Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Ceramah ke Kolej Vokasional Kuantan dan Kolej IKIP Pahang Selepas PMR

Ceramah ke Kolej Vokasional Kuantan dan Kolej IKIP Pahang Selepas PMR


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 11 Oktober 2013, Hari Jumaat telah diadakan Program Taklimat Kemasukan ke Kolej Vokasional Kuantan dan Kolej IKIP  Pahang. Kolej Penerbangan Malaysian Aviation Training Academy (MATA

 turut dihuraikan oleh penceramah Kolej Vokasional Kuantan.

Majlis penyampaian cenderahati kepada Pensyarah Koleh Vokasional disampaikan oleh Puan Khazimah.


 Berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan aktif dalam bidang ko-kurikulum membuatkan pelajar terlepas pandang bahawa pendidikan kerjaya juga penting untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang tersebut.   

Dengan adanya matlamat kerjaya yang jelas, ia membantu pelajar membuat pilihan mata pelajaran yang sesuai dalam pemilihan aliran semasa di Tingkatan 4 nanti. Berdasarkan prinsip SWOT, kekuatan yang ada pada sekolah untuk menganjurkan aktiviti kerjaya adalah terdapat banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institusi Kemahiran Tinngi  Awam dan kolej swasta di sekitar daerah sekolah ini.   

Berdasarkan Program Jom Masuk U 2013, klik di sini tempoh hari, banyak institusi pengajian ini bersedia meluangkan masa untuk memberikan ceramah dan input tentang halatuju selepas PMR kepada pelajar tingkatan 3 di sekolah ini.  Sebenarnya peluang untuk lebih memahami cita-cita dan halatuju sendiri selepas PMR terbuka luas kepada pelajar jika mereka rajin bertanya dan berusaha mengumpulkan maklumat-maklumat kerjaya di sekeliling mereka. 

  Kerjaya bidang kemahiran dan vokasional, klik di sini telah diarusperdanakan oleh kerajaan. Pendidikan vokasional dan kemahiran telah mengalami transformasi sehingga Sijil Kemahiran Malaysia mendapat tempat di kalangan majikan. Ini memberi peluang kepada pelajar yang sangat sederhana pencapaian akademik mereka untuk terus menajamkan kemahiran yang mereka minat.  

Maka dengan menganjurkan Program Ceramah Kerjaya dan Halatuju Kerjaya Selepas PMR  ini dianjurkan. Melalui Program Ceramah Kerjaya ini, maklumat-maklumat tentang kerjaya dan melanjutkan pelajaran dapat disampaikan kepada semua pelajar tingkatan 3 agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi dunia luar kelak. 

KOLEJ IKIP  

 IASC berazam menjadi salah sebuah Institusi Latihan Kemahiran terunggul paduan ilmu praktis dan pengetahuan bagi melahirkan masyarakat berketrampilan dan bersahsiah mulia demi kecemerlangan agama, bangsa dan Negara.


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .