEMBALI LANDA PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA
KUALA LUMPUR 22 Julai - Beberapa kawasan di negeri pantai barat
Semenanjung seperti di sekitar kawasan pantai di Melaka, Negeri
Sembilan dan Selangor kembali mengalami keadaan berjerebu.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini memberitahu,
Malaysia yang masih mengalami Monsun Barat Daya serta peningkatan
bilangan titik panas dan keadaan cuaca agak kering pada tempoh dua hari
yang lepas telah mengakibatkan berlaku jerebu.
Walaubagaimanapun jelas kenyataan tersebut, keadaan itu dijangka
berlaku untuk tempoh yang singkat sahaja memandangkan corak tiupan
angin dijangka berubah dalam tempoh dua atau tiga hari akan datang.
Angin Barat Laut dengan kelajuan sederhana akan bertiup di sebelah
utara Semenanjung dan angin lemah pelbagai hala akan bertiup di
bahagian tengah dan selatan Semenanjung.
Keadaan tiupan angin ini dijangka membawa hujan terutama di
bahagian pedalaman negeri-negeri di Semenanjung Malaysia," jelas
kenyataan itu.
Sementara itu, laman web Jabatan Alam Sekitar mencatatkan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan merekodkan kualiti udara tidak
sihat sehingga pukul 7 pagi ini.
Tiga kawasan tersebut adalah Bandaraya Melaka (107), Bukit Rambai (117) dan Banting (105). - UTUSAN ONLINE
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
Alam di Malaysia
,
Bencana Alam
,
Jerebu
,
Malaysia
,
prihatin
» JEREBU KEMBALI LANDA PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA
JEREBU KEMBALI LANDA PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment