Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Takziah untuk keluarga Allahyarham
yang turut diiringi oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob,
meluangkan kira-kira setengah jam bertanya khabar dengan balu dan anak-anak Allahyarham. Al Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik.
Tiga anak Raffli terima biasiswa Yayasan Pahang
KUANTAN: Kerajaan Pahang akan memberi biasiswa kepada tiga anak Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Agama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), yang maut ditembak 10 November lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pinjaman pelajaran
Mohd Asyraff, 22, yang kini menuntut di Mesir akan ditukar kepada
biasiswa oleh Yayasan Pahang.
Tiga anak Raffli terima biasiswa Yayasan Pahang
KUANTAN: Kerajaan Pahang akan memberi biasiswa kepada tiga anak
Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Agama
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), yang maut ditembak 10 November lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pinjaman pelajaran Mohd Asyraff, 22, yang kini menuntut di Mesir akan ditukar kepada biasiswa oleh Yayasan Pahang.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pinjaman pelajaran Mohd Asyraff, 22, yang kini menuntut di Mesir akan ditukar kepada biasiswa oleh Yayasan Pahang.
"...begitu juga dengan dua anak arwah yang bersekolah di sini, mereka akan diberi biasiswa," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berangkat melawat keluarga Allahyarham Ahmad Raffli di kediamannya di sini, hari ini
Dalam kejadian 10 November itu, Ahmad Raffli, 49, mati akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.
Adnan berkata pihak JAIP juga sudah mengambil langkah-langkah pentadbiran yang berkaitan supaya balu Allahyarham, Rosmahawani Abd Wahab, 41, segera menerima pencen Ahmad Raffli.
"Berkenaan kenaikan gred arwah, pihak JAIP akan membuat satu kertas kerja dan akan dibentangkan kepada kerajaan negeri sebelum dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya gred arwah dari 48 dinaikkan ke gred 52 atau 54, sekali gus jumlah pencen dapat dinaikkan untuk membantu keluarga," katanya.
Sultan Ahmad Shah yang turut diiringi oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah meluangkan kira-kira setengah jam bertanya khabar dengan balu dan anak-anak Allahyarham.
- BERNAMA
Sumber; Berita Harian Online.
2013/11/22 - 14:20:44 PM
2013/11/22 - 14:20:44 PM
0 Comments:
Post a Comment