Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Dugaan Kevin Chenais Terlampau Obesiti Terkandas

Dugaan Kevin Chenais Terlampau Obesiti Terkandas
Pemuda 'terlalu gemuk untuk terbang' dihalang naik keretapi pula

Sumber gambar : BBC News

LONDON: Seorang lelaki Perancis yang terkandas di Amerika Syarikat kerana dikatakan terlalu gemuk untuk menaiki kapal terbang akhirnya menaiki pesawat untuk ke Britain tetapi dihalang pula untuk menaiki keretapi balik ke negaranya.


Kevin Chenais, 22, yang beratnya 230 kilogram tiba di lapangan terbang di Heathrow bersama ibu bapanya pada Selasa selepas syarikat penerbangan Virgin Atlantic setuju menerbangkan mereka dari New York.





Dia berada di Amerika sejak Mei 2012 untuk menjalani rawatan masalah hormon tidak seimbang dan sepatutnya pulang menggunakan pesawat British Airways bulan lepas. Syarikat penerbangan itu bagaimanapun enggan menerima Chenais sebagai penumpang dengan alasan dia terlalu berat.

Keluarga itu kemudian cuba menaiki kapal persiaran Queen Mary 2 merentas Lautan Atlantik tetapi sekali lagi mereka tidak mendapat kebenaran daripada pemilik kapal berkenaan.

Sebaik tiba di Heathrow, Chenais yang kelihatan penat menyifatkan pengalamannya untuk pulang ke Perancis sebagai sesuatu yang sangat buruk.

"Penerbangan itu sangat tidak selesa. Saya tidak berhenti menangis sepanjang penerbangan," katanya.

Chenais memuji Virgin kerana menerbangkannya dari lapangan terbang John F. Kennedy di New York dan menanggung tiket penerbangan ekonomi untuk dia dan keluarganya.

"Mereka bermurah hati tetapi saya sangat tidak selesa. Saya ada masalah dengan kulit di peha dan kerusi itu sangat kecil," katanya.

Chenais dan keluarganya disambut di lapangan terbang Heathrow oleh pegawai konsulat Perancis yang menguruskan usaha mereka untuk menaiki keretapi Eurostar ke Paris.

Eurostar bagaimanapun tidak memberi kebenaran kepada Chenais untuk menaiki keretapinya kerana peraturan prosedur evakuasi.

"Beratnya itu bermakna kami tidak mungkin dapat menjaganya atau mengangkatnya (sekiranya berlaku kecemasan)," kata jurucakap Eurostar.

Menurur jurucakap itu lagi, Eurostar tidak mempunyai had berat penumpang tetapi setiap keretapi mempuntai dua tempat khas untuk orang kurang upaya dan kakitangan mereka harus dipastikan dapat menangani penumpang berkenaan semasa kecemasan.

Chenais bermalam di sebuah hotel dekat terminal Eurostar di Stesen St. Pancras sementara syarikat itu cuba mencari pilihan lain termasuk feri atau teksi.

Keluarga itu mahu pulang ke Ferney-Voltaire yang terletak dekat dengan sempadan Switzerland. 


Sumber; Astro Awani




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .