Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

MyKad Hilang Denda Akan Dinaikkan

MyKad Hilang Denda Akan Dinaikkan

KDN naikkan kadar denda hilang MyKad

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan terhadap kehilangan MyKad.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata arahan itu dikeluarkan berikutan kehilangan lebih 500,000 MyKad seperti laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini yang disifatkan sebagai serius dan tiada kompromi. 




IPOH - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi.

Bagaimanapun sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baharu, katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Okt tahun ini.  

Dr Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin serta dijual kepada sindiket.

Ahmad Zahid berkata siasatan akan dijalankan terhadap kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad yang dilaporkan kepada polis bagi memastikan ia benar-benar hilang dan tidak berkaitan penipuan atau diambil kesempatan oleh pihak sindiket.
"Kita akan mencari jalan untuk membantu mereka yang benar-benar kehilangan, tetapi jika siasatan pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara mendapati ia (MyKad) digunakan bagi tujuan tertentu, satu kadar denda yang tinggi akan dilaksanakan oleh pihak KDN," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata arahan telah dikeluarkan oleh Bukit Aman supaya waran tangkap dan saman dalam Ops Cantas Khas Trafik dikemukakan kepada pesalah  bukan hanya di kediaman malah di pejabat serta premis perniagaan seperti yang ditentukan mengikut undang-undang.

"Dalam hal ini polis tidak mempunyai kepentingan, kami hanya melaksanakan undang-undang. Dalam akhbar berbahasa Cina melaporkan polis menghantar saman kepada orang yang mati, memang ada di mana yang disaman itu telah meninggal dunia selepas itu (disaman), tetapi ini adalah kes terpencil," katanya.

Beliau berkata situasi pesalah telah meninggal dunia atau berpindah tidak boleh dianggap kelemahan polis kerana waran tangkap dan saman adalah berdasarkan nama dan alamat yang dikeluarkan.

Akhbar hari ini melaporkan polis kini memulakan gerakan besar-besaran untuk menahan 251,273 pesalah trafik di seluruh negara yang mempunyai lebih daripada dua waran tangkap di rumah, tempat kerja dan sekatan jalan raya.

Ia adalah susulan Ops Cantas Khas Trafik sejak 13 Okt lepas untuk mengesan dan menasihati 1.7 juta pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap kerana pelbagai kesalahan lalu lintas sejak lima tahun lepas. - Bernama

Sumber; Sinar Harian

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .