Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Subhanallah Buaya Besar Ditemui di Selangor

Subhanallah Buaya Besar Ditemui di Selangor







Subhanallah. Seekor buaya yang telah disahkan mati dijumpai oleh dua orang nelayan ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor.

Sebelum itu, nelayan yang menjumpai bangkai buaya di tebing sungai Selangor telah menarik bangkai tersebut ke Jeti Nelayan Kampung Bukit Belimbing dan menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya
 
 
Orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang bergambar dengan buaya yang sudah tidak bernyawa tersebut, dan salah seorang daripada mereka berkata tidak pernah melihat buaya berukuran sebesar itu di depan mata

KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.
 
 
Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.


“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.


“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.


Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.


“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.
 
 
 “Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.
 
 Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.


“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.


“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya.



Sumber; harian Metro, Jumaat, 26/7/2013






Related Posts:

  • Terima Kasih Bomba Malaysia Terima Kasih Bomba Malaysia 7,000 bomba bertugas menjelang raya Gambar Pasukan Balai Bomba Dan Penyelamat Kuantan Bermotor helmet merah....anggota RIM Kemalangan jalan raya yang berlaku pada 03hb Julai 20… Read More
  • Subhanallah Bilal Surau Di Bangi Meninggal Ketika Sujud Subhanallah Bilal Surau Di Bangi Meninggal Ketika Sujud  Al Fatihah Al Fatihah Untuk Allahyarham  Bilal Roslan Ishak meninggal dunia ketika sujud dalam solat di Surau Bangi. Sebelum ini saya hanya menden… Read More
  • Isu Shisha Keburukan dan Hukumnya Bagi Umat Islam Isu Shisha Keburukan dan Hukumnya Bagi Umat Islam Gambar Hiasan Contoh Shisa Gambarajah menunjukkan mekanisme shisha. Menggunakan shisha selama 30-60 minit adalah bersamaan dengan merokok satu pek rokok! Shisha adalah… Read More
  • Hari Kemerdekaan Malaysiake 52 (2009) Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera wa… Read More
  • Tema Hari Kemerdekaan Ke 56 2013 Tema Hari Kemerdekaan Ke 56 2013  "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku"  tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini. Gambar Logo Hari Kemerdekaan Tahun 2013 Rasional Logo Hari Kem… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .