Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Soalan SPM bocor disiasat

Soalan SPM bocor disiasat

Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, berkata kementerian sudah mendapatkan maklumat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membuat aduan berkenaan.

Dakwaan soalan SPM bocor disiasat

Sumber gambar; Berita Harian


Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, berkata kementerian sudah mendapatkan maklumat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membuat aduan berkenaan. 

Setiap aduan yang kita terima akan diberi perhatian termasuk disiasat untuk memastikan kesahihannya. Saya juga sudah meminta Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat agar tindakan segera dapat diambil.




Segera siasat dakwaan

“Saya difahamkan persatuan itu sudah membuat laporan polis. Oleh itu, kita akan menjalankan usaha segera menyiasat perkara itu. Sebenarnya, isu soalan peperiksaan bocor sudah lama tidak berlaku selepas terakhir dihebohkan akhir 1990-an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sesi perjumpaan dengan pegawai program 'School Improvement Partners (SI Partners) Plus and School Improvement Specialist Coaches (SISC) plus' di sini, semalam.
Kelmarin, PPIM menerima aduan tiga individu, Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan SPM tahun ini bocor.

Abdul Ghafar berkata, soalan SPM dicetak di United Kingdom dan perjalanan ke negara ini dikawal rapi dengan bantuan polis untuk mengiringi soalan berkenaan.


LP ambil tindakan

Sementara itu, Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataannya semalam, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai aduan itu dan akan mengambil tindakan segera selepas siasatan lengkap dijalankan.

“Sebagai sebuah institusi awam yang tertakluk mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), LP bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan peperiksaan awam di Malaysia.

“LP sentiasa memelihara kredibiliti dan integriti pengendalian peperiksaan dengan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, LP juga sentiasa mengambil tindakan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan bagi memastikan pengendalian peperiksaan dijalankan dengan penuh integriti.




GURU TUISYEN DALANG SOALAN MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2013 BOCOR ???

Guru didakwa dalang soalan SPM bocor
Mohd Husaine (dua, kanan) menunjukkan laporan polis serta bukti berhubung dakwaan kebocoran maklumat soalan SPM bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan.

KUALA LUMPUR - Seorang guru yang juga tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen di ibu kota didakwa bertanggungjawab ke atas kebocoran soalan bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013.


Soalan-soalan berkenaan didakwa ‘dibocorkan’ melalui beberapa siri seminar khas yang dijalankan di sebuah masjid, menjelang hari-hari akhir tarikh peperiksaan berlangsung.

Malah aktiviti berkenaan dikatakan berlaku sejak 2007 lagi dan telah ada laporan yang dibuat namun tiada sebarang tindakan ke atas individu berkenaan sehingga kini.
 
Perkara itu didedahkan Mohd Husaine Jaslee, 30, kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selepas menerima maklumat daripada sekumpulan pelajar dan juga calon SPM, sebaik selesai kertas Matematik pada 18 November lalu.
 
Menurutnya, sekumpulan pelajar dari sekolah menengah di Zon Keramat itu memaklumkan mereka mendapat maklumat berhubung soalan bocor daripada rakan mereka yang menghadiri seminar berkenaan.

“Soalan dan susunannya sama bagi Matematik kertas II tetapi urutan soalan diubah-ubah bagi kertas satu. Setiap ayat, nombor, diagram dan apa sahaja dalam kertas soalan memang sama dengan apa yang dibocorkan,” katanya.

Atas rasa tanggungjawab, Mohd Husaine kemudiannya mengumpulkan bukti dan melaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Katanya, disebabkan maklumat soalan bocor itu diperolehi selepas kertas Matematik, dia diminta mendapatkan bukti kertas Matematik Tambahan sebelum peperiksaan kertas itu dijalankan bagi memastikan perkara itu benar-benar terjadi (kebocoran soalan).

“Pada 20 November, seminar sama diadakan iaitu sehari sebelum kertas Matematik Tambahan dijalankan, namun tiada tindakan diambil dan saya dimaklumkan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak mempunyai kuasa dan hanya menunggu laporan seterusnya.
 
“Lima minit sebelum kertas dua Matematik Tambahan dijalankan, saya menerima tiga keping gambar dipercayai soalan dan jawapan untuk kertas dua subjek itu dihantar seorang pelajar melalui ‘Whatsapp’.

“Saya terus ke Unit Keselamatan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan mencetak gambar itu sebagai bukti,” katanya.
 
Tambahnya, setelah diteliti kembali soalan kertas dua Matematik Tambahan, dia mendapati soalan nombor dua bahagian A kertas tersebut adalah sama dengan maklumat bergambar yang diterima pada awalnya.

“Saya dipanggil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan dimaklumkan mereka akan menyiasat perkara itu dan saya akan dijadikan saksi,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, kelmarin.





Sumber; Sinar Harian

Soalan SPM bocor: Menteri mohon semua bersabar

BUKIT BERUNTUNG: "Sabar, beri kementerian dan pihak Lembaga Peperiksaan masa untuk menyiasat sebelum apa-apa tindakan rasmi diambil"

Demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan II YB Tuan P. Kamalanathan hari ini ketika ditanya mengenai kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Matematik 1,2 serta Matematik Tambahan.

"Saya ada menerima laporan ini dari pihak kementerian dan masih lagi menunggu laporan penuh mengenainya.

"Saya percaya mereka sedang menyiasat perkara ini dan kemungkinan Isnin atau Selasa keputusan hasil siasatan akan keluar" ujarnya kepada pemberita.

Menurut beliau lagi, media akan diberitahu sebaik sahaja keputusan mengenai siasatan berkenaan sudah diperolehi.

"Siasatan sedang dijalankan, keputusan belum tahu lagi, jadi seandainya dakwaan itu benar kami akan memaklumkan kepada media mengenai tindakan yang bakal diambil" katanya lagi.

Walaubagaimanapun, Kamalanathan berkata sehingga kini masih tiada kata putus sama ada para pelajar yang terbabit perlu menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis penutupan rasmi program pendidikan orang asli yang dijalankan oleh Scope International di perkampungan orang asli Bukit Manchung, Bukit Beruntung.

Sebelum itu, satu laporan telah dibuat oleh sekumpulan individu yang mendakwa berlakunya kebocoran kepada soalan peperiksaan SPM kertas Matematik 1,2 serta Matematik Tambahan.

Sementara itu, Lembaga Peperiksaan telah mengesahkan aduan berkaitan dakwaan kebocoran kertas soalan Mathematics dan Additional Mathematics peperiksaan SPM 2013 sedang disiasat.

“Lembaga Peperiksaan sentiasa memelihara kredibiliti dan integriti pengendalian peperiksaan dengan mematuhi Arahan Keselamatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia,” menurut satu kenyataan daripada lembaga tersebut.

 Sumber; Astro Awani

 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .